KUALA LUMPUR : Tragedi tanah runtuh di Batang Kali pada Jumaat yang menyebabkan tapak perkhemahan musnah, selain mengorbankan banyak nyawa pengunjung memberi pengajaran kepada mana-mana pengusaha dan operator untuk menekankan aspek keselamatan orang ramai dalam menganjurkan apa jua aktiviti luar di tapak diusahakan mereka.
Aktiviti luar seperti rekreasi dan sukan yang melibatkan alam sekitar perlu dilaksanakan dengan amalan-amalan yang berlandaskan kepada pengurusan risiko dan keselamatan yang baik dalam mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Pakar Pengurusan Risiko Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Universiti Malaysia Sabah, Prof Madya Shamsul Bahari Shamsudin menggariskan tiga cadangan yang boleh dilakukan dalam memastikan pengurusan risiko keselamatan dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan.
Pertama, pihak berwajib perlu meningkatkan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan sedia ada.
"Kita agak amat terkesan apabila dapat ketahui bahawa yang mengusahakan tapak perkhemahan ini tidak mempunyai lesen. Bagaimana mereka boleh beroperasi selama dua tahun tanpa mempunyai permit atau lesen?
"Ini menunjukkan bahawa ada satu lompang atau kelemahan yang perlu diatasi oleh mana-mana pihak bertanggungjawab iaitu meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan untuk semua kawasan, operator, pengusaha sebelum mereka melaksanakan sebarang aktiviti luar, rekreasi, sukan yang melibatkan alam sekitar," katanya kepada Astro AWANI pada Sabtu.
Kedua, pihak berkuasa disaran mewajibkan semua operator dan pengusaha aktiviti luar melaksanakan aktiviti penilaian risiko keselamatan di tapak yang diusahakan mereka.
[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: 2 lagi mayat ditemukan, angka korban meningkat kepada 23
Langkah itu bagi membolehkan mereka mendapatkan khidmat pengurusan risiko keselamatan sebelum, semasa dan selepas sesuatu program dilaksanakan.
"Jadi, pengusaha ini perlu mendapatkan khidmat daripada pakar pengurusan risiko keselamatan. Saya yakin ramai pakar ada dalam negara kita.
"Kalau kita pergi ke universiti tempatan, ramai yang boleh menyumbang khidmat nasihat mereka kepada bidang ini dan membantu kesejahteraan masyarakat. Ini perlu kita gunakan sebaik mungkin," ujarnya lagi.
Ketiga, pengusaha dan operator tapak aktiviti luar juga disaran bersiap-sedia dengan pelan tindakan kecemasan bagi menangani kemungkinan berlaku bencana.
"Selain itu, pengusaha perlu siapkan satu pelan tindakan kecemasan sekiranya sesuatu berlaku kita tidak mahu jika berlaku bencana, isu telekomunikasi, komunikasi, hubungan dan sebagainya tidak dapat diselesaikan dengan baik. Ini akan membantutkan usaha mencari dan menyelamat," katanya.
Rahimah Abdullah
Sat Dec 17 2022
Tragedi tanah runtuh di Batang Kali memberi pengajaran kepada mana-mana pengusaha dan operator untuk menekankan aspek keselamatan orang ramai dalam menganjurkan apa jua aktiviti luar di tapak diusahakan mereka. - BERNAMA
Ahli sains China bangunkan model baharu AI bagi ramalan siklon
Ramalan cuaca berangka dan pendekatan statistik sering gagal mengambil kira faktor persekitaran dan struktur yang kompleks.
Singapura hantar bantuan kemanusiaan ketujuh ke Gaza
Pengaturan penghantaran bantuan telah disahkan dengan Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi.
Lima orang ditembak dalam insiden di sekolah Sweden - Polis
Polis menggesa orang ramai menjauhkan diri dari sekolah berkenaan yang terletak di bandar Orebro, kira-kira 160 km ke barat Stockholm.
Bekas ketua NATO, Stoltenberg dilantik sebagai Menteri Kewangan Norway
Stoltenberg pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Norway dari 2000 hingga 2001 dan dari 2005 hingga 2013.
Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus menurun manakala di Sabah kekal setakat 8 malam Selasa.
10 Berita Pilihan - (4 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 5 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Argentina perintis hasilkan kuda guna teknik CRISPR-CAS9
Menurut Pengasas & Pengarah Saintifik Keiron, Gabriel Vichera, mereka mengambil gen daripada seekor kuda betina Argetina serta gen lain yang sudah disunting untuk meningkatkan kelajuan lima kuda tersebut tanpa menjejaskan ciri-ciri asal.
UK, EU bakal runding tingkat keselamatan dan perdagangan
London dan Brussels yakin dapat mencapai persetujuan meningkatkan kerjasama dalam keselamatan, penguatkuasaan perundangan dan penghapusan halangan perdagangan menjelang Mei.
Perunding Britain untuk Kesatuan Eropah (EU), Nick Thomas-Symonds berkata, hasrat itu berkemungkinan menjadi topik utama ketika pertemuan pemimpin kedua-dua negara bertemu.
Perunding Britain untuk Kesatuan Eropah (EU), Nick Thomas-Symonds berkata, hasrat itu berkemungkinan menjadi topik utama ketika pertemuan pemimpin kedua-dua negara bertemu.
Kazakhstan akan keluarkan laporan awal nahas penerbangan AZAL
Kementerian Pengangkutan Kazakhstan merancang untuk mengeluarkan hasil awal siasatan terhadap nahas penerbangan Azerbaijan Airlines (AZAL) berhampiran Aktau dalam beberapa hari lagi.
Mercun dan bunga api: Libatkan peranan ketua masyarakat - Pakar pengurusan risiko
Ia perlu bagi memudahkan pemantauan dilakukan pihak berkuasa dan melahirkan masyarakat yang berilmu dan peka akan pengurusan risiko.
Tanah runtuh Batang Kali: Ini tiga syor pakar pengurusan risiko keselamatan
Prof Shamsul Bahari menggariskan tiga cadangan yang boleh dilakukan dalam memastikan pengurusan risiko keselamatan dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan.
COVID-19: Kes terkawal, tapi Mei masih dalam mod berjaga-jaga - Pakar kesihatan
Pun begitu, Shamsul Bahari berkata risiko peningkatan kes masih tetap ada kerana Malaysia masih di peringkat awal peralihan fasa endemik.