Satu lagi keluarga membabitkan lima penghuni Rumah Pangsa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Jalan Tun Razak, Kampung Baru di sini dipindahkan sementara susulan kejadian tanah mendap selepas hujan lebat di kawasan itu.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur, Kapten (PA) Aziana Hizazi berkata sehingga pukul 8.00 malam tadi, seramai 67 penduduk telah dipindahkan akibat kejadian itu.
"Ia melibatkan 25 lelaki dan 26 perempuan dewasa, serta lapan kanak-kanak lelaki dan enam kanak-kanak perempuan, di samping dua bayi," katanya ketika dihubungi malam tadi.
Terdahulu, 15 keluarga melibatkan 62 penduduk dipindah dan ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Serbaguna Kg. Bharu Jalan Hamzah susulan kejadian tanah mendap yang dikesan lewat petang Khamis.
BACA: Banjir kilat sekitar KL, beberapa kenderaan ditenggelami air
APM telah melakukan tinjauan di kawasan 'hotspot' banjir sebelum mendapati berlaku keadaan tanah mendap di kawasan Flat PKNS berikutan hujan lebat sejak 6.45 petang Khamis.
Ia kemudiannya dimaklumkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mengarahkan penduduk mengosongkan kediaman dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara itu.
BACA: Hujan lebat punca tanah runtuh belakang apartment di Rawang
Dalam kes berasingan, Aziana berkata berikutan hujan lebat sejak Khamis, berlaku hakisan tanah di Jalan Desa Utama, Taman Desa Klang di sini, petang Jumaat.
Beliau berkata pihaknya menerima laporan pada pukul 5.41 petang dan sepasukan penyelamat telah bergegas ke lokasi bagi memantau.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 18 2019

DBKL mengarahkan penduduk Flat PKNS mengosongkan kediaman dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara. Foto Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Tanah mendap: Lima lagi penghuni Flat PKNS dipindah - APM
Terdahulu, 15 keluarga melibatkan 62 penduduk dipindah dan ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Serbaguna Kg. Bharu Jalan Hamzah susulan kejadian tanah mendap yang dikesan lewat Khamis.