BUTTERWORTH: Pengguna menyifatkan kadar tambang untuk perkhidmatan feri baharu di Pulau Pinang yang bermula hari ini berpatutan dan sepadan dengan perkhidmatan yang ditawarkan.
Tinjauan Bernama di Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) di sini mendapati kebanyakan pengguna menerima baik kadar tambang yang bermula RM1 hingga RM2.50 sehala itu.
Seorang pengguna feri, Ahmad Noor Omar, 55, berkata harga tambang feri baharu yang dikenakan itu tidak membebankan kerana keadaannya kini lebih selesa dan baik berbanding feri lama.
"Pada saya harga tambang yang dikenakan berpatutan, malah sekarang feri baharu ini juga selesa dan ada penyaman udara semua ... tempat duduk pun baik, malah perjalanan ambil masa 10 minit sahaja bagi setiap hala.
"Kalau feri lama dulu, hampir 30 minit juga bagi setiap perjalanan dan kalau kita tengok bukan sahaja keadaan di dalam feri selesa tapi tempat menunggu juga selesa ... (kekerapan) feri baharu ini pun cepat kami tak perlu menunggu lama untuk setiap feri," katanya kepada Bernama hari ini.
Bagi Dini Rahman, 27, yang tinggal di Tasek Gelugor berkata beliau sekeluarga mengambil peluang untuk menaiki feri dengan suami dan anak perempuan mereka bagi merasai suasana serta pengalaman menaiki feri baharu itu.
"Dulu memang selalu naik feri lama kerana berulang-alik kerja dan hari ini memang nak naik feri baharu, tambang pada saya harganya murah serta berpatutan," katanya.
Seorang penunggang motosikal yang mahu dikenali sebagai Lim, 40, berkata beliau memilih menggunakan perkhidmatan feri untuk berulang-alik dari pulau ke seberang dan sebaliknya, walaupun perlu membayar RM2.50 sehala kerana lebih selamat.
"Hari ini baru mula bayar, pada saya harga okay kerana perkhidmatan (feri) baharu dan yang penting naik feri ini boleh relaks sikit sebab kita duduk sahaja tahu-tahu sudah sampai ... kalau guna jambatan walaupun percuma tapi (ada risiko) bahayalah," katanya yang bekerja di sebuah syarikat swasta.
Semalam, Penang Port Sdn Bhd (PPSB) selaku syarikat pengendali perkhidmatan berkenaan dalam kenyataan memaklumkan kadar tambang untuk perkhidmatan feri baharu di Pulau Pinang yang dikenakan kepada penumpang berkuat kuasa hari ini bermula pada harga serendah RM1 hingga RM2.50 bagi sehala.
Tambang RM1 itu akan dikenakan kepada individu atau pejalan kaki yang berusia 12 tahun ke bawah manakala penumpang dewasa atau individu berusia 12 tahun ke atas pula tambang sebanyak RM2 akan dikenakan terhadap mereka.
Selain itu, penunggang basikal yang menaiki feri juga akan dikenakan caj sebanyak RM2 manakala penunggang motosikal pula perlu membayar tambang sebanyak RM2.50.
PPSB turut menyediakan pas bulanan yang menawarkan diskaun kepada pengguna setia feri iaitu pejalan kaki yang memegang MyKad sebanyak 50 peratus hingga 31 Dis nanti dan selepas itu, diskaun 30 peratus bermula dari 1 Jan 2024.
Inisiatif ini bertujuan memberi lebih nilai tambah dan kemudahan kepada penumpang setia feri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 07 2023
Penang Port Sdn Bhd (PPSB) selaku syarikat pengendali perkhidmatan feri baharu di Pulau Pinang mengenakan bayaran kepada penumpang berkuat kuasa hari ini pada harga serendah RM1 hingga RM2.50 bagi sehala. -Foto BERNAMA
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
Derita rakyat Palestin terbalas jika Netanyahu ditangkap
Selepas gencatan senjata berkuat kuasa di Gaza pada Ahad lalu, masyarakat dunia mempunyai satu lagi misi iaitu mengheret Benjamin Netanyahu ke muka pengadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
ASEAN: Kenal pasti kepelbagaian risiko, tambah baik dasar ekonomi
Polisi ekonomi ASEAN perlu diperbaiki dengan fokus diberikan terhadap peningkatan perdagangan dan pelaburan antara negara anggota.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Petunjuk positif pertama dalam beberapa bulan kebelakangan ini adalah kesediaan untuk keterlibatan, dan saya beri jaminan kepada mereka melalui hubungan rakan-rakan dan pelbagai agensi, terutamanya agensi perisikan, bahawa kami bukan di sini untuk mengenakan apa-apa tindakan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Pelancong Islam: 4.82 juta pelancong, pendapatan lebih RM15 bilion tahun lalu
Indonesia, Brunei, Pakistan, Arab Saudi dan Kazakhstan merupakan lima negara yang menyumbang kepada ketibaan pelancong Islam tertinggi ke Malaysia.
Tambang feri baharu Pulau Pinang berpatutan - Pengguna
Pengguna menyifatkan kadar tambang untuk perkhidmatan feri baharu di Pulau Pinang yang bermula hari ini berpatutan dan sepadan dengan perkhidmatan yang ditawarkan.