KUALA LUMPUR: Operator perkhidmatan rel dan bas utama negara, Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) menawarkan tambang percuma bagi perkhidmatan rel dan bas selama sebulan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) mulai hari ini sehingga 30 Sept ini sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, ketika mengumumkan perkara itu, berkata tambang percuma itu khusus kepada pemegang kad OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta pemegang kad konsesi OKU MyRapid.
"Perkhidmatan Prasarana meliputi semua perkhidmatan Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan yang merangkumi Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), Monorel, Bas Rapid Transit (BRT) atau bas henti-henti dan juga Rapid Mobiliti.
"Pengguna OKU hanya perlu menunjukkan kad perakuan OKU yang dikeluarkan oleh JKM atau Kad Konsesi OKU MyRapid kepada pegawai stesen rel yang bertugas di kaunter khidmat pelanggan Rapid KL yang memberi 'token' khas untuk menikmati tambang percuma," katanya pada sidang media di Stesen MRT Pasar Seni, di sini, hari ini.
Turut hadir Presiden Persatuan OKU Sentral, Senator Datuk Ras Adiba Radzi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd., Mohd Azharuddin Mat Sah dan Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp), Datuk Mohd Zarif Hashim.
Wee berkata pemberian tambang percuma ini adalah tanda terima kasih kumpulan Prasarana kepada pengguna OKU yang menggunakan pengangkutan awam sempena sambutan ulang tahun hari kebangsaan, selain bukti keprihatinan Keluarga Malaysia yang serius menjaga kebajikan serta keselesaan golongan OKU.
Terdahulu,beliau menaiki tren bersama sekumpulan OKU berkerusi roda serta cacat penglihatan dari Stesen MRT Tun Razak Exchange (TRX) ke Stesen MRT Pasar Seni.
Wee berkata berdasarkan statistik Prasarana,jumlah purata penggunaan bulanan dalam kalangan OKU bagi perkhidmatan bas dan rel adalah masing-masing seramai 23,527 dan 26,762 orang.
"Prasarana berharap dengan tambang percuma ini ia dapat memberi manfaat kepada lebih 10,000 golongan OKU yang menggunakan perkhidmatan awam setiap hari," katanya.
Sementara itu, Ras Adiba, berkata pemberian tambang percuma itu adalah sesuatu yang dinanti-nantikan dan menyifatkan perkhidmatan mobiliti sangat diperlukan disebabkan kekangan OKU untuk sampai ke stesen pengangkutan awam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 31 2022
![Tambang percuma kepada OKU selama sebulan sehingga 30 Sept - Wee Tambang percuma kepada OKU selama sebulan sehingga 30 Sept - Wee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/71588500310_950x600.jpg)
Pengguna OKU hanya perlu menunjukkan kad perakuan OKU yang dikeluarkan oleh JKM atau Kad Konsesi OKU MyRapid kepada pegawai stesen rel yang bertugas.- Gambar fail
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Thaipusam: Tambang percuma KTM Komuter cermin nilai inklusif kerajaan MADANI - Exco Thaipusam: Tambang percuma KTM Komuter cermin nilai inklusif kerajaan MADANI - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71738074100_TBETS.jpg)
Thaipusam: Tambang percuma KTM Komuter cermin nilai inklusif kerajaan MADANI - Exco
Keputusan berkenaan menunjukkan dasar kerajaan MADANI bukan sekadar retorik, tetapi benar-benar menitikberatkan kebajikan rakyat.
![Thaipusam: Penumpang komuter Lembah Klang nikmati tambang percuma dua hari Thaipusam: Penumpang komuter Lembah Klang nikmati tambang percuma dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738648386_tbThaipusam.jpg)
Thaipusam: Penumpang komuter Lembah Klang nikmati tambang percuma dua hari
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perkhidmatan tambang percuma selama dua hari sempena Thaipusam bermula 10 Feb.
![Tambang feri Pulau Pinang percuma bagi OKU mulai 8 April Tambang feri Pulau Pinang percuma bagi OKU mulai 8 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61693999863_TBFERIPENANG.jpg)
Tambang feri Pulau Pinang percuma bagi OKU mulai 8 April
Inisiatif oleh SPPP dengan kerjasama Penang Port itu sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan tersebut yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan berkenaan.
![Perjalanan percuma untuk pemegang pas OKU Smile bermula Februari Perjalanan percuma untuk pemegang pas OKU Smile bermula Februari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51672391594_TrenGenerasiBaru.jpg)
Perjalanan percuma untuk pemegang pas OKU Smile bermula Februari
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memperkenalkan pas langganan OKU Smile khusus untuk komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) menikmati tambang percuma bermula Februari ini.
![Tambang percuma sehala KTM Komuter Utara dari tiga stesen selama dua hari bermula Sabtu Tambang percuma sehala KTM Komuter Utara dari tiga stesen selama dua hari bermula Sabtu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686305924_KTMKomuter.jpg)
Tambang percuma sehala KTM Komuter Utara dari tiga stesen selama dua hari bermula Sabtu
Saarani berkata, inisiatif itu turut membantu memudahkan urusan harian penduduk di Perak ke tempat kerja, membeli-belah, bercuti dan sebagainya.
![MRT Laluan Putrajaya dijangka manfaatkan 100,000 penumpang sehari MRT Laluan Putrajaya dijangka manfaatkan 100,000 penumpang sehari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81665304473_TBmrt.jpg)
MRT Laluan Putrajaya dijangka manfaatkan 100,000 penumpang sehari
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kenyataan pada Khamis berkata, perkhidmatan bas perantara akan dilancarkan bagi menyokong operasi tersebut.
![OKU, murid sekolah rendah nikmati tambang percuma KTMB mulai 15 Feb OKU, murid sekolah rendah nikmati tambang percuma KTMB mulai 15 Feb](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51674217087_KTMKomuter.jpg)
OKU, murid sekolah rendah nikmati tambang percuma KTMB mulai 15 Feb
Bermula 15 Feb ini, murid berpakaian seragam sekolah berusia hingga 12 tahun dan Orang Kurang Upaya (OKU) akan menikmati perkhidmatan percuma tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
![Pengangkutan awam percuma bagi OKU, pelajar: MOT bincang dengan KTMB Pengangkutan awam percuma bagi OKU, pelajar: MOT bincang dengan KTMB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673592131_AnthonyLoke.jpg)
Pengangkutan awam percuma bagi OKU, pelajar: MOT bincang dengan KTMB
Kementerian Pengangkutan akan berbincang dengan pengurusan KTMB mengenai pelaksanaan perkhidmatan pengangkutan terutama tren secara percuma kepada golongan orang kurang upaya (OKU) dan pelajar.
![Pengangkutan awam percuma untuk OKU - Nancy Pengangkutan awam percuma untuk OKU - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674019296_NancyShukri.jpg)
Pengangkutan awam percuma untuk OKU - Nancy
Kementerian Pengangkutan (MOT) bersetuju untuk memberi tambang percuma pengangkutan awam kepada orang kurang upaya (OKU).
![PRU15: Tambang percuma pada hari mengundi esok - Prasarana PRU15: Tambang percuma pada hari mengundi esok - Prasarana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-11/81478062311_putralrt.jpg)
PRU15: Tambang percuma pada hari mengundi esok - Prasarana
Tambang percuma itu meliputi perkhidmatan Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan merangkumi LRT, MRT, Monorel, Transit Aliran Bas atau bas henti-henti.