SANDAKAN: Pemimpin Sabah dan Sarawak bukan bersikap 'demanding' terhadap tuntutan satu pertiga kerusi di Dewan Rakyat.
Sebaliknya, tegas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, apa yang dituntut itu adalah perkara dijanjikan yang termaktub dalam Pelembagaan Malaysia.
"Sebenarnya bukan kita minta, ini (adalah) yang dijanjikan kepada Sabah dan Sarawak.
"(Perlu faham) Kita bukan 'demanding', kita cuba meminta apa yang termaktub dalam perjanjian yang pada waktu itu Tanah Melayu persetujui (pembentukan Malaysia)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai syor tambahan 35 peratus kerusi Sabah dan Sarawak di Dewan Rakyat.
Selain itu, Masidi yang juga Menteri Kewangan II Sabah menjelaskan, tambahan kerusi itu penting memandangkan kedua-dua negeri itu berhak menyertai dalam membuat keputusan penting di Dewan Rakyat.
"Isu lebih kepada memastikan Sabah dan Sarawak berada dalam kedudukan yang mana (pemimpin kedua-dua negeri itu) boleh menjadi penentu bersama kepada keputusan penting," katanya.
Ketika ini, daripada 222 kerusi Parlimen di seluruh negara, sebanyak 166 kerusi atau 75 peratus di Semenanjung, manakala baki 25 peratus atau 56 kerusi di negeri Borneo dengan masing-masing 25 kerusi di Sabah dan 31 kerusi di Sarawak.
Malaysia dijangka mempunyai 244 kerusi di Dewan Rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) jika kerajaan meluluskan peruntukan 35 peratus kerusi Parlimen yang dituntut oleh Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia (MA63).
Pada 8 September, Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 hari ini membincangkan tuntutan bagi mengembalikan 35 peratus kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata perkara itu antara isu utama dalam mesyuarat kelima majlis berkenaan yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di Putrajaya.
Radhi Muslim
Tue Sep 20 2022

Sebaliknya, tegas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, apa yang dituntut itu adalah perkara dijanjikan yang termaktub dalam Pelembagaan Malaysia.

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

Tambah kerusi Parlimen: Kami bukan 'demanding', tetapi itu yang dijanjikan - Masidi Manjun
Pemimpin Sabah dan Sarawak bukan bersikap 'demanding' terhadap tuntutan satu pertiga kerusi di Dewan Rakyat.

"Kita harap satu hari nanti jawatan PM, TPM dari Sabah dan Sarawak" - Jeffrey
Penambahan 35 peratus kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak merupakan satu pengiktirafan kepada kedua-dua negeri itu yang membantu dalam usaha pembentukan Malaysia.