LABUAN: Tambang feri roll-on roll-off (ro-ro) untuk kenderaan persendirian bagi laluan Labuan-Menumbok-Labuan meningkat 42.5 peratus bermula 1 Nov ini, setelah 15 tahun kadar itu tidak disemak.
Pengerusi Labuan-Mainland Link Sdn Bhd Datuk Chin Hong Vui, yang mengendalikan feri ro-ro berkenaan berkata semakan tambang itu yang tidak termasuk kenderaan komersial (mengangkut barang), dibuat selepas mengambil kira peningkatan kos operasi, bagaimanapun tambang untuk penumpang sebanyak RM2.50 (selepas subsidi) tidak berubah.
Tambang baharu untuk perjalanan Labuan-Menumbok-Labuan bagi kenderaan persendirian (jenis sedan) ialah RM57 sehala berbanding RM40, kenderaan jenis pelbagai guna (MPV)/utiliti sukan (SUV), pacuan empat roda (4WD), van persendirian meningkat kepada RM67 daripada RM50.
Harga tambang baharu bagi motosikal bawah 250cc ialah RM26 manakala motosikal 250cc dan lebih pada kadar RM41, masing-masing peningkatan sebanyak RM11.
"Syarikat kami cuba yang terbaik untuk mengekalkan tambang sedia ada walaupun nilai pelaburan tinggi ditambah dengan kadar tambang yang tidak berubah sejak 15 tahun lepas.
"Malangnya, terdapat banyak faktor tidak dijangka yang menjejaskan negara dan dunia, yang menyumbang kepada peningkatan kos operasi...dan perkara ini mendorong syarikat menyemak kadar tambang bagi memastikan syarikat terus beroperasi," katanya kepada Bernama di sini pada Sabtu.
Labuan-Mainland Link ialah pengendali feri ro-ro yang menyediakan perkhidmatan laluan Labuan-Menumbok, Sabah dengan tiga feri iaitu MV Goodwill Star, MV Putrajaya and MV Kimanis 1. Sebagai tambahan kepada laluan domestik, feri MV Joy Star menyediakan perkhidmatan bagi laluan antarabangsa antara Labuan dengan Muara, Brunei.
Chin berkata Labuan-Mainland Link telah melabur berpuluh juta ringgit untuk mendapatkan empat feri berkenaan dengan menyediakan perkhidmatan yang selamat, selesa, menjimatkan masa dan cekap kepada penumpang, dan semakan itu dibuat dengan teliti selama lebih enam bulan.
"Kami memutuskan untuk menyemak tambang feri ro-ro hanya untuk kenderaan persendirian yang pada hemat kami masih mampu berkongsi peningkatan dalam kos operasi kami...kami tidak meningkatkan tambang kepada kenderaan komersial seperti lori dan treler kerana tindakan ini akan menyebabkan kenaikan harga barang pengguna di Labuan," katanya.
Beliau berkata faktor seperti pandemik COVID-19 yang memaksa kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada dua tahun lepas, menyebabkan operator feri ro-ro perlu meneruskan operasi walaupun mengalami kerugian bagi memastikan barangan untuk pengguna di Labuan tidak terputus.
"Kami tetap beroperasi walaupun tanpa muatan, tanpa kenderaan persendirian dan penumpang berikutan arahan ini. Peningkatan gaji minimum pekerja sebanyak RM300 daripada RM1,200 kepada RM1,500 sebulan turut menyumbang kepada peningkatan akaun sebanyak 25 peratus dalam kos operasi syarikat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 22 2022

Keadaan sesak dengan ratusan pengembara serta kenderaan penumpang di pintu masuk dan keluar terminal Feri RORO, Terminal Feri Antarabangsa Labuan. - Foto BERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tiket Feri Langkawi: Langkah tepat tidak naikkan harga menjelang TMK2025 - Exco
Tindakan itu bukti komitmen pengusaha bantu kerajaan negeri mempromosi dan merancakkan sektor pelancongan di negeri Kedah.

Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.

Anthony Loke beri amaran batalkan subsidi diesel jika naik tambang feri
MOT memberi amaran untuk membatalkan pemberian subsidi diesel terhadap pengusaha feri jika meneruskan kenaikan harga tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.

Pelaksanaan SST, tambang feri Labuan naik enam peratus
Tambang feri di Labuan akan mengalami sedikit peningkatan berikutan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang berkuat kuasa hari ini.

Tambang feri penduduk Pulau Tioman RM20 sehala mulai Januari
Kerajaan Pahang bersetuju mengurangkan kadar tambang feri antara Pulau Tioman dan tanah besar untuk penduduk pulau berkenaan kepada RM20 sehala berbanding kadar semasa RM50, mulai Januari tahun depan.

Harga tambang baharu feri Labuan bermula 15 Jun
Kadar tambang itu sepatutnya dinaikkan pada 2017, namun telah ditangguhkan.

Rapid Ferry luaskan tambang konsesi kepada semua pelajar
Inisiatif baharu bagi menggantikan peraturan terdahulu yang membolehkan hanya pelajar dari sekolah kerajaan menikmati kemudahan itu.

Abang Johari janji terus ringankan beban kos sara hidup rakyat
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memberi jaminan bahawa beliau akan meneruskan dasar meringankan beban kos sara hidup rakyat negeri ini.