Pemergian sejarawan negara dan tokoh akademik, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim merupakan satu kehilangan besar buat negara.
Anak sulung mendiang, Eddin Khoo, 50 tahun, berkata bapanya sentiasa menyifatkan Malaysia sebagai nyawanya.
Katanya, Kay Kim sentiasa menjadi jambatan di antara kaum dalam mewujudkan sebuah negara bangsa yang majmuk.
“Tanah air ini adalah nyawanya dan selama lebih 50 tahun kerjayanya, beliau telah banyak terlibat dalam pelbagai aspek terutamanya seorang guru dan pensyarah.
“Dalam (melahirkan) anak murid sebagai pembina negara, tetapi bagi saya yang paling utama beliau menjadi jambatan di antara kaum untuk mewujudkan satu negara bangsa yang majmuk,” katanya ketika ditemui pemberita di Nirvana Memorial Center, Sungai Besi, di sini hari ini.
Jelas beliau lagi, bapanya sentiasa menganggap bahawa proses membina negara bangsa adalah bersifat berterusan.
“Selalu beliau menganggap bahawa membina negara bangsa adalah satu proses dan proses itu tidak pernah selesai tetapi selalu menitik-berat aspek sejarah dalam apapun.
“Kalau tiada kenangan kita tidak ada masa depan yang cerah,” ujarnya.
Mengimbau lagi kenangan bersama mendiang, Eddin berkata bapanya sering berpesan bahawa setiap manusia mempunyai maruah.
Ujarnya, ramai yang tidak tahu bahawa mendiang bapanya juga seorang yang suka berjenaka, dan kerana itu beliau mudah didampingi oleh semua pihak.
“Itu merupakan pengajaran utama. Selain itu, beliau juga merupakan seorang ayah yang begitu bebas mesra.
“Ramai yang mengenali seorang yang serius tetapi ada aspek lucu dan luar biasa. Orang mesra dan senang bergaul,” katanya.
Bagi memastikan segala hasil karya Kay Kim tidak lenyap ditelan zaman, Eddin kini berusaha untuk mengumpul semua hasil penulisan bapanya.
Projek itu telah bermula dan ia melibatkan penerbitan 35 buah buku membabitkan semua hasil tulisan mendiang di akhbar, selain projek berkaitan riwayat hidup mendiang bapanya.
Kay Kim menghembuskan nafas terakhir pada usia 82 tahun akibat masalah paru-paru di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kira-kira jam 10.13 pagi, pada Selasa.
Mendiang yang dilahirkan di Kampar, Perak meninggalkan isteri Puan Sri Rathi Khoo, 75 tahun, serta tiga orang anak, Eddin, Rubin dan Mavin.
Beliau merupakan salah seorang penulis yang merangka Rukun Negara selepas rusuhan kaum pada 1969.
Hasimi Muhamad
Tue May 28 2019

Bagi memastikan segala hasil karya Kay Kim tidak lenyap ditelan zaman, Eddin kini berusaha untuk mengumpul semua hasil penulisan bapanya. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

'Main Puteri' dipentaskan di Festival De I'Imaginaire, Paris pada 7 Jun
Seni persembahan tradisional dari Kelantan, Main Puteri atau Main Teri akan mengadakan pementasan di Festival de I'Imaginaire di Paris, Perancis pada 7 Jun ini.

Rasuah: 'Rakyat macam dalam Alice in Wonderland' - Eddin Khoo
Isu ketelusan itu tidak ubah seperti satu retorik pihak tertentu semata-mata.

Revolusi senyap berlaku sejak banjir
Perkara ini berlaku kerana usaha-usaha membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat lebih mudah diselesaikan dengan gerak kerja masyarakat tanpa melibat kerenah birokrasi.

Atasi ego besar 'naga-naga tua' dengan idea radikal
Cara lama perlu diubah, tabiat lama harus ditinggalkan, pemikiran patut dibersihkan, sikap mesti diperbetulkan - barulah kita dapat benar-benar menyelesaikan krisis ini dan bergerak menuju kemajuan.

Mesyuarat Khas Parlimen: Cari pasal atau teroka sepakat? 'Dialog Tiga Penjuru' 8.30 malam ini di Astro AWANI
Bagaimanakah cara yang sehalus, seaman, secekap, dan seefektif mungkin untuk blok-blok dalam Parlimen bersama menyelesaikan krisis tanpa perlu menidakkan antara satu sama lain?

Ahli politik disaran praktik prinsip rukun negara
Teras kelima dalam Rukun Negara itu harus menjadi pemandu kepada ahli politik dalam melaksanakan tugas mereka tanpa menggunakan identiti politik, agama dan ras demi kepentingan masing-masing.

Kerja-kerja laporan PPDUEC masih berbaki 20 peratus
PPDUEC masih mempunyai baki 20 peratus lagi kerja-kerja pelaporan yang perlu disiapkan sebelum melengkapkan laporan dan syor kepada KPM.

Laporan UEC di peringkat akhir, akan diserahkan kepada kerajaan hujung bulan
Pengerusi PPDUEC, Eddin Khoo berkata, mereka akan berjumpa dengan kesemua Ahli Parlimen sebelum merumuskan laporan berkenaan

'Tanah air ini nyawanya' - Anak kongsi kenangan terakhir dengan mendiang Khoo Kay Kim
Pemergian sejarawan negara dan tokoh akademik, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim merupakan satu kehilangan besar buat negara.

Mendiang Khoo Kay Kim dikebumi Sabtu ini
Sejarawan negara dan tokoh akademik, Prof Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim yang meninggal dunia akibat masalah paru-paru dibawa ke Nirvana Memorial Park Sungai Besi, bagi upacara penghormatan.