PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menempatkan pegawai psikologi di Balai Polis Hulu Yam Bharu, Selangor bagi intervensi krisis serta sokongan psikologi kepada mangsa dan keluarga mereka yang trauma berikutan tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali.
JKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan bekerjasama rapat dengan pihak hospital dalam memastikan mangsa dan keluarga mereka mendapat bantuan sokongan psikososial yang sewajarnya.
"KPWKM melalui JKM dan Lembaga Kaunselor Malaysia bersedia menghubungi mangsa dan keluarga yang terkesan selepas mendapat maklumat lengkap untuk menawarkan perkhidmatan bantuan sokongan psikososial seperti kaunseling bagi tempoh yang bersesuaian," menurut kenyataan itu.
Selain itu, JKM memaklumkan ia turut memainkan peranan dalam misi bantuan kepada mangsa dan keluarga yang terlibat dalam insiden tersebut dengan mengagihkan bekalan makanan, keperluan asas seperti selimut, toto, tuala serta kit kebersihan.
"Pada hari ini, JKM sentiasa berhubung dan bersedia menerima arahan selanjutnya daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara ataupun Pejabat Daerah untuk membantu di tempat kejadian.
"Sama-samalah kita berdoa agar kerja-kerja mencari dan menyelamat dapat dilaksanakan dengan lancar dan semoga mangsa-mangsa lain dapat ditemukan dengan segera," menurut kenyataan itu.
[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Satu mayat kanak-kanak perempuan ditemukan, angka korban 24
Dalam insiden pada 2.42 pagi Jumaat itu, berlaku runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter di tapak perkhemahan tersebut.
Setakat 6 petang tadi, sembilan orang masih hilang manakala 24 disahkan terkorban daripada keseluruhan 94 mangsa dalam tragedi itu.
Operasi mencari dan menyelamat, yang masuk hari kedua, bermula pada 8 pagi selepas ditangguh tengah malam tadi susulan hujan lebat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 17 2022
JKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan bekerjasama rapat dengan pihak hospital dalam memastikan mangsa dan keluarga mereka mendapat bantuan sokongan psikososial yang sewajarnya. - Gambar fail/BERNAMA
Keir Starmer hargai pertemuan dengan Anwar, pelaburan Malaysia
Sementara itu, Starmer berkata pertemuan tersebut satu peluang yang baik selepas enam bulan beliau menggalas jawatan sebagai Perdana Menteri UK.
Anwar jumpa Keir Starmer, isu Palestin antara dibincang
Jelas Anwar lagi, hal-hal yang dibincangkan tersebut seterusnya akan dibawa ke peringkat menteri masing-masing bagi tujuan pelaksanaan yang lebih teratur dan tersusun.
Tumpuan Khamis – 16 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Empat ditahan jual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud
Empat individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan menjual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud yang aktif di beberapa negeri.
10 Berita Pilihan - (15 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Petros dan Sarawak komited untuk bekerjsama dengan Kerajaan Persekutuan, PETRONAS
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghargai pengiktirafan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Petroleum Sarawak Bhd (Petros) sebagai agregator gas tunggal di Sarawak.
15 panggilan daripada telefon pengadu kepada telefon Ebit Lew - Saksi
Seorang saksi perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew, memberitahu bahawa telefon milik pengadu telah membuat 15 panggilan telefon kepada nombor telefon milik pendakwah tersebut.
Dua keldai akaun ditahan, mangsa kerugian lebih RM78,000
Polis hari ini menahan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berasingan sehingga menyebabkan dua mangsa kerugian lebih RM78,000.
Tanah Runtuh Batang Kali: Operasi SAR diteruskan untuk pembersihan, siasatan
Komander operasi rakam penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam proses mencari dan menyelamatkan mangsa.
Tanah Runtuh Batang Kali: Mayat ke-26 lelaki dewasa ditemui - Bomba
Mayat mangsa ditemui sekitar pukul 11.16 pagi di sektor B.
Tanah Runtuh Batang Kali: Tiga anggota SAR alami masalah kesihatan
Turut mengalami masalah kesihatan ialah Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Datuk Norazam Khamis.
Tanah Runtuh Batang Kali: Tiada petunjuk positif kesan sembilan mangsa hilang
Operasi SAR kini tertumpu kepada timbunan tanah dan kenyataan daripada saksi.
Tanah Runtuh Batang Kali: Jabatan Forensik HSB lengang sejak pagi tadi
Hanya pengamal media yang berada di pekarangan jabatan berkenaan sejak awal pagi ini.
Tanah Runtuh Batang Kali: "Semua petugas cekal, sudah terlatih meskipun berdepan cabaran" - KPN
Ketua Polis Negara hargai komitmen pasukan petugas operasi SAR.
Tanah runtuh Batang Kali: 6 daripada 21 mangsa meninggal dunia dikenal pasti - NADMA
Enam daripada 23 manga yang meninggal dunia telah dikenal pasti melalui proses pengecaman oleh waris atau melalui ujian cap jari.
Tanah runtuh Batang Kali: Tanih tepu dipercayai punca utama tanah runtuh - Pakar
Tanih yang tertepu dengan kelembapan akibat hujan berterusan sejak beberapa hari lepas dipercayai antara punca berlakunya insiden tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan Father's Organic Farm.
Tanah runtuh Batang Kali: Syarikat kendali tapak perkhemahan tiada lesen
Syarikat tersebut hanya diberikan lesen pembangunan kebun organik dan bukan lesen untuk melakukan aktiviti perkhemahan.