KUANTAN: Sebahagian laluan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) yang ditutup sepenuhnya akibat tanah mendap di KM66.1 bermula malam Selasa, dibuka semula bagi arah Timur.
Pembukaan semula laluan itu disahkan oleh pemegang konsesi KLK, ANIH Berhad menerusi laman sosial Facebook dan Twitter pagi ini.
"Bagaimanapun, pengguna arah ke Kuala Lumpur masih perlu menggunakan laluan alternatif iaitu melalui keluar di persimpangan Bentong Timur dan masuk semula di persimpangan Bentong Barat," menurut ANIH Berhad.
ANIH Berhad sebelum ini, memaklumkan penutupan sebahagian lebuh raya itu di kedua-dua arah ekoran tanah mendap yang berlaku berhampiran Plaza Tol Bentong.
Kementerian Kerja Raya dalam kenyataan memaklumkan laporan awal Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) mendapati tanah mendap tersebut diakibatkan daripada runtuhan terowong 2 laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang berada 13 meter di bawah laluan tersebut.
MRL menerusi kenyataan memaklumkan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kejadian sedang dijalankan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 27 2023

Kementerian Kerja Raya memaklumkan laporan awal MRL mendapati tanah mendap tersebut diakibatkan daripada runtuhan terowong 2 laluan ECRL yang berada 13 meter di bawah laluan tersebut. - Foto Facebook Kementerian Kerja Raya

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

Aidiladha: Aliran trafik masih lancar, pengguna diminta waspada kemalangan
Jumlah kenderaan sedikit meningkat berbanding hari biasa di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) namun trafik masih terkawal.

LTAT: Usaha beri tawaran am kepada Boustead Plantations masih berjalan
BPlant dan KLK setuju untuk tidak meneruskan cadangan pengambilalihan RM1.15 bilion oleh KLK bagi 33 peratus kepentingan dalam BPlant.

Gagal ambil alih 33% kepentingan dalam Boustead Plantations tidak beri kesan kepada KLK - MIDF Research
Firma itu berkata, malang buat Boustead kerana harga menarik dan pemegang saham berpeluang dapat manfaat daripada operasi luar biasa KLK.

Lembaga Tabung Angkatan Tentera mahu beli BPlant, dianggarkan RM1.11 bilion
Ia bertujuan meneruskan tawaran am BPlant pada harga tawaran RM1.55 sesaham, tertakluk kepada kelulusan kawal selia, kata LTAT.

33 peratus saham Boustead Plantations dijual bagi selesaikan hutang
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata langkah itu membabitkan jualan saham hanya sebanyak 33 peratus, dengan LTAT dan Boustead masih berpeluang menjadi antara p

Tanah mendap: Laluan dibuka semula, patuhi had laju - ANIH Berhad
ANIH Berhad turut menasihati pengguna jalan raya agar mematuhi had laju yang ditetapkan dan berhati-hati semasa memandu di kawasan tersebut.

Tanah mendap: Laluan arah Kuantan dibuka
Sebahagian laluan KLK yang ditutup sepenuhnya akibat tanah mendap di KM66.1 bermula malam Selasa, dibuka semula bagi arah Timur.

Projek pelebaran KLK bernilai RM2.1 bilion bermula Julai ini
Projek pelebaran itu melibatkan kos RM2.1 bilion dengan jarak sejauh 45.3 kilometer.

Treler alami masalah brek rempuh kenderaan lain di Lebuhraya KLK
Sebuah treler muatan besi yang mengalami masalah brek antara lima kenderaan terlibat dalam kemalangan di kilometer (KM) 43 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah timur hari ini.

Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ditutup sebahagian malam ini
Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) akan ditutup sebahagian di kedua dua arah selama 30 minit bermula jam 11 malam ini.