Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda) dan anak syarikatnya memfailkan saman terhadap dua bekas pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Tan Sri Shahrir Abdul Samad, syarikat pemaju hartanah Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) serta 18 yang lain untuk mendapatkan perintah bagi membatalkan dengan serta merta semua instrumen pindah milik tanah di Jalan Semarak.
Felda dan Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) selaku plaintif memfailkan saman itu melalui e-filing Mahkamah Tinggi Sivil di sini menerusi firma guaman Lee Hishammuddin Allen & Gledhill dengan menamakan 21 mereka sebagai defendan.
Antara yang dinamakan sebagai defendan ialah ialah bekas Pengarah Besar Felda Datuk Faizoull Ahmad; bekas Ketua Pegawai Eksekutif FIC Mohd Zaid Abdul Jalil; Pengarah SPSB Abd Rahman Soltan dan Noraini Soltan; SPSB dan Synergy Promenade KLVC Sdn Bhd (SPKLVC) ; bekas Pengarah Besar Felda Datuk Hanapi Suhada; bekas Pengarah Besar Felda Datuk Ab Ghani Mohd Ali; bekas Pengarah Tanah Felda Shahrizal Mohd Saleh; dan Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Dalam writ saman dan penyataan tuntutannya, Felda memohon perintah untuk mengarahkan Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan membatalkan dengan serta merta semua instrumen pindah milik tanah Semarak Felda daripada agensi itu kepada SPSB dan SPKLVC dalam tempoh 30 hari dari tempoh perintah tersebut.
Plaintif juga memohon deklarasi bahawa Surat Tawaran FIC, Surat Tawaran Felda, Perjanjian Pembangunan, Surat Kuasa Wakil, Perjanjian Sewa, empat Perjanjian Sewa Beli dan Memorandum Persefahaman tidak boleh dikuatkuasakan, batal atau tidak sah.
BACA: Felda nafi dakwaan peneroka berisiko kehilangan hak ke atas tanah
BACA: Isu tanah Felda: Tiada pendakwaan diteruskan
Dalam saman itu, Felda dan FIC menuntut ganti rugi dan pampasan terhadap kesemua defendan untuk pelanggaran kewajipan fidusiari yang ditanggung terhadap Felda iaitu ganti rugi berjumlah RM1.062 bilion bagi nilai komersial tanah Semarak yang boleh diterima secara langsung daripada jualan tanah berkenaan.
Turut dimohon, antaranya pampasan dalam ekuiti untuk kerugian peluang komersial berjumlah RM562 juta sekiranya Felda menerima “MGR” berjumlah RM500 juta daripada Perjanjian Pembangunan itu.
BACA: Isu tanah Jalan Semarak: 'Ada gerakan mahu menyeleweng Felda'
BACA: Felda dapat kembali hak tanah di Jalan Semarak - Shahrir
Ia juga menuntut pampasan dalam ekuiti atas segala kos dan perbelanjaan yang akan ditanggung untuk merobohkan struktur yang dibina oleh SPSB dan untuk mengembalikan semula tanah kepada keadaan asal.
Kedua-dua plaintif turut menuntut ganti rugi RM1.5 bilion bagi keseluruhan liabiliti sewa di bawah Perjanjian Sewa jika ia tidak diketepikan, ganti rugi RM2.062 bilion selain menuntut ganti rugi bagi nilai komersial 17 lot tanah yang kononnya dijual di bawah empat Perjanjian Sewa Beli itu serta kos.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 14 2019

Dalam writ saman dan penyataan tuntutannya, Felda memohon perintah untuk mengarahkan Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan membatalkan dengan serta merta semua instrumen pindah milik tanah Semarak Felda. - Gambar hiasan
Wanita tikam suami hingga mati dituduh Isnin ini
Seorang wanita yang dipercayai menikam suaminta di hadapan rumah mereka di sebuah pangsapuri di kajang pada minggu lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret Kajang pada Isnin depan.
Akibat tekanan kewangan, ahli perniagaan bunuh isteri
Akibat tekanan kewangan, seorang ahli perniagaan warga emas dipercayai membunuh isterinya sebelum mencederakan diri sendiri di rumahnya di Bandar Sungai Long, Kajang pada Khamis.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia-Perancis senada perkukuh kerjasama pelbagai bidang termasuk AI, pertahanan
Malaysia dan Perancis senada dalam memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan serta kecerdasan buatan (AI).

Gempa bumi bermagnitud 5.0 landa perairan Fukushima, Jepun - JMA
Pusat gempa terletak pada garis lintang 37.5 darjah utara dan garis bujur 141.5 darjah timur.

MOTAC ingatkan orang ramai waspada laman sesawang palsu
Laman sesawang palsu itu menyamar sebagai platform rasmi MOTAC bagi carian syarikat pelancongan berlesen.

Pentagon rancang beku pengambilan pekerja - Setiausaha Pertahanan AS
Pentagon juga akan memberhentikan pekerja yang dianggap "kurang berprestasi".

Akibat tekanan kewangan, ahli perniagaan bunuh isteri sebelum cuba cederakan diri
Ketika polis tiba, mangsa berusia 63 tahun ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah di bilik tidurnya.

Bawa muatan berlebihan, pemandu sanggup tunggu berjam-jam elak operasi JPJ
Taktik itu sering digunakan pemandu kenderaan berat bagi menghindari tindakan penguatkuasaan susulan muatan berlebihan yang dibawa mereka.

Program Memfail Borang Nyata 2025 telah dimuat naik sebagai rujukan
HASIL tidak lagi menerima pengemukaan BN secara manual dan borang kertas sama ada di kaunter atau secara pos.

Perkhidmatan e-Filing bagi tahun taksiran 2022 dibuka mulai 1 Mac 2023
Pembayar cukai disaran untuk menggunakan perkhidmatan e-Filing bagi tujuan pengemukaan Borang Nyata melalui portal rasmi HASiL.

LHDN selenggara sistem, aplikasi
Antara sistem dan aplikasi terlibat termasuk MyTax, e-filing dan Borang Maklum Balas Pelanggan.

Tarikh akhir kemuka Borang Nyata Cukai 2021 pada 30 April, e-Filing 15 Mei
LHDN turut menyarankan pembayar cukai mengemukakan Borang Nyata Cukai dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Sediakan dokumen ini sebelum Mac, mudah nanti buat e-filing
Dokumen lain termasuk yuran pengajian peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah, penyata PRS, resit kepada organisasi diluluskan LHDN.

Prosiding komital: Bapa Adib hantar representasi kepada Peguam Negara
Peguam Aidil Khalid, yang mewakili bapa Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, berkata pihaknya menghantar surat representasi itu menerusi faks dan e-mel semalam.

Badan Peguam Malaysia gesa badan kehakiman pertimbangkan semula arahan e-filing
Ahli Badan itu berdepan kesukaran untuk mematuhi tarikh akhir bagi pemfailan kes baharu dan dokumen lain di mahkamah menerusi e-filing susulan pelaksanaan perintah itu.

Tanah Jalan Semarak: Felda saman Isa Samad, Shahrir, 19 lagi
Plaintif memfailkan saman melalui e-filing Mahkamah Tinggi Sivil di sini menerusi firma guaman Lee Hishammuddin Allen & Gledhill dengan menamakan 21 mereka sebagai defendan.

Jumlah pendaftaran e-filing meningkat 12.9 peratus - LHDN
Datuk Sabin Samitah sejak ia dibuka pada 1 Mac lalu, sebanyak 1.2 juta pendaftaran e-filing telah diterima.

LHDN sasar empat juta pembayar cukai guna e-Filing
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyasarkan sebanyak empat juta pembayar cukai menggunakan e-Filing tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Mohd Shukor Mahfar.