BATANG KALI: Insiden tanah runtuh secara besar-besaran yang berlaku sejurus selepas jam 2 pagi pada Jumaat di tapak perkhemahan popular di sepanjang Jalan Batang-Kali-Genting Highlands, telah mengorbankan 21 nyawa dan menyebabkan 12 masih hilang setakat jam 7.10 malam, Jumaat.
Seramai 61 orang lagi diselamatkan sepanjang hari daripada tanah dan lumpur dengan dimensi runtuhan kira-kira 500 meter (m), selebar 200m pada kedalaman 8m dengan isi padu runtuhan 450,000 meter padu (m3) di tapak perkhemahan Father's Organic Farm berhampiran Gohtong Jaya di Pahang.
Tragedi waktu awal pagi itu adalah kejadian tanah runtuh ke-23 dilaporkan di seluruh negara tahun ini dan insiden terbaru ini merupakan tragedi terburuk tahun ini dan melibatkan sebilangan besar jumlah mangsa.
BACA: Kronologi kejadian tanah runtuh sepanjang 2022
Biarpun menyukarkan tugas mencari dan menyelamat (SAR) di sebalik cuaca hujan yang dibawa Monson Timur Laut (MTL), namun ia tidak mematahkan semangat bilangan besar anggota agensi penyelamat bertungkus-lumus sepanjang masa untuk mencari mangsa yang masih tertimbus.
Difahamkan, pasukan penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor merupakan agensi pertama sampai ke lokasi kejadian pada kira-kira jam 3 pagi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 2.24 pagi.
[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Angka korban meningkat ke 21 orang, 12 dikhuatiri hilang
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu, Rawang, Genting Highlands, Sentosa, Ampang, Pandan, Kota Anggerik, Kajang dan Andalas dikejarkan ke lokasi kejadian.
Selain itu, anjing pengesan (K9) dan anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) turut dikerah membantu dalam operasi SAR.
Norazam berkata operasi SAR akan diteruskan selama 24 jam sehingga esok, bergantung kepada keadaan cuaca, untuk mengesan 12 lagi mangsa.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Musta Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan rasa dukacita atas tragedi tersebut dan menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluaga mangsa yang terkorban.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin turut menzahirkan rasa amat sedih dan simpati atas tragedi itu dan berkenan mengutus ucapan takziah kepada semua mangsa dan waris keluarga yang terlibat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi SAR dijalankan secara rapi dan sistematik oleh semua jabatan kerajaan dan memohon agar misi tersebut dipermudah.
Sebagai langkah berjaga-jaga, kerajaan mengarahkan semua tapak perkhemahan berhampiran sungai, air terjun, lereng bukit dan lokasi berisiko tinggi di seluruh negara dihentikan operasi serta ditutup selama tujuh hari berkuat kuasa serta-merta sehingga arahan baharu dikeluarkan.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata isi padu runtuhan adalah 450,000 meter padu.
Susulan kejadian itu, sebagai langkah keselamatan dan memudahkan operasi SAR, polis telah menutup Jalan B66 Batang Kali-Genting Highlands manakala Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexandar Nanta Linggi, berkata orang awam boleh menggunakan jalan alternatif ke Genting Hinghlands dengan mengunakkan Jalan Ulu Yam-Batu Caves.
Resorts World Genting, destinasi peranginan bersepadu premier Malaysia, menasihatkan pengunjung yang pergi dan balik dari resort itu supaya menggunakan Lebuhraya Karak melalui laluan Genting Sempah sehingga dimaklumkan.
Beberapa orang guru juga merupakan antara yang berada di tapak perkhemahan itu. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong di Kampung Batu, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, memaklumkan kira-kira 20 guru sekolah itu dan ahli keluarga mereka turut berkampung di situ sejak Rabu lalu.
Pengerusinya, U Chin Ong, ketika bercakap dengan pemberita di Balai Polis Hulu Yam Baharu, berkata dua daripada tujuh orang guru ditemukan selamat dan beberapa lagi datang ke balai polis tersebut untuk memberi keterangan.
Penghulu Mukim Hulu Yam, Muhammad Nabil Salehat, berkata insiden tersebut merupakan kejadian tanah runtuh pertama yang serius berlaku di kawasan itu. Tanah runtuh berlaku di Serendah pada 2016, tetapi ia tidak seteruk ini," katanya.
Dalam promosi dalam talian, Tapak Perkhemahan dan Kemudahan Fathers' Organic Farm menawarkan tempat untuk aktiviti perkhemahan. Ia mempelawa pengunjung untuk membawa peralatan perkhemahan sendiri atau menyewa daripada mereka.
Mereka mempunyai tiga tapak perkhemahan iaitu River Farm, Farm View dan Hill Top. Setiap tapak perkhemahan mempunyai kemudahan sendiri, termasuk tandas, pancuran mandian, singki dan tempat berteduh.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 16 2022

Anggota pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia menggunakan perkhidmatan anjing pengesan untuk mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang tertimbus di lokasi tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Batang Kali. - Foto BERNAM

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.

Tanah Runtuh Batang Kali: Operasi SAR diteruskan untuk pembersihan, siasatan
Komander operasi rakam penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam proses mencari dan menyelamatkan mangsa.

Tanah Runtuh Batang Kali: Mayat ke-26 lelaki dewasa ditemui - Bomba
Mayat mangsa ditemui sekitar pukul 11.16 pagi di sektor B.

Tanah Runtuh Batang Kali: Tiga anggota SAR alami masalah kesihatan
Turut mengalami masalah kesihatan ialah Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Datuk Norazam Khamis.

Tanah Runtuh Batang Kali: Tiada petunjuk positif kesan sembilan mangsa hilang
Operasi SAR kini tertumpu kepada timbunan tanah dan kenyataan daripada saksi.

Tanah Runtuh Batang Kali: Jabatan Forensik HSB lengang sejak pagi tadi
Hanya pengamal media yang berada di pekarangan jabatan berkenaan sejak awal pagi ini.

Tanah Runtuh Batang Kali: "Semua petugas cekal, sudah terlatih meskipun berdepan cabaran" - KPN
Ketua Polis Negara hargai komitmen pasukan petugas operasi SAR.

Tanah runtuh Batang Kali: 6 daripada 21 mangsa meninggal dunia dikenal pasti - NADMA
Enam daripada 23 manga yang meninggal dunia telah dikenal pasti melalui proses pengecaman oleh waris atau melalui ujian cap jari.

Tanah runtuh Batang Kali: Tanih tepu dipercayai punca utama tanah runtuh - Pakar
Tanih yang tertepu dengan kelembapan akibat hujan berterusan sejak beberapa hari lepas dipercayai antara punca berlakunya insiden tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan Father's Organic Farm.

Tanah runtuh Batang Kali: Syarikat kendali tapak perkhemahan tiada lesen
Syarikat tersebut hanya diberikan lesen pembangunan kebun organik dan bukan lesen untuk melakukan aktiviti perkhemahan.