TAMBUN: Ketua Pembangkang Perak, Abdul Aziz Bari tidak sepatutnya merendah-rendahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan isu penjualan tanah lapangan terbang di Seri Iskandar.
Sebaliknya agensi itu perlu diletakkan di kedudukan tinggi supaya ia terus dihormati, kata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Beliau berkata, SPRM perlu diberi peluang untuk menjalankan siasatan sebelum mengambil tindakan.
"Saya harap beliau sendiri selaku bekas Exco kerajaan negeri boleh memberi kerjasama seperti saya dan juga semua warganegara Malaysia yang bertanggungjawab terhadap apa juga perkara.
"Apabila ada siasatan yang dibuat oleh pihak berkuasa kita sebagai warganegara mesti memberi kerjasama sepenuhnya demi kebaikan negara, jadi saya harap apa juga pandangan yang nak dibuat tak perlulah sampai tahap kita nak merendahkan agensi kerajaan seperti SPRM yang perlu diletakkan di kedudukan tinggi supaya dihormati oleh rakyat," katanya.
Beliau ditemui semasa majlis berbuka puasa bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) Hulu Kinta selepas melawat seorang anggota yang menjalani pembedahan di Tambun pada Isnin.
Menurutnya, selain SPRM Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) Perak juga boleh mengambil tindakan, mengikut bidang kuasa masing-masing.
Terdahulu Abdul Aziz berkata, kesediaan Ahmad Faizal untuk disiasat oleh SPRM, berhubung isu penjualan tanah lapangan terbang tidak membawa kepada jalan penyelesaian.
Justeru, beliau mendesak PAC Perak untuk mengambil tindakan berhubung isu penjualan tanah lapangan terbang berkenaan.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Apr 25 2022

Ahmad Faizal berkata, SPRM perlu diberi peluang untuk menjalankan siasatan sebelum mengambil tindakan. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Tanah lapangan terbang: Aziz Bari tidak patut rendahkan SPRM
SPRM perlu diberi peluang untuk menjalankan siasatan sebelum mengambil tindakan.

Tanah lapangan terbang: Kesediaan Faizal disiasat SPRM tidak selesai isu - Aziz Bari
Abdul Aziz mendesak Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) Perak untuk mengambil tindakan berhubung isu penjualan tanah lapangan terbang berkenaan.

Tanah lapangan terbang: Saya wajib beri kerjasama kepada SPRM - Ahmad Faizal
Katanya, sebagai rakyat Malaysia, beliau wajib memberi kerjasama untuk membantu siasatan pihak berkuasa.

Isu jual tanah lapangan terbang, Saarani belum dipanggil SPRM
Saarani berkata, jika dipanggil kelak, ia adalah disebabkan kedudukannya sebagai Menteri Besar dan Pengerusi PKNP ketika ini.

SPRM mulakan siasatan penjualan tanah lapangan terbang Sri Iskandar
Beberapa individu yang terlibat berkaitan isu tersebut akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

Tanah lapangan terbang: Bekas Exco lapor SPRM, MB dan UMNO wajar ambil langkah sama- Howard Lee
Bekas Exco kerajaan negeri, Howard Lee Chuan How mahu isu berkenaan diselesaikan secara tuntas, demi keadilan untuk rakyat Perak.

Isu tanah lapangan terbang Seri Iskandar: Pemuda PH Perak lapor polis, SPRM menyusul
Pihak polis mempunyai tanggungjawab serta kuasa untuk menjalankan siasatan, selain mendedahkan dalang sebenar yang bertanggungjawab ke atas isu terbabit.

Kerajaan tiada perancangan jual LTSAAS - Kementerian Kewangan
MAHB masih memiliki pajakan selama 60 tahun iaitu sehingga tahun 2067 ke atas tanah yang terletaknya LTSAAS buat masa ini.