Mengikut plot yang diberikan kepada media, 19 mangsa ditemui di sektor A (Hill View), manakala 10 mangsa ditemui di sektor C (River Side), dan seorang mangsa ditemui di sektor B (Farm View).
Sementara di sektor D, iaitu Green House, tidak menjumpai mana-mana mangsa yang terlibat.
Ketika ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak lelaki di sektor C sedang dijalankan pasukan SAR.
[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Hari ke-8, pencarian mangsa terakhir diteruskan
Memasuki hari kelapan, beberapa jengkaut dilihat keluar daripada lokasi kejadian, begitu juga unit pengesan anjing K-9.

Pada sebelah pagi, keadaan cuaca baik dan cerah, bagaimanapun menjelang jam 5 petang, hujan mulai renyai.
Sehingga kini, 30 mangsa disahkan terkorban dalam kejadian sejak Jumaat lalu, seorang lagi mangsa masih hilang, dan 61 lagi mangsa disahkan selamat.
