SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengucapkan takziah dan bersimpati kepada semua mangsa yang terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Genting Highlands hari ini.
Lee turut berdukacita dengan kejadian itu yang mengakibatkan kehilangan nyawa selain ramai cedera.
Beliau berkata demikian dalam perutusan takziah kepada rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Bagi pihak Kerajaan Singapura, saya ingin menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada semua yang terjejas akibat tanah runtuh itu dan kami berharap mereka yang cedera segera pulih," kata beliau.
Dalam insiden itu, 21 orang disahkan maut setakat 7.10 malam.
Lee turut merakamkan penghargaan kepada Malaysia atas bantuan yang diberikan kepada rakyat Singapura yang terjejas akibat tanah runtuh itu.
"Pasukan Pertahanan Awam Singapura bersedia untuk membantu usaha mencari dan menyelamat jika perlu," kata beliau.
Menteri Luar Negeri republik itu Dr Vivian Balakrishnan turut mengutus perutusan takziah kepada rakan sejawatannya Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
"Saya sedih mengetahui kejadian tanah runtuh Genting Highlands yang mengakibatkan beberapa kematian dan banyak yang cedera.
"Saya ingin menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa dan keluarga mereka dan terima kasih kepada Malaysia kerana membantu rakyat Singapura yang terjejas akibat tanah runtuh," kata beliau.
Sementara itu, menurut Kementerian Hal Ehwal Luar (MFA) republik itu, kerajaan Singapura memantau rapat keadaan itu.
[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Angka korban meningkat ke 21 orang, 12 dikhuatiri hilang
"Tiga warga Singapura adalah antara yang diselamatkan oleh pihak berkuasa Malaysia. Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur sedang berhubung dengan tiga warga Singapura itu," kata jurucakap kementerian.
Kementerian juga telah menghubungi mereka yang berdaftar dengan MFA.
Mereka yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur, Konsulat Jeneral Singapura di Johor Bahru atau Pejabat Bertugas MFA di:
Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura di Kuala Lumpur: Tel: +60-3-2161-6277 semasa waktu pejabat, atau talian hotline 24 jam +60-16-661-0400 untuk kecemasan selepas waktu pejabat
Konsulat Jeneral Republik Singapura di Johor Bahru: Tel: +60-7-226-5012 semasa waktu pejabat, atau talian hotline 24 jam +60-19-791-1166 untuk kecemasan selepas waktu pejabat
Pejabat Kementerian Luar Negeri (24 jam)
Tel: +65 6379 8800 / +65 6379 8855
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 16 2022

Keadaan tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Batang Kali hari ini. - fotoBERNAMA

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Kos sara hidup: Lebih banyak bantuan akan diumum dalam belanjawan - Hsien Loong
Lebih banyak bantuan akan diumumkan dalam Belanjawan Singapura tahun ini terutama kepada mereka yang paling memerlukan.

Lee Hsien Loong sokong Lawrence Wong ketuai parti pemerintah singapura
Lee mengumumkan bahawa beliau akan terus berada dalam jawatankuasa eksekutif pusat dalam peranan sokongan dan penasihat.

Lee Hsien Loong lepaskan jawatan Setiausaha Agung PAP selepas 20 tahun
Hsien Loong akan serah jawatan tertinggi parti politik itu kepada penggantinya, Lawrence Wong hari ini pada sambutan ulang tahun ke-70 PAP.

Jangan biar sesuatu isu dipolitikkan hingga cemari hubungan Singapura-Malaysia - Lee
Singapura dan Malaysia tidak boleh membiarkan sesuatu isu dipolitikkan dan dimainkan, atau meracuni hubungan keseluruhan antara kedua-dua negara, kata Menteri Kanan Lee Hsien Loong.

Lee Hsien Loong tiba di Malaysia, hadir istiadat pertabalan Agong
Menteri Kanan Singapura Lee Hsien Loong tiba di Malaysia untuk menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, esok.

Menteri Kanan Singapura Lee akan lawat Malaysia, hadir Istiadat Pertabalan Agong
Menteri Kanan Singapura Lee Hsien Loong akan melawat Malaysia dari 19 hingga 22 Julai untuk menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim di Istana Negara, Kuala Lumpur.

PM Singapura Lawrence Wong sampai ucapan Perhimpunan Hari Kebangsaan pertama 18 Ogos
Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong akan menyampaikan ucapan Perhimpunan Hari Kebangsaan pertamanya pada 18 Ogos.

Singapura dijangka kekal stabil meskipun tidak lagi dipimpin keluarga Lee - Penganalisis
Seperkara yang perlu kita beri kredit kepada kepimpinan di Singapura ialah peralihan pemimpin yang sistematik.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lawrence Wong sah PM Singapura baharu, Lee Hsien Loong kini Menteri Kanan
Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lawrence Wong, 51, secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Republik itu yang baharu, pada Rabu.