BATANG KALI: Saat menemukan mayat seorang ibu berpelukan dengan anak perempuannya berusia lingkungan tiga tahun di bawah timbunan lumpur di kawasan tanah runtuh di sini Jumaat lepas telah meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada Pegawai Bomba Kanan Shahari Shamsuddin.
Shahari, 47, yang merupakan antara anggota penyelamat terawal menjumpai mayat kedua beranak itu, berkata ia menjadi antara pengalaman tidak dapat dilupakan sepanjang 23 tahun berkhidmat dalam pasukan bomba dan turut mengusik hatinya sebagai seorang bapa.
"Apabila saya menemukan mereka berpelukan, saya teringat pada anak saya. Subhanallah, tidak dapat saya bayangkan jika kejadian menyayat hati itu berlaku kepada keluarga saya.
"Ketika proses hendak mengeluarkan mayat mereka, saya terpaksa menahan perasaan sedih. Sebagai anggota penyelamat, saya perlu mengawal emosi namun sebagai manusia biasa, perasaan hiba itu terlalu sukar untuk dibendung," katanya.
Menceritakan kembali detik penemuan itu, Shahari berkata beliau tiba di lokasi kejadian pada 10 pagi dan ditugaskan bersama 30 lagi rakan sepasukan untuk menjalankan misi mencari mayat mangsa di zon merah.
[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Operasi hari ketiga diteruskan, 9 mangsa masih hilang
Beliau berkata anggota penyelamat terpaksa berdepan cabaran lumpur tebal yang menyukarkan pergerakan.
Katanya pergerakan tanah juga masih berlaku di lokasi itu berikutan terdapat laluan air bawah tanah.
Shahari berkata kerja-kerja menggali terpaksa dilakukan secara berhati-hati untuk mengelak daripada peralatan yang digunakan menjejas tubuh mayat di bawah tanah.
Katanya tidak lama selepas menggali, mayat ke-17 dan 18 itu ditemukan di tapak perkhemahan yang terletak bersebelahan sungai pada 4.40 petang.
Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan Mohd Shaiful Nizam Mohd Rosdy, 39, yang bertugas di lokasi kejadian iaitu Sektor C, turut mengakui operasi kali ini amat mencabar kerana struktur tanah yang mendap.
"Faktor cuaca tidak menentu menjadi antara cabaran utama dan kadang-kadang kita tak sedar pun kita berada di atas mangsa (yang tertimbus)," katanya yang berkhidmat dengan bomba selama 17 tahun.
Tragedi tanah runtuh yang berlaku pada 2.42 pagi di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali itu setakat ini menyaksikan 24 nyawa terkorban dan sembilan lagi mangsa masih hilang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 18 2022
Tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, Jumaat lalu setakat ini menyaksikan 24 nyawa terkorban dan sembilan lagi mangsa masih hilang. - Gambar fail/ Bernama
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 20 terkorban
Nahas berlaku kira-kira 10 minit selepas berlepas, dipercayai akibat kegagalan struktur sayap pesawat.
Pihak berkuasa Korea Selatan siasat punca kebakaran pesawat Air Busan
Kebakaran berlaku ketika pesawat bersiap untuk berlepas ke Hong Kong, dipercayai berpunca daripada bateri mudah alih dalam ruang penyimpanan.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 18 terkorban
18 dilaporkan terkorban dalam satu nahas melibatkan sebuah pesawat di Selatan Sudan. Pesawat yang dikendalikan oleh syarikat logistik Light Air Services itu dilaporkan sedang membawa jurutera dari telaga minyak Unity ke ibu negara, Juba.
Miki sedia sahut cabaran Jojo untuk beraksi di Sukan SEA Thailand
Miki, 16, bercita-cita untuk beraksi di ONE Championship dan akan menyertai Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Wilayah Pahlawan 2025 di Dataran Merdeka pada 22 Feb.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dan buruk melibatkan beberapa kawasan di negeri Sarawak sehingga Jumaat.
48 PPS diaktifkan di Sarawak
Laporan terkini situasi banjir di Sarawak bersama Wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman yang berada di Miri.
Anggota tambahan JBPM digerak ke Bintulu bantu operasi banjir
Anggota tambahan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Miri, Labuan dan Kota Kinabalu (Sabah) telah digerakkan bagi membantu dalam kerja-kerja menyelamat dalam menghadapi bencana banjir di Bintulu.
Wanita dirogol, dituang asid depan dua anak
Mangsa dalam keadaan kritikal di hospital dan suspek masih diburu pihak berkuasa.
Wujudkan kelab e-sukan bermula di sekolah rendah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Esports Integrated (ESI) menaikkan jumlah dana kepada RM1 juta berbanding RM250,000 sebelum ini bagi Peruntukan e-sukan negara.
[TERKINI] Empat ditahan bantu siasatan kes rempuh, cubaan bunuh
Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes sebuah trak pikap dan sebuah kereta sedan yang dilihat merempuh sekumpulan individu di luar sebuah kelab malam di Brickfields, ibu negara.
Mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di Miri ditemukan
Komander operasi menyelamat berkata mayat wanita warga emas itu berjaya dikeluarkan dari lokasi kejadian pada 6.26 petang.
Tanah runtuh Kampung Lereng Bukit: Satu lagi mayat mangsa ditemukan tertimbus
Satu lagi mayat mangsa kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di bandar raya Miri awal pagi tadi, ditemukan kira-kira 8.55 pagi.
Banjir: Mangsa di Sarawak meningkat, tanah runtuh ragut satu nyawa, empat masih hilang
Sebanyak 14 PPS dibuka di seluruh Sarawak, melibatkan daerah Kuching, Serian, Bintulu, Miri, Siburan, Tatau, Bau dan Simunjan.
Tanah runtuh Kampung Lereng Bukit: Tiga mangsa ditemui, seorang maut
Dua mangsa pertama iaitu seorang remaja perempuan dan perempuan dewasa ditemui selamat sekitar jam 4.55 pagi.
Tanah runtuh: Enam sekeluarga termasuk empat kanak-kanak dikhuatiri tertimbus di Miri
Mangsa pertama, seorang lelaki dewasa bagaimanapun selamat, manakala enam yang lain masih gagal dikesan.
Lencongan di kawasan tanah runtuh Jalan Belaga Menjawah - Nanta
Pihak berkuasa telah melakukan pemeriksaan susulan kejadian tanah runtuh di Jalan Belaga Menjawah, Sarawak, yang dilaporkan berlaku pada 10.31 pagi tadi.
Tanah runtuh di Pekalongan, Jawa Tengah ragut 16 nyawa, tiga lagi hilang - BNPB
Kejadian di Kampung Kasimpar, Petungkriyono itu mengakibatkan dua rumah tertimbus, dua jambatan musnah, dan beberapa kenderaan dihanyutkan.
Tanah runtuh, jalan utama Genting Highlands tidak terjejas - OCPD Bentong
Akses ke pusat peranginan itu melalui jalan utama Genting Highlands kekal terbuka sepenuhnya kepada orang awam dan tidak terjejas.
Tanah runtuh di Jalan Amber Court dan Ion Delemen, Genting Highlands
Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Amber Court dan Ion Delemen, Genting Highlands, Bentong pada 2.47 pagi tadi, menyebabkan laluan terhalang dan tidak dapat dilalui di kedua-dua arah.
Rumah inap desa ranap dalam tanah runtuh
Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, tiada mangsa dilaporkan cedera.