SUNGAI BULOH: Tidak pernah putus harapan.
Seorang bapa terus cekal menunggu perkhabaran berhubung seorang anaknya yang dikhuatiri masih hilang dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali di Hulu Selangor pada pagi Jumaat.
“Saya risau, sudah 15 jam saya cari anak lelaki saya, saya masih tidak dapat mengesan lokasi dia lagi,” kata seorang ayah kepada mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali, di sini.
Menurut bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Choo, 60, dua anaknya menyertai perkhemahan itu, namun pemeriksaan di beberapa hospital mendapati hanya anak perempuannya ditempatkan di Hospital Selayang di Batu Caves, Selangor dan sedang menjalani rawatan.
“Saya dimaklumkan oleh beberapa individu yang berada di tempat kejadian, anak lelaki saya dibawa naik ambulans namun saya tidak pasti keadaan dia sebenarnya,” katanya ketika ditemui Hospital Sungai Buloh, di sini pada Jumaat.
Choo memberitahu, sejak menerima panggilan kira-kira pukul 8 pagi Jumaat, dia bergegas ke Hospital Selayang, Hospital Kuala Kubu Bharu dan Hospital Sungai Buloh untuk memeriksa jika anak-anaknya ditempatkan di hospital itu.
“Yang satu belum tahu lagi, tidak tahu selamat atau tidak. Saya risau belum jumpa dari pagi sampai sekarang (pukul 11 malam). Saya harap dia selamat,” ujarnya.
LAPOR LANGSUNG: Tanah runtuh Batang Kali: Angka korban meningkat ke 21 orang, 12 dikhuatiri hilang
Setakat pukul 11 malam, 16 mayat tragedi tanah runtuh dibawa ke Hospital Sungai Buloh dengan lima daripada mayat itu tiba menaiki trak polis pada pukul 7.52 malam.
Lima lagi mayat yang ditemukan pada malam Jumaat difahamkan akan dibawa ke hospital sama namun tidak dapat dipastikan waktu sebenar.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih lagi diteruskan setakat pukul 11 malam tadi.
Umavathi Ramayah
Fri Dec 16 2022
Menurut Choo, dua anaknya menyertai perkhemahan itu, namun pemeriksaan di beberapa hospital mendapati hanya anak perempuannya ditempatkan di Hospital Selayang di Batu Caves, Selangor dan sedang menjalani rawatan. - Foto Astro AWANI/Umavathi Ramayah
[TERKINI] Ada unsur provokasi sebelum tembakan dilepaskan - Polis
Polis Selangor mengesahkan terdapat provokasi dilakukan sekumpulan pendatang asing tanpa izin warga Indonesia hingga menyebabkan seorang maut manakala empat lagi cedera selepas ditembak pasukan penguatkuasaan negara di perairan Tanjung Rhu, Banting.
[TERKINI] Dua lelaki Indonesia bantu hantar mangsa tembakan dikesan
Polis Selangor memburu dua lelaki warga Indonesia yang dipercayai menghantar tiga daripada empat pendatang asing tanpa izin (PATI) ke hospital di Serdang selepas cedera dalam tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting pada 24 Januari lalu.
Protes di kedutaan Malaysia susulan pekerja Indonesia ditembak mati
Bantahan di hadapan kedutaan malaysia di indonesia itu berlaku sehari selepas pihak berkuasa Indonesia di wilayah Riau menerima mayat seorang pekerja asing berusia 50 tahun yang maut ditembak oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana didakwa menceroboh.
Metro Riyadh beri penyelesaian isu kesesakan trafik
Sistem Metro baharu Riyadh menyediakan alternatif yang lebih pantas dan berpatutan selain memandu melalui jalan raya yang sesak di bandar itu.
Metro Riyadh terdiri daripada enam laluan sepanjang 176 kilometer, menghubungkan semua bandar dan mengurangkan masa perjalanan.
Metro Riyadh terdiri daripada enam laluan sepanjang 176 kilometer, menghubungkan semua bandar dan mengurangkan masa perjalanan.
Operasi mencari pemandu jatuh ke dalam lubang tanah jerlus diteruskan
Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshimasa Hayashi berkata, langkah keselamatan yang ketat turut diambil kira bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin semasa operasi dijalankan.
Bintang Smallville ditahan memandu dalam keadaan mabuk
Tom Welling ditahan polis hujung minggu lalu kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.
Hamas bebaskan askar wanita Israel
Agam Berger diserahkan kepada wakil Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah di kawasan Al-Razan di Kem Pelarian Jabalia di utara Gaza.
[TERKINI] Lebih 60 penumpang dikhuatiri maut nahas Black Hawk-American Airlines
Menurut Ketua Bomba Washington, John Donnelly menerusi sebuah sidang media pada Khamis, setakat ini, setakat ini hanya 28 mayat berjaya ditemui
Mangsa di Sarawak Sabah meningkat
Situasi banjir di Sabah dan Sarawak semakin buruk dengan keseluruhan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu meningkat kepada 11,886 orang setakat Khamis malam.
Nurin Hannani ditemukan selamat
Pelajar wanita Malaysia di Hiroshima, Jepun yang dilaporkan hilang telah ditemukan selamat dan dibawa ke Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo.
Tanah Runtuh Batang Kali: Operasi SAR diteruskan untuk pembersihan, siasatan
Komander operasi rakam penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam proses mencari dan menyelamatkan mangsa.
Tanah Runtuh Batang Kali: Mayat ke-26 lelaki dewasa ditemui - Bomba
Mayat mangsa ditemui sekitar pukul 11.16 pagi di sektor B.
Tanah Runtuh Batang Kali: Tiga anggota SAR alami masalah kesihatan
Turut mengalami masalah kesihatan ialah Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Datuk Norazam Khamis.
Tanah Runtuh Batang Kali: Tiada petunjuk positif kesan sembilan mangsa hilang
Operasi SAR kini tertumpu kepada timbunan tanah dan kenyataan daripada saksi.
Tanah Runtuh Batang Kali: Jabatan Forensik HSB lengang sejak pagi tadi
Hanya pengamal media yang berada di pekarangan jabatan berkenaan sejak awal pagi ini.
Tanah Runtuh Batang Kali: "Semua petugas cekal, sudah terlatih meskipun berdepan cabaran" - KPN
Ketua Polis Negara hargai komitmen pasukan petugas operasi SAR.
Tanah runtuh Batang Kali: 6 daripada 21 mangsa meninggal dunia dikenal pasti - NADMA
Enam daripada 23 manga yang meninggal dunia telah dikenal pasti melalui proses pengecaman oleh waris atau melalui ujian cap jari.
Tanah runtuh Batang Kali: Tanih tepu dipercayai punca utama tanah runtuh - Pakar
Tanih yang tertepu dengan kelembapan akibat hujan berterusan sejak beberapa hari lepas dipercayai antara punca berlakunya insiden tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan Father's Organic Farm.
Tanah runtuh Batang Kali: Syarikat kendali tapak perkhemahan tiada lesen
Syarikat tersebut hanya diberikan lesen pembangunan kebun organik dan bukan lesen untuk melakukan aktiviti perkhemahan.