IPOH: Isu kenaikan tambang feri ke Pulau Pangkor sudah dibawa ke peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) untuk dibincangkan secara tuntas.
Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, beliau peka dengan kegusaran yang dihadapi ramai pihak ketika ini, termasuk pemain industri pelancongan, berhubung isu tersebut.
Bagaimanapun, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak itu, perkara tersebut di luar kawalan kerajaan negeri.
"Kenaikan harga tiket feri itu kerana caj bahan api meningkat. Jadi, ini adalah di luar kawalan kita. Ia lebih berasaskan kepada desakan harga pasaran dan permintaan.
"Bagaimanapun, kita akur ini menjadi satu kegusaran bagi penggiat industri, khususnya yang mengharap pengunjung ramai menaiki feri dan merasakan ia (harga) tinggi.
"Kita telah pun membawa isu ini ke MMK di bawah portfolio Exco Datuk Mohd Zolkafly Harun. Jadi, mungkin kita akan kongsikan kemudian apa langkah dan tindakan yang boleh dibuat selepas ini," katanya.
Nolee Ashilin berkata demikian kepada pemberita pada sidang media khas Apresiasi Seni, Budaya dan Warisan Negeri Perak di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak di sini semalam.
Hadir sama, Ketua Pengarah JKKN Mesran Mohd Yusop, Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin dan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Tourism Perak Management Berhad Datuk Mohamad Kamil Shafie.
Mengulas lanjut, Nolee Ashilin juga berkata, kenaikan harga tiket feri itu telah dimaklumkan kepada pemain industri yang terlibat termasuk operator pengangkutan ke pulau tersebut.
"Saya difahamkan, beberapa siri perjumpaan sudah diadakan sebelum ini, iaitu sebelum mereka menaikkan harga tiket feri.
"Peringkat Kementerian (Pengangkutan) yang memberi kebenaran (menaikkan tambang) kepada mereka, bukan kerajaan negeri," tambahnya.
Ditanya sama ada kenaikan itu sedikit sebanyak merencatkan kedatangan pengunjung ke pulau peranginan itu, Nolee Ashilin berkata kesannya masih dalam peringkat pemantauan.
"Setakat ini belum mendapat maklumat akan menjejaskan, kerana sekarang sedang di luar musim kemuncak.
"Cuti hari raya Aidiladha nanti kita boleh melihat sama ada ia sebenarnya akan membawa kesan yang mudarat kepada pelancongan di Pangkor atau tidak," katanya lagi.
Isnin lalu media melaporkan, tambang bagi perjalanan dua hala ke Pulau Pangkor kini meningkat kepada RM20 berbanding RM14 sebelum ini bagi dewasa manakala kanak-kanak pula RM11, mulai 1 Julai lalu.
Kenaikan tambang itu diakui seorang operator feri di Jeti Lumut, Rositah Abdul Razak, yang menjelaskan perkara itu tidak dapat dielakkan kerana peningkatan kos operasi mereka.
Menurutnya, bahan api, penyelenggaraan dan penetapan gaji minimum sebanyak RM1,500 oleh kerajaan antara punca menyebabkan perkhidmatan pengangkutan tersebut meningkatkan kos operasi.
Aida Aziz
Wed Jul 06 2022
![Tambang feri Pulau Pangkor: Kerajaan negeri bincang kenaikan harga tiket - Exco Tambang feri Pulau Pangkor: Kerajaan negeri bincang kenaikan harga tiket - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41657130653_NoleeAshilin.jpg)
Nolee Ashilin (kanan) merasmikan majls Apresiasi Seni, Budaya dan Warisan Negeri Perak 2022 di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak (JKKN) di Ipoh, 6 Julai 2022. Turut sama, Mesran (dua, kiri) dan Rumaizi (kiri). --fotoBERNAMA
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS apabila FED tidak tergesa-gesa turunkan kadar faedah Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS apabila FED tidak tergesa-gesa turunkan kadar faedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739325168_tbRINGGITMALAYSIA.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS apabila FED tidak tergesa-gesa turunkan kadar faedah
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4660/4730 berbanding dolar AS, daripada 4.4680/4730 ketika ditutup pada Isnin.
![EPL: Anak perempuan Roy Keane bakal berkahwin dengan bintang England EPL: Anak perempuan Roy Keane bakal berkahwin dengan bintang England](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739319811_EPL.jpg)
EPL: Anak perempuan Roy Keane bakal berkahwin dengan bintang England
Leah Keane mengesahkan pertunangannya dengna pemain berusia 23 tahun, Harwood-Bellis, tahun lalu.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 12 Februari 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 12 Februari 2025
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi ini? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
Transformasi Tenaga Kerja: Apa peluang baru dan ancaman tersembunyi?
Adakah pasaran buruh Malaysia benar-benar stabil, atau sekadar angka yang menutupi realiti? Perbincangan bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff ini mengupas isu pengangguran tersembunyi, masa depan sektor pekerjaan, serta cabaran dan peluang dalam ekonomi gig, automasi, dan penyertaan tenaga buruh.
![ACLE: Alhamdullillah - Tunku Ismail ACLE: Alhamdullillah - Tunku Ismail](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739320018_PrinceofJohor.jpg)
ACLE: Alhamdullillah - Tunku Ismail
Kemenangan JDT turut disambut oleh Tunku Ismail yang berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pasukannya.
[Data & Statistik] Tenaga buruh meningkat, pengangguran menurun - ST4 2024
Bilangan penganggur pada suku tahun keempat 2024 terus menurun kepada 546.9 ribu orang, mencatatkan kadar pengangguran 3.2 peratus. Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata tenaga buruh meningkat 0.4 peratus kepada 17.34 juta orang.
![ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia naik dua anak tangga ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia naik dua anak tangga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739319977_ACLE.jpg)
ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia naik dua anak tangga
Hasil daripada kemenangan JDT, ia membenarkan kedudukan AFC MA Ranking Malaysia melonjak sebanyak dua anak tangga.
AWANI Ringkas: Malaysia peneraju ekonomi digital Asia Tenggara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
"Ribuan yang mencatat kerugian besar" - PM Anwar
Perdana Menteri berkongsi telah memberi arahan tidak mewujudkan syarikat dibawah agensi tanpa kelulusan peringkat tertinggi kerana mencatat kerugian besar.
"Memutuskan untuk membatalkan bukan perkara yang mudah tetapi jika wajib dilakukan, kita harus lakukan"katanya
#AWANInews
"Memutuskan untuk membatalkan bukan perkara yang mudah tetapi jika wajib dilakukan, kita harus lakukan"katanya
#AWANInews
![Lelaki hilang empat hari ditemui lemas di Pulau Pangkor Lelaki hilang empat hari ditemui lemas di Pulau Pangkor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737003758_Lelakihilanglema.jpg)
Lelaki hilang empat hari ditemui lemas di Pulau Pangkor
Kira-kira jam 11.24 pagi Rabu, Balai Polis Pangkor menerima maklumat awam berkaitan penemuan mayat itu.
![Polis nafi bot karam di Pulau Pangkor Polis nafi bot karam di Pulau Pangkor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723808841_pangkor.jpg)
Polis nafi bot karam di Pulau Pangkor
Polis menafikan berlakunya kejadian bot pelancong karam di pusat peranginan Pulau Pangkor, seperti yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp.
![Gangguan bekalan air di Pangkor pulih sepenuhnya, sedia terima pelancong - MB Gangguan bekalan air di Pangkor pulih sepenuhnya, sedia terima pelancong - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61660729387_Pangkor.jpg)
Gangguan bekalan air di Pangkor pulih sepenuhnya, sedia terima pelancong - MB
Lembaga Air Perak (LAP) telah mengatasi masalah kebocoran satu daripada tiga saluran paip utama rentas dasar laut yang disyaki antara punca gangguan bekalan air itu.
![Masalah bekalan air di Pulau Pangkor didakwa jejas pengusaha hotel Masalah bekalan air di Pulau Pangkor didakwa jejas pengusaha hotel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707873312_PulauPangkor.jpg)
Masalah bekalan air di Pulau Pangkor didakwa jejas pengusaha hotel
Menurut Presiden MyBHA, Sri Ganesh Michiel, beliau telah mendapat maklum balas daripada pengusaha hotel.
![Kebocoran saluran paip utama punca gangguan air di Pulau Pangkor - Exco Kebocoran saluran paip utama punca gangguan air di Pulau Pangkor - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662039260_watertap.jpg)
Kebocoran saluran paip utama punca gangguan air di Pulau Pangkor - Exco
Kebocoran satu daripada tiga saluran paip utama rentas dasar laut disyaki antara punca gangguan bekalan air yang berlaku di Pulau Pangkor ketika ini.
![Mayat reput, pakaian berlumut ditemukan di perairan Pangkor Laut Mayat reput, pakaian berlumut ditemukan di perairan Pangkor Laut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701675144_PDRM.jpg)
Mayat reput, pakaian berlumut ditemukan di perairan Pangkor Laut
Mayat ditemui dalam keadaan reput dengan memakai seluar jeans berwarna biru dan baju berwarna merah.
![Op Tiris: Sindiket penyelewengan diesel bersubsidi bot nelayan tumpas Op Tiris: Sindiket penyelewengan diesel bersubsidi bot nelayan tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699567765_OpTiris.jpg)
Op Tiris: Sindiket penyelewengan diesel bersubsidi bot nelayan tumpas
Kejayaan itu hasil operasi kira-kira jam 12.30 tengah hari selepas risikan selama dua minggu.
![Pusat panggilan penipuan di Pulau Pangkor diserbu, 97 ditahan Pusat panggilan penipuan di Pulau Pangkor diserbu, 97 ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696577172_handcuff.jpg)
Pusat panggilan penipuan di Pulau Pangkor diserbu, 97 ditahan
Polis menahan 96 warga asing dan seorang lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam kegiatan mempromosi pelaburan tidak wujud dalam talian.
![Pemuda lemas ketika selamatkan rakan Pemuda lemas ketika selamatkan rakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696125760_Pemudalemas.jpg)
Pemuda lemas ketika selamatkan rakan
Mangsa berusia 20 tahun berkunjung ke pantai bersama rakan untuk aktiviti riadah sebelum menyedari seorang rakannya lemas.
![Lelaki 21 tahun ditemukan lemas di Pantai Pasir Bogak Lelaki 21 tahun ditemukan lemas di Pantai Pasir Bogak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61677737770_lemas.jpg)
Lelaki 21 tahun ditemukan lemas di Pantai Pasir Bogak
Seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun, ditemukan lemas ketika mandi di laut Pantai Pasir Bogak, di Pulau Pangkor hari ini.