BATANG KALI: Kira-kira 20 orang guru dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong serta ahli keluarga mereka adalah antara yang berada di tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Gohtong Jaya di sini, yang dilanda tanah runtuh awal pagi tadi.
Perkara itu disahkan oleh Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan U Chin Ong ketika ditemui pemberita di Balai Polis Hulu Yam Bharu hari ini.
U berkata mengikut maklumat diterimanya, setakat ini beberapa guru yang berjaya diselamatkan pihak berkuasa dihantar ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan.
"Ada juga dihantar ke Balai Polis Hulu Yam Bharu untuk menerima rawatan dan diambil keterangan," katanya yang bergegas dari Selayang ke balai berkenaan selepas mengetahui mengenai kejadian itu.
U berkata guru sekolah itu bersama keluarga mereka ke tapak perkhemahan tersebut untuk bercuti selama tiga hari sejak Rabu lepas kerana merasakan kawasan berkenaan selamat.
[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Angka korban meningkat ke 16 orang, 17 masih hilang
"Mereka berkhemah sempena cuti persekolahan hujung tahun. Mereka patut pulang ke kediaman masing-masing pagi ini," katanya.
Sementara itu, Penghulu Mukim Hulu Yam, Muhammad Nabil Salehat, berkata kejadian tanah runtuh seumpama itu merupakan kali pertama berlaku di kawasan tersebut.
"Kali terakhir tanah runtuh berlaku di Serendah pada 2016 namun tidak seteruk ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 16 2022
Anggota JBPM menggunakan perkhidmatan anjing pengesan untuk mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang tertimbus di lokasi tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Batang Kali hari ini. - Foto BERNAMA
Mangsa penipuan umrah disaran fail tuntutan di tribunal - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali menegaskan, segala bentuk penipuan perlu ditangani dan ia juga merupakan komitmen kementeriannya.
Jepun zahir hasrat bertemu pentadbiran Trump, perkukuh hubungan dua hala
Yoshiasa Hayashi berharap dapat bekerjasama dengan pentadbiran Trump untuk mengukuhkan hubungan dua hala di antara Jepun dan AS.
264 menara telekomunikasi terjejas di Kelantan selesai dibaik pulih - Fahmi
Menara yang terlibat kini telah beroperasi seperti biasa dan fungsinya akan terus ditambah baik.
INNOVATHON 2: BioProtein powder juara INNOVATHON 2, Raih RM100,000
BioProtein Powder dinobatkan juara INNOVATHON 2, membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan sokongan pelaburan bernilai sehingga RM1 juta.
Kejayaan ini diumumkan dalam episod akhir program realiti sains, teknologi, dan inovasi yang disiarkan Sabtu lalu.
Kejayaan ini diumumkan dalam episod akhir program realiti sains, teknologi, dan inovasi yang disiarkan Sabtu lalu.
WEF 2025: ABCD, ini ‘masalah’ dunia
Ketika dunia berdepan dengan perubahan geopolitik, ketidaktentuan ekonomi, dan kemerosotan alam sekitar, perbincangan di Davos dijangka menjadi kian mendesak dan transformatif.
Wartawan Astro AWANI, media pertama dari Malaysia ke Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Hilal Azmi menjadi wakil media Malaysia pertama dari Malaysia menyampaikan laporan mendalam dari lapangan melalui lensa dan perspektif Malaysia.
Rakyat Palestin akhirnya tidur tanpa ketakutan
Untuk pertama kali dalam lebih setahun, rakyat Palestin dapat tidur tanpa rasa takut bahawa bom yang tidak dijangka akan menghujani rumah atau khemah mereka.
Pada awal pagi Ahad, terdapat kebimbangan dan ketidakpastian akibat kelewatan pelaksanaan gencatan senjata.
Namun, pada jam 11.30 pagi Ahad apabila gencatan senjata dikuatkuasakan, perasaan lega menyelubungi semua orang dengan jeda yang sangat diperlukan daripada keganasan yang berlarutan.
Pada awal pagi Ahad, terdapat kebimbangan dan ketidakpastian akibat kelewatan pelaksanaan gencatan senjata.
Namun, pada jam 11.30 pagi Ahad apabila gencatan senjata dikuatkuasakan, perasaan lega menyelubungi semua orang dengan jeda yang sangat diperlukan daripada keganasan yang berlarutan.
Wujudkan globalisasi seimbang melalui kepengerusian ASEAN
Menurut Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, keseimbangan antara hubungan diplomatik, pengekalan kedudukan sebagai rakan dagang yang strategik dan kebolehan untuk bertindak balas terhadap perubahan global adalah kunci kepada masa depan ekonomi negara.
Anwar seru rakyat utamakan nilai kemanusiaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya menghormati serta mengutamakan nilai kemanusiaan dalam membentuk Malaysia sebagai negara bertamadun dan berjaya pada masa hadapan.
Beliau menyatakan usaha tersebut akan sukar dicapai sekiranya rakyat, terutamanya golongan belia dan anak muda, terus berpegang kepada budaya terlalu selesa, enggan berubah, dan mudah terpengaruh dengan mainan politik murahan sesetengah pihak.
Beliau menyatakan usaha tersebut akan sukar dicapai sekiranya rakyat, terutamanya golongan belia dan anak muda, terus berpegang kepada budaya terlalu selesa, enggan berubah, dan mudah terpengaruh dengan mainan politik murahan sesetengah pihak.
Isu sandwic ham: Henti spekulasi, jangan beri tekanan - Armizan
Armizan menegaskan bahawa siasatan akan dilakukan secara telus dan menyeluruh, termasuk oleh Jabatan Kimia dan pelbagai proses lain.
Tanah runtuh, jalan utama Genting Highlands tidak terjejas - OCPD Bentong
Akses ke pusat peranginan itu melalui jalan utama Genting Highlands kekal terbuka sepenuhnya kepada orang awam dan tidak terjejas.
Tanah runtuh di Jalan Amber Court dan Ion Delemen, Genting Highlands
Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Amber Court dan Ion Delemen, Genting Highlands, Bentong pada 2.47 pagi tadi, menyebabkan laluan terhalang dan tidak dapat dilalui di kedua-dua arah.
Rumah inap desa ranap dalam tanah runtuh
Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, tiada mangsa dilaporkan cedera.
Tujuh maut dalam insiden tanah runtuh di Brazil
Keadaan itu sekaligus memaksa pihak berkuasa mengisytiharkan darurat awam selama 180 hari.
Tanah runtuh di Kampung Raja, Cameron Highlands, laluan terhalang
Polis mengesahkan tiada kehilangan nyawa atau harta benda dalam kejadian yang dilaporkan pada pukul 2 pagi itu.
Banjir Kelantan: Jalan terputus, tanah runtuh jejas perhubungan jalan darat
Insiden ini bukan sahaja melumpuhkan pergerakan penduduk setempat, tetapi juga meningkatkan risiko keselamatan di kawasan berkenaan.
Runtuhan sepanjang 50 meter dikesan di tebing Sungai Kelantan - Polis
Satu runtuhan sepanjang hampir 50 meter berlaku di tebing Sungai Kelantan berdekatan sebuah pangsapuri dan hotel di Jalan Post Office Lama di sini hari ini.
13 hilang tapak projek kereta api runtuh di China
Biro pengurusan kecemasan daerah Baoan melaporkan tanah di bawah tapak rel Shenzhen-Jiangmen runtuh secara tiba-tiba pada Khamis malam.
Angka korban banjir di selatan Thailand meningkat, hampiri 30 orang
Wilayah terjejas yang sudah bergelut dengan arus deras banjir sedang bersiap sedia untuk hujan lebih lebat dalam beberapa hari akan datang.
Perak siap sedia hadapi gelombang kedua banjir - MB
Perak bersiap sedia menghadapi risiko gelombang kedua banjir yang mungkin melanda negeri ini dengan jangkaan taburan hujan yang tinggi berlaku di kawasan Hulu Perak.