Pemuda Pas menuntut penjelasan lanjut Penasihat Majlis Perundingan Melayu (MPM), Tun Hanif Omar berhubung pengurangan tanah rizab Melayu.
Ia susulan fakta yang dikemukakan bekas Ketua Polis Negara itu, bahawa tanah rizab Melayu yang terdapat di seluruh negara hanya tinggal 12 peratus, berbanding 50 peratus sebelum ini.
Ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata berdasarkan maklumat Jawatankuasa Pemandu Urusan Data tanah rizab Melayu Semenanjung Malaysia, sehingga Oktober 2016, terdapat kira-kira 4 juta hektar TRM bersamaan dengan 31.2% daripada keseluruhan keluasan tanah di Semenanjung Malaysia
"Kenyataan Penasihat MPM semalam harus dijelaskan semula atau adakah beliau merujuk kepada data tanah rizab Melayu pada tahun 2005-2009?
"Penjelasan ini perlu diberikan untuk mengelak salah faham atau berkemungkinan berlaku kemerosotan mendadak pengurangan tanah rizab Melayu dalam tempoh dua tahun (2016 hingga 2018) yang mungkin disebabkan oleh pembatalan status tanah dan penggunaan yang tidak diganti semula akibat pembangunan khususnya di kawasan bandar," ujarnya.
Pada masa yang sama Pemuda Pas turut menggesa pihak kerajaan untuk melaksanakan syor-syor yang pernah dikemukakan oleh Laporan Ketua Audit Negara pada tahun 2013.
"Syor-syor tersebut bertujuan untuk melindungi dan meningkatkan nisbah peratusan keluasan tanah rizab Melayu di seluruh negara yang antaranya adalah mengemaskini semula data kawasan TRM, mengambil tindakan segera menggantikan semula pengambilan tanah rizab Melayu dan mengenal pasti kawasan baru yang bersesuaian untuk meningkatkan semula nisbah keluasan tanah rizab Melayu," katanya.
Tambah Muhammad Khalil, pihaknya komited mendokong nisbah tanah rizab Melayu mesti mencapai nisbah 50 peratus sepertimana yang diwasiatkan oleh Raja-Raja Melayu sejak tahun 1957.
Tun Hanif sebelum ini mendedahkan peratusan penyusutan tanah rizab Melayu yang diperoleh hasil siasatan Biro Integriti MPM yang dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Zaman Khan.
Menurutnya beliau bersama beberapa pemimpin akan berjumpa dengan kerajaan tidak lama lagi dalam usaha membincangkan langkah penyelesaian untuk isu tersebut.
Sinar Harian
Tue Sep 11 2018

Muhammad Khalil berkata, pihaknya komited mendokong nisbah tanah rizab Melayu mesti mencapai nisbah 50 peratus sepertimana yang diwasiatkan oleh Raja-Raja Melayu sejak tahun 1957. - Gambar fail
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.
UK akan umum pakej sekatan baharu, terbesar ke atas Rusia
Kerajaan Britain akan mengumumkan pakej sekatan baharu bagi terus menekan Rusia sempena tahun ketiga pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.
Fokus angkat martabat negara, bukan jatuhkan sesiapa - PM
Kata Anwar, peluang bulan Ramadan yang bakal tiba perlu digunakan dengan majlis ilmu untuk memperkasa individu dan masyarakat, dan bukannya diisi dengan tohmahan dan fitnah untuk menjatuhkan mana-mana pihak.
SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan dengan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu.
Waspada Akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Menurut Royal Press Office, akaun-akaun palsu tersebut sering digunakan oleh “scammers” untuk tujuan penipuan di laman Facebook dan platform media sosial lain.

Perintah khidmat masyarakat dijangka kuat kuasa tahun ini - Nga
Nga berkata sesi libat urus dan penerangan kepada pihak berkaitan sudah dilakukan beberapa kali dalam memastikan perintah khidmat masyarakat itu dapat direalisasikan.

Hanif Omar, Sinar mohon maaf kepada Kit Siang, kes saman selesai
Kes saman fitnah Lim Kit Siang terhadap Tun Mohammed Hanif Omar dan Sinar Karangkraf Sdn Bhd selesai hari ini.

Integriti kepolisan Tan Sri Zaman Khan wajar dicontohi warga PDRM - Tun Hanif
Nilai kepolisan yang diserapkan oleh Allayarham sepanjang perkhidmatannya wajar dijadikan contoh oleh warga PDRM ketika ini.

Sinar Karangkraf dinamakan defendan kedua dalam kes saman fitnah Lim Kit Siang
Pada 17 Okt 2018, Lim menyaman Mohammed Hanif atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah ketika berucap pada Konvensyen Karamah Bangsa di UiTM Shah Alam pada 6 Sept 2018.

Pembubaran Parlimen bukan penyelesaian terbaik - Hanif Omar
Ini kerana, katanya, negara masih belum mencapai tahap ancaman darurat sehingga langkah pembubaran Parlimen perlu diambil.

Hanif Omar tak nyanyuk
Meskipun digelar nyanyuk, bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar dilihat seakan tidak terkesan atau marah dengan kenyataan dibuat veteran DAP, Lim Kit Siang.

Tanah rizab Melayu kurang, Pas tuntut penjelasan
Ia susulan fakta yang dikemukakan bekas Ketua Polis Negara itu, bahawa tanah rizab Melayu yang terdapat di seluruh negara hanya tinggal 12 peratus, berbanding 50 peratus sebelum ini.

Ahli Parlimen jangan jahil perlembagaan - Khoo Kay Kim
Ahli-ahli Parlimen perlu celik sejarah Perlembagaan Persekutuan sebelum meminda sesuatu undang-undang.