Tanah rizab Melayu di seluruh negara dianggarkan seluas empat juta hektar sehingga Oktober tahun lepas, meningkat sebanyak 10 peratus daripada 2008.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Hamim Samuri berkata jumlah tersebut diperoleh melalui Jawatankuasa Pemandu Urusan Data Tanah Rizab Melayu Semenanjung Malaysia.
"Bagaimanapun, jawatankuasa tersebut kini sedang giat mengumpul data yang tepat mengenai tanah rizab tersebut daripada pihak kerajaan negeri," katanya menjawab soalan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) mengenai jumlah rizab tanah Melayu yang masih tinggal.
Menjawab soalan tambahan Ikmal Hisham yang bertanyakan usaha kerajaan membantu membangunkan tanah rizab Melayu, Hamim berkata kerajaan sentiasa berusaha ke arah itu.
Namun, katanya ia bergantung kepada potensi dan keadaan sesuatu tanah rizab seperti keluasan, kedudukan selain sama ada terdapat tuntutan bertindih ke atas tanah itu.
"Bantuan yang kerajaan sediakan sentiasa terbuka, contoh yang paling hampir adalah tanah di lot-lot yang sangat kompleks seperti di Kampung Baru. Kalau tanah-tanah kecil, tengok jenis pembangunan yang boleh dibangunkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 29 2017

Hamim (gambar) berkata usaha kerajaan membantu membangunkan tanah rizab Melayu bergantung kepada potensi dan keadaan sesuatu tanah rizab seperti keluasan, kedudukan selain sama ada terdapat tuntutan bertindih ke atas tanah itu. Gambar fail
Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, insiden kanak-kanak perempuan dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar oleh semua pihak.
PUSPAKOM gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) menggantung sementara pemeriksaan secara 'walk in' termasuk bagi individu yang ingin menjalani pemeriksaan semula (Berkala Semula) selepas gagal dalam pemeriksaan pertama.
Pejalan kaki warga Bangladesh maut, polis kesan pemandu lori
Polis sedang mengesan seorang pemandu lori bagi membantu siasatan kejadian kemalangan di Jalan Muar-Yong Peng berdekatan batu 6, Bakri.
Perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Jemaah Menteri mesti menerima kritikan dengan hati terbuka dan memperbaiki kelompongan yang ada dalam kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
MOTAC ingatkan orang ramai waspada laman sesawang palsu
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengingatkan orang ramai berwaspada dengan laman sesawang palsu yang menyamar sebagai platform rasmi kementerian itu bagi carian syarikat pelancongan berlesen.

Pengangkutan awam Jerman tergendala susulan kebuntuan rundingan gaji
Mogok yang bermula pada 3 pagi (0200 GMT) itu menjejaskan perkhidmatan pengangkutan awam di beberapa negeri.

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Perhilitan terima lebih 38,000 aduan gangguan hidupan liar
Aduan gangguan hidupan liar melibatkan spesies kera adalah yang tertinggi iaitu 23,433 aduan diikuti babi hutan 4,662 dan gajah 2,538 aduan.

Pinda akta berkaitan perhutanan cegah pembalakan haram
Akta-akta tersebut perlu diperhalusi khususnya bagi memperinci peruntukan mengenai tindakan penguatkuasaan yang terletak di bawah bidang kuasa negeri

Tanah rizab Melayu seluruh negara seluas 4 juta hektar
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Hamim Samuri berkata jumlah tersebut diperoleh melalui Jawatankuasa Pemandu Urusan Data Tanah Rizab Melayu Semenanjung Malaysia.

Air pasang besar: Penduduk di pesisir pantai Selangor diminta jangan panik
JPS turut menyediakan sebanyak 21 buah pam di kawasan Klang bagi tujuan menyedut keluar air limpahan laut.