KUALA LUMPUR: Kesemua penyedia perkhidmatan komunikasi berjaya memberikan liputan selular yang baik secara Coverage on Wheels (COW) dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) susulan kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya di Batang Kali, sejak Sabtu lalu.
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), komunikasi merupakan keperluan penting pasukan SAR memastikan koordinasi antara agensi yang terlibat di lokasi bencana selain pengamal media melaporkan situasi terkini.
"MCMC telah menggerakkan Pasukan Tindak Balas dan Bencana Kecemasan (EDRT) pada Jumaat lalu dengan mengarahkan penyedia perkhidmatan utama Telekom Malaysia (TM), Celcom, Digi, Maxis dan UMobile untuk segera menganalisa dan menggerakkan aset-aset komunikasi di tempat kejadian.
"Selain itu, pihak MCMC telah meminta bantuan dari pihak NGO iaitu Malaysian Amateur Radio Emergency Service (MARES) bagi menyediakan komunikasi alternatif dengan menggunakan teknologi radio amatur bagi kegunaan para penyelamat berhubung secara pantas.
"Pada seawal jam 3 pagi Sabtu lalu, pemantauan MCMC mendapati kesemua penyedia perkhidmatan telah berjaya mencapai kualiti liputan selular yang amat baik melebihi 50Mbps malah TM juga telah menyediakan perkhidmatan Unifi wifi percuma berkelajuan 800Mbps di khemah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM," kata SKMM dalam satu kenyataan pada Isnin.
LAPORAN KOMPREHENSIF TANAH RUNTUH BATANG KALI DI SINI
Mengulas lanjut, SKMM berkata, pelbagai cabaran dihadapi dalam memberikan perkhidmatan di lokasi tapak bencana, antaranya ketiadaan bekalan elektrik, bentuk muka bumi yang berbukit-bukau dan jarak pemancar penyedia perkhidmatan masing-masing.
"SKMM dan penyedia perkhidmatan akan terus memantau kualiti perkhidmatan lokasi adalah di tahap yang terbaik bagi pasukan misi SAR dan maklumat serta berita terkini dapat disampaikan oleh pengamal-pengamal media kepada orang ramai dalam kadar yang segera," ujar SKMM lagi.
Afiezy Azaman
Mon Dec 19 2022

Kesemua penyedia perkhidmatan komunikasi berjaya memberikan liputan selular yang baik secara Coverage on Wheels dalam misi mencari dan menyelamat susulan kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm. - Gambar Jabatan Penerangan

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Mydin Meru Raya beroperasi seperti biasa
Pengurusan Mydin Meru Raya memaklumkan, pengoperasian itu dilakukan selepas mendapat kebenaran dan kelulusan daripada pihak JBPM.

Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong
Seorang warga Indonesia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam insiden helikopter di Jalan Lama KL - Bentong akibat terkena bilah kipas.

Bomba terus pantau banjir di Sabah, Sarawak melalui PGOK
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan terus memantau keadaan banjir di Sabah dan Sarawak menerusi Pusat Gerakan Operasi Kebombaan Kebangsaan.

Rumah terbakar, sambutan Tahun Baharu Cina empat sekeluarga bertukar suram
Kegembiraan menyambut Tahun Baharu Cina bagi empat sekeluarga bertukar duka apabila kediaman dihuni mereka di Hulu Langat, pagi tadi.

Pekerja warga Myammar cedera tangan tersepit mesin
Seorang pekerja warga Myanmar cedera selepas tangan kanannya tersepit pada mesin penghancur gula batu di sebuah kilang di Ipoh.

Lelaki cedera, rumah musnah dijilat api
Seorang lelaki cedera apabila rumahnya di Taman Rancha-Rancha Fasa 1 musnah dijilat api dalam kejadian awal pagi tadi.

Dua kenderaan rosak ‘ditelan’ tanah runtuh
Dua buah kenderaan mengalami kerosakan akibat kejadian tanah runtuh susulan hujan lebat di Taman Lembah Maju, di sini pada Sabtu.

Tujuh individu sesat ketika daki Bukit Maras
Operasi pencarian melibatkan empat anggota Polis Diraja Malaysia dan 15 pegawai serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Bomba kenal pasti 18 'hotspot' kepala air di Kelantan
Kesemua 'hotspot' berkenaan membabitkan kawasan rekreasi air terjun dan sungai termasuk Jeram Pasu dan Jeram Mengaji di Pasir Puteh yang sering menjadi lokasi tumpuan pelancong.

Tebing sungai runtuh, projek loji rawatan air tenggelam 19 meter
JBPM Selangor mengarahkan kerja-kerja pembinaan Projek Loji Rawatan Air berhampiran Taman Mas Puchong, dihentikan serta-merta susulan runtuhan tebing sungai, pada petang Sabtu.