PUTRAJAYA: Tanah di kawasan Taman Rimba Kiara yang diperuntuk bagi projek pembangunan adalah untuk membina kediaman dan bukan sebagai taman awam, Mahkamah Persekutuan diberitahu hari ini.
Peguam B. Thangaraj yang mewakili Datuk Bandar Kuala Lumpur berhujah Mahkamah Rayuan terkhilaf dalam penemuannya bahawa tanah itu telah ditandakan sebagai kawasan lapang awam, rekreasi dan hijau di bawah rancangan tempatan.
Beliau berkata semasa syarikat pemaju Memang Perkasa Sdn Bhd memohon kebenaran merancang, tanah itu sudah dizonkan bagi kegunaan kediaman di bawah Peraturan Pengezonan dan Kepadatan Wilayah Persekutuan dan pembangunan bercampur.
"Permohonan kebenaran merancang dikemukakan untuk menukar sebahagian tanah pembinaan kondominium berperkhidmatan daripada kediaman kepada komersial manakala kawasan tanah yang dimaksudkan untuk penduduk Rumah Panjang Bukit Kiara kekal sebagai kediaman," katanya.
Thangaraj juga berkata Mahkamah Rayuan gagal menimbang fakta bahawa tanah itu tidak boleh menjadi kawasan lapang atau taman kerana sebahagian daripadanya diduduki oleh peneroka Rumah Panjang Bukit Kiara dan bakinya digunakan sementara sebagai tempat letak kereta untuk pengguna Taman Rimba Kiara.
Thangaraj berkata demikian di hadapan panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan Datuk Bandar DBKL, Memang Perkasa, Yayasan Wilayah Persekutuan dan Persatuan Penduduk Perumahan Awam Bukit Kiara.
Mereka ingin menghidupkan semula perintah pembangunan bertarikh 13 Julai 2017 yang dikeluarkan oleh DBKL bagi pembangunan lapan blok pangsapuri servis mewah 29 tingkat terdiri daripada 350 unit perumahan mampu milik untuk dibina di kawasan itu.
Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan memihak kepada penduduk Taman Tun Dr Ismail (TTDI), yang menerusi badan pengurusan Trellises Apartment, Kiara Green Townhouses, Residence Condominium, TTDI Plaza Condominium, The Greens Condominium dan empat penduduk serta pemilik rumah TTDI, telah memfailkan semakan kehakiman pada 2017 bagi membatalkan kebenaran perancangan bersyarat dan perintah pembangunan yang dikeluarkan oleh DBKL.
Mereka kalah di peringkat Mahkamah Tinggi pada 28 Nov 2018.
Pada prosiding hari ini yang berlangsung secara maya, panel hakim yang terdiri daripada Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah turut mendengar hujah peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram serta Khoo Guan Huat yang mewakili Memang Perkasa.
Sri Ram berhujah bahawa penduduk dan badan pengurusan tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk memulakan prosiding kehakiman bagi mencabar keputusan DBKL untuk mengeluarkan perintah pembagunan.
Beliau berkata kuasa badan pengurusan hanya tertakluk kepada penyelenggaraan dan pengurusan hartanah bersama.
Katanya penduduk tidak berhak mendapat perintah certiorari yang diberikan kepada mereka oleh Mahkamah Rayuan bagi membatalkan perintah pembangunan yang dikeluarkan oleh DBKL kerana mereka tidak menunjukkan bukti bahawa mereka terjejas teruk susulan keputusan DBKL memberikan kebenaran merancang itu.
Sri Ram juga berkata DBKL tidak mempunyai kewajipan untuk memberikan alasan kepada penduduk mengapa bantahan mereka terhadap projek itu ditolak.
Khoo pula berhujah bahawa laporan Ketua Audit Negara 2019 yang penduduk mohon agar diterima oleh mahkamah adalah tidak relevan dalam rayuan itu.
"Laporan Ketua Audit Negara tidak mengandungi sebarang fakta tambahan yang utama dan hanyalah pandangan mengenai ketidakpatuhan perintah pembangunan itu dengan Pelan Bandaraya KL 2020," katanya.
Beliau berkata pendapat dalam laporan itu dibuat secara umum dan tidak secara spesifik berkaitan dengan perintah pembangunan projek di Taman Rimba Kiara.
Dalam semakan kehakiman itu, penduduk memohon agar perintah pembangunan itu dibatalkan atas alasan Taman Rimba Kiara yang berkeluasan 10.08 hektar adalam taman awam yang terletak di TTDI dan Bukit Kiara serta merupakan kawasan hijau Kuala Lumpur.
Pendengaran rayuan itu bersambung pada 28 April depan.
Yayasan Wilayah Persekutuan diwakili peguam Tan Sri Cecil Abraham manakala penduduk TTDI diwakili peguam Datuk Dr Gurdial Singh Nijar.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 22 2022

Tanah di kawasan Taman Rimba Kiara yang diperuntuk bagi projek pembangunan adalah untuk membina kediaman dan bukan sebagai taman awam, Mahkamah Persekutuan diberitahu hari ini. - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Projek pembajaan tepat dijangka tingkat hasil 20,000 hektar jelapang
Jangkaan itu dapat dicapai kerana pemilihan kawasan bagi projek tersebut dibuat berdasarkan maklumat dan data status kesuburan tanah.

Bulan Kebangsaan MY-SG: Mengurus pembangunan tanah secara hemat dan mampan
Laporan Khas Bulan Kemerdekaan Malaysia-Singapura bertemakan pembangunan demi kemakmuran bersama, melaporkan pendekatan Singapura membangunkan sumber tanah dengan hemat.

Sarawak sediakan 150,000 hektar bagi pengeluaran beras - Abang Johari
Projek penanaman padi akan dilakukan secara berperingkat menggunakan peruntukan daripada kerajaan pusat yang berjumlah RM173 juta.

147 Orang Asli mohon deklarasi hak milik tanah
Plaintif mendakwa mereka adalah penduduk di tanah tersebut, diwarisi daripada nenek moyang, yang digunakan untuk menyara kehidupan.

Pengambilan tanah pembangunan semula Sungai Baru perlu diteruskan - PKB
PKB berkata berdasarkan APT 1960, tiada sebarang syarat berkaitan peratusan persetujuan pemilik tanah ditetapkan.

Jangan kelabu mata tawaran jual tanah
Tanah diberikan itu boleh digunakan untuk bercucuk tanam yang boleh mendatangkan hasil pendapatan dalam jangka masa panjang.

Perak tidak boleh batal hak milik tanah lapangan terbang Seri Iskandar
Kawasan terbabit bukan lagi berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan terserah kepada syarikat berkenaan untuk melakukan sebarang pembangunan di situ.

Tanah di Taman Rimba Kiara untuk pembangunan kediaman, bukan taman - Peguam
Tanah di kawasan Taman Rimba Kiara yang diperuntuk bagi projek pembangunan adalah untuk membina kediaman dan bukan sebagai taman awam.

KPPK tidak keluar lesen jual hasil sawit kepada peneroka haram
Peladang kelapa sawit yang meneroka tanah secara haram tidak akan diberi lesen oleh KPPK untuk menjual hasil perladangan mereka.

Teknik tanam timun dalam pasu gantung, lebih mudah untuk dituai
Bagi anda yang tinggal di apartmen dan mempunyai kekangan ruang, tak menjadi masalah jika anda ikut teknik tanaman timun di dalam pasu gantung ini.