KANGAR: Talaqi secara maya tidak menjadi penghalang buat seorang pensyarah dan guru al-Quran muncul sebagai Johan Tilawah al-Quran peringkat negeri Perlis 2021.
Johan Qari pada tahun ini ialah Mohamad Anas Abdul Hadi, 32 , seorang pensyarah dalam bidang Usuludin di Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIP) dan Johan Qariah Nur Syafirah Jusoh, 34 pula merupakan guru al-Quran di Jejawi, Arau.
Mohamad Anas berkata sekatan perjalanan akibat wabak COVID-19 tidak menghalang beliau untuk terus bertalaqi membetulkan bacaan al-Quran secara maya.
"Saya menggunakan aplikasi WhatsApp bagi menghantar audio bacaan al-Quran kepada guru saya yang berada di Malaysia dan Jordan.
Walaupun pada awalnya agak kekok namun akhirnya ianya jadi satu kebiasaan," katanya kepada Bernama di sini malam tadi.
Turut berkongsi pengalaman sama, Nur Syafirah berkata beliau menghabiskan masa satu jam sehari bertalaqi dengan guru menggunakan aplikasi zoom.
"Saya harap wabak COVID-19 cepat berakhir agar dapat segera bertalaqi secara bersemuka dengan guru al-Quran kerana ianya lebih memberi kepuasaan kepada saya," kata ibu kepada lima orang anak itu.
Qari dan qariah masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 berserta hadiah iringan disampaikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Berangkat sama Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.
Turut berangkat Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda baginda berdua Sharifah Khatreena Nuraniah Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Pemenang akan mewakili negeri Perlis ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur dari 13 hingga 18 Jun tahun ini.
--BERNAMA
Bernama
Wed Apr 07 2021

Mohamad Anas dan Nur Syafirah menjuarai Tilawah al-Quran peringkat negeri Perlis 2021. --fotoBERNAMA
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Muhammad Khairi, Normawaty dinobat qari dan qariah Melaka 2024
Normawaty sama sekali tidak menyangka memenangi pertandingan pada tahun ini selepas lima kali menyertai program tilawah itu sejak 2008.

JAWI lancar Akademi al-Quran, lahirkan lebih ramai qari, qariah berkualiti
Akademi tersebut adalah bagi mencungkil bakat baharu dalam Majlis Tilawah al-Quran, khususnya di Wilayah Persekutuan.

JAWI diminta rangka strategi, pelan tindakan lahir qari dan qariah berkualiti
JAWI diminta menyusun rangka strategi dalam tempoh tiga tahun bagi melahirkan qari, qariah, hafiz dan hafizah berkualiti.

Johan qari tilawah antarabangsa 2016, Wan Ainuddin Hilmi meninggal dunia
Johan qari tilawah dan menghafaz al-Quran peringkat antarabangsa ke-58 pada 2016, Wan Ainuddin Hilmi Abdullah meninggal dunia pada 1.26 tengah hari tadi.

Talaqi secara maya bantu pensyarah dan guru al-Quran juarai Tilawah al-Quran
Mohamad Anas berkata sekatan perjalanan akibat wabak COVID-19 tidak menghalang beliau untuk terus bertalaqi membetulkan bacaan al-Quran secara maya.

Sultan Nazrin berkenan berangkat ke majlis penutup Tilawah al-Quran Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis penutupan serta penyampaian hadiah Tilawah dan Menghafaz al-Quran peringkat negeri di Pusat Konvensyen Casuarina, Meru.

Tilawah Al-Quran: Qayyim Nizar, Puteri Kalimatul Azzua johan qari, qariah
Mereka masing-masing membawa pulang RM15,000, serta tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji, cenderahati dan sijil.

13 qari terbaik dunia berkumpul di Bangi perdengar bacaan Al-Quran
Ia adalah julung kali diadakan dan bukan suatu yang mudah untuk mempertemu dan mengumpulkan qari-qari hebat dalam satu acara dan satu malam bagi memperdengarkan bacaan mereka.

Alunan al-Kahf di masjid UIAM
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Marhaini Yusoff berkata, bacaan surah tersebut akan dipimpin oleh 11 qari dari pelbagai latar belakang dan diharap bacaan itu turut diikuti para peserta.

Farhatul Fairuzah juara tilawah antarabangsa pada usia 19 tahun
Nor Farhatul Fairuzah Panut menyertai pertandingan tilawah Al Quran sejak berusia tujuh tahun.