KUALA LUMPUR: Bekas Panglima Angkatan Tentera Jeneral (B) Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah CyberSecurity Malaysia yang baharu berkuat kuasa 1 Julai 2022.
Beliau menggantikan Jeneral (B) Tan Sri Panglima Mohd Azumi Mohamad yang bersara pada 30 Jun lalu.
Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, pelantikan itu dibuat memandangkan beliau mempunyai pengalaman lebih 44 tahun dalam bidang perkhidmatan pertahanan dan ketenteraan serta pernah menggalas pelbagai jawatan penting dalam Angkatan Tentera Malaysia.
"Saya yakin, melalui pengalaman beliau yang luas serta kepakaran dalam pelbagai portfolio, pelantikan ini tepat pada masanya dan selaras dengan hala tuju negara yang sedang melakar perjalanan ke arah pendigitalan bagi mencapai status ekonomi digital dan berdaya saing.
"Semoga pelantikan ini akan terus memacu CyberSecurity Malaysia ke tahap yang lebih cemerlang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zulkifeli pernah memegang jawatan sebagai Panglima Tentera Darat ke-23 pada 21 Mei 2010, seterusnya dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia ke-18 pada 15 Jun 2011 dan bersara pada 14 Jun 2017.
Beliau kemudian dilantik sebagai Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara pertama pada Ogos 2016 hingga Jun 2018.
Beliau juga merupakan pemacu utama pelaksanaan Dasar Keselamatan Negara 2017, penggubalan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 serta terlibat sepenuhnya dalam pembentukan Agensi Keselamatan Siber Nasional.
Zulkifeli mendapat pendidikan awal di Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu dan melanjutkan pelajaran di Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi dan Royal Military Academy, Sandhurst, United Kingdom.
Beliau merupakan graduan dari Royal Thai Army Command and General Staff College, Thailand pada 1992 dan memiliki Sarjana Strategi Sumber Negara dari National Defence University, Washington DC, Amerika Syarikat pada 2001.
Beliau seterusnya dianugerahkan Doktor Kehormat dalam bidang Pengurusan dari Universiti Tun Abdul Razak pada 2013.
Astro Awani
Mon Aug 01 2022
Pelantikan Zulkifeli diharap akan terus memacu CyberSecurity Malaysia ke tahap yang lebih cemerlang. - Gambar fail
AWANI Sabah+ | Setiap Khamis & Jumaat 8:25 Malam
Merentasi Laut China Selatan, hingga ke puncak Kinabalu. Kami bawakan lapopran ringkas, padat dan komprehensif. 5 minit AWANI Sabah+, setiap Khamis dan Jumaat 8:25 malam hanya di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Tiga pekerja restoran pengsan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[INFOGRAFIK] Fasa Gencatan Senjata
Berikut adalah info berkenaan dengan fasa perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza.
Pengarah syarikat direman, disyaki minta, terima rasuah RM1 juta
SPRM menahan reman seorang pengarah syarikat disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta sebagai balasan memberikan kerja sebagai subkontraktor berhubung tender perkhidmatan membekal makanan dan minuman kepada pekerja.
KPDN terbuka kaji syor naikkan nilai denda jika salah guna
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terbuka dengan cadangan dan syor meningkatkan nilai denda bagi pihak yang didapati menyalahgunakan sijil halal.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali menegaskan isu pelanggaran halal seumpama itu merupakan perkara yang tidak boleh dikompromi dan perlu ditangani sewajarnya.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali menegaskan isu pelanggaran halal seumpama itu merupakan perkara yang tidak boleh dikompromi dan perlu ditangani sewajarnya.
Dialog Tiga Penjuru: Lagi kes aniya haiwan
Sumbat ‘oyen’ dalam guni, belas ihsan manusia semakin menipis? Tanggungjawab melindungi haiwan (pelihara dan terbiar), kalau bukan kita siapa lagi? Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Perjanjian gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas, menurut kenyataan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar.
Malaysia sanggup lakukan apa sahaja demi kedamaian Palestin
Malaysia mengalu-alukan usaha dalam mencapai kedamaian di Gaza susulan persetujuan Israel dan Hamas untuk melakukan gencatan senjata.
Dan pendirian Malaysia adalah untuk melakukan apa sahaja dalam memastikan kekejaman zionis terhadap Palestin dapat dihentikan.
Dan dari London, United Kingdom, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan pendirian Malaysia berhubung perkara itu.
Untuk perkembangan, Hasimi Muhamad ada perinciannya.
Dan pendirian Malaysia adalah untuk melakukan apa sahaja dalam memastikan kekejaman zionis terhadap Palestin dapat dihentikan.
Dan dari London, United Kingdom, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan pendirian Malaysia berhubung perkara itu.
Untuk perkembangan, Hasimi Muhamad ada perinciannya.
Tiga pekerja restoran pengsan
Tiga pekerja restoran makanan segera di Kuala Nerus pengsan selepas dipercayai terhidu gas karbon monoksida di premis berkenaan.
Remaja maut jatuh dari tingkat 14 pangsapuri
Seorang remaja lelaki ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 14 sebuah pangsapuri di Kuala Terengganu pada Khamis.
Tan Sri Zulkifeli dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah Cybersecurity Malaysia
Beliau menggantikan Jeneral (B) Tan Sri Panglima Mohd Azumi Mohamad yang bersara pada 30 Jun lalu.
Hospital Medan Malaysia di Cox's Bazar beroperasi 1 Disember - PM Najib
Ia akan dibina pada jarak perjalanan kira-kira 10 hingga 15 minit dari kem pelarian wilayah Cox's Bazar, Bangladesh.
Krisis Korea Utara-Malaysia: 'Saya beri jaminan lakukan segala yang terdaya' - PM
Kerajaan memberi jaminan untuk melakukan segala yang terdaya dalam memastikan keselamatan rakyat Malaysia di Korea Utara.
Malaysia alu-alukan keputusan Myanmar larang rakyatnya bekerja di Malaysia
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia mengalu-alukan keputusan kerajaan Myanmar untuk melarang rakyatnya bekerja di Malaysia.
Isu Rohingya: Myanmar henti penghantaran pekerja asing ke Malaysia
Menurut laporan Myanmar Times, pengumuman itu dibuat Kementerian Buruh, Imigresen dan populasi Myanmar dalam satu kenyataan semalam.
Isu Rohingya: Panglima ATM adakan pertemuan dengan Presiden Myanmar
Pertemuan itu bertujuan mengurangkan ketegangan susulan hubungan Malaysia-Myanmar yang dikatakan terjejas akibat kritikan keras perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
PAT diumum Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara pertama
Isu ancaman terhadap pertahanan dan keselamatan negara kini tanggungjawab Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
Panglima ATM nafikan Amerika Syarikat bina pangkalan tentera di Sabah
Kementerian Pertahanan dan ATM tidak berhasrat membenarkan sebuah pangkalan tentera asing dibina di Malaysia.
ATM tunggu laporan penuh siasatan kemalangan Kapten Hasman
Angkatan Tentera Malaysia sedang menunggu laporan penuh siasatan kemalangan menimpa Allahyarham Kapten Hasman Hussin, yang mati lemas dalam kejadian banjir di Missouri.
Pesawat Hercules C-130 bawa pulang mangsa nahas di Chiang Mai
Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata pesawat itu dijangka berlepas ke sana dari Pangkalan TUDM Subang jam 5 petang ini.