SHAH ALAM: Kerajaan akan terus menambah bilangan renjer komuniti bagi memastikan tiada ancaman terhadap hutan dan hidupan liar, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata setakat ini kerajaan telah menambah sebanyak 1,500 renjer dan sebahagian besar terdiri daripada masyarakat Orang Asli dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Katanya, usaha itu juga bagi meningkatkan penguatkuasaan kawasan hutan simpan kekal termasuk di Sabah dan Sarawak daripada terus diceroboh.
"Kita tahu tekanan kepada hutan dan haiwan kita adalah sangat tinggi. (Sejak akhir-akhir ini) semakin banyak konflik (pencerobohan hutan) yang berlaku, jadi dalam usaha kita menghentikan perkara tersebut, kita perlu menambah bilangan renjer," katanya selepas merasmikan Persidangan Serantau: Kesalihubungan Hutan dan Pemuliharaan Biodiversiti di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Setia Alam di sini, hari ini.
Nik Nazmi berkata lebih 600 masyarakat Orang Asli telah dipilih menjadi renjer komuniti dan menjangkakan jumlah itu akan terus meningkat.
"Selain itu, penglibatan veteran tentera dan polis sangat bersesuaian kerana mereka mempunyai kepakaran serta pengalaman luas ketika berada di hutan," katanya.
Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai fokus kementerian semasa Persidangan ke-28 Konvensyen Rangka Kerja mengenai Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC COP 28) di Dubai, hujung bulan ini, Nik Nazmi berkata pihaknya akan memfokuskan isu peralihan tenaga.
"Malaysia sebagai negara yang bersedia bagi peralihan tenaga di rantau ini akan mempamerkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen (HETR).
"Selain itu, kita akan mengetengahkan isu berkaitan kerugian akibat bencana alam yang dialami negara-negara membangun termasuk kepulauan kecil," katanya persidangan tersebut yang dijadual berlangsung pada 30 Nov hingga 12 Dis ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 21 2023
Nik Nazmi (dua, kanan) menyempurnakan perasmian Persidangan Keterhubungan Hutan dan Konservasi Biodiversiti di Pusat Konvensyen Setia City hari ini. - Foto Bernama
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
AWANI Ringkas: Pertumbuhan ekonomi, potensi rantau ASEAN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tipu pindah milik tanah: Kerajaan Selangor tanggung kerugian tinggi - Amirudin
Amirudin Shari menegaskan pertindihan ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar ganti rugi kepada pihak terbabit.
Ibu bapa Zayn Rayyan mohon dibebaskan serta-merta
Pasangan berusia 30 tahun itu memohon agar dibebaskan serta-merta daripada satu pertuduhan mengabai kanak kanak-kanak autisme itu.
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Pengarahnya Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata operasi yang bermula 7.15 malam itu dilaksanakan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berdasarkan aduan orang awam serta risikan.
Polis siasat kes gambar wanita disunting tanpa pakaian
Polis membuka kertas siasatan berkaitan seorang wanita warga tempatan mendakwa gambarnya telah disunting dalam keadaan tidak berpakaian dan dijual di laman sosial.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes itu pada jam 4.13 petang Isnin.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes itu pada jam 4.13 petang Isnin.
Jakim akan panggil Harith Iskander
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil Harith Iskander bagi mendapatkan perincian berhubung isu kontroversi dikaitkan dengan pelawak dan pelakon itu.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, pihaknya juga telah membuat laporan polis bagi siasatan dan tindakan lanjut kerana telah menimbulkan keresahan umat Islam.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, pihaknya juga telah membuat laporan polis bagi siasatan dan tindakan lanjut kerana telah menimbulkan keresahan umat Islam.
Kementerian Perpaduan mohon peruntukan tingkat relevansi perpustakaan dalam RMK13
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata peruntukan itu perlu bagi memberi keupayaan kepada PNM menyesuaikan perkhidmatan mereka dengan kehendak generasi baharu dalam dunia yang pantas berubah.
Tambah renjer komuniti elak hutan, hidupan liar terus diancam - Nik Nazmi
Kerajaan akan terus menambah bilangan renjer komuniti bagi memastikan tiada ancaman terhadap hutan dan hidupan liar.