KUALA LUMPUR: Tanih yang tertepu dengan kelembapan akibat hujan berterusan sejak beberapa hari lepas dipercayai antara punca utama berlakunya insiden tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali.
Pakar Geologi Profesor Emeritus Datuk Ibrahim Komoo keadaan itu menyebabkan struktur tanih iaitu lapisan tanah yang subur di bawah lapisan tanah yang di atas sekali menjadi lemah sekali gus menyebabkan cerun di kawasan berkenaan tidak stabil.
"Apabila hujan berterusan, ruang-ruang tanah akan mula diisi dengan air menyebabkan struktur tanih ini menjadi lembab dan lemah.
"Keadaan diburukkan lagi dengan cuaca redup menyebabkan proses sejatan untuk mengurangkan kandungan air pada tanah berkurangan yang mendorong berlakunya kejadian gelongsoran tanah dengan membawa sejumlah besar tanah dari bahagian cerun," katanya.
LAPOR LANGSUNG Tanah runtuh Batang Kali: Angka korban meningkat ke 21 orang, 12 dikhuatiri hilang
Beliau juga berpendapat tapak perkhemahan itu tidak sesuai didirikan di situ memandangkan ia terletak berhampiran dengan kawasan lembah sungai iaitu hanya pada jarak lebih kurang 30 meter selain berdekatan dengan kawasan cerun buatan atau tambakan jalan.
Pensyarah di Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Madya Haliza Abdul Rahman turut bersetuju bahawa tapak perkhemahan di kawasan tanah tinggi sememangnya berisiko untuk mengalami tanah runtuh terutama semasa fasa Monsun Timur Laut (MTL).
"Tanah runtuh adalah bencana yang kedua kerap berlaku selepas banjir di negara ini dan ia sering berlaku semasa musim Monsun Timur Laut. Setiap cerun yang berisiko berlaku tanah runtuh mempunyai tanda tertentu termasuk berlaku penyusutan tanah atau tanda rekahan apabila gerakan tanah mula berlaku.
"Mungkin kita kurang cakna apabila ada rekahan kecil dan tidak mengambil langkah-langkah yang sepatutnya sehingga berlaku tanah runtuh, sedangkan ia merupakan tanda amaran awal,'' katanya.
Pakar Meteorologi Profesor Datuk Azizan Abu Samah pula berkata Malaysia kini berada di fasa MTL yang membawa hujan berterusan hingga Mac 2023.
"Apabila hujan lebat berterusan, setiap cerun berisiko untuk berlaku pergerakan tanah dan kejadian tanah runtuh terutama di kawasan-kawasan yang 'diusik' dengan pembangunan," katanya.
Setakat 8 malam tadi, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan 21 mayat telah dijumpai, 12 masih hilang manakala 61 lagi mangsa berjaya diselamatkan.
Insiden tanah runtuh melibatkan Father's Organic Farm pada 2.42 pagi itu memerangkap seramai 94 individu termasuk pekerja tapak perkhemahan berkenaan.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa masih giat dilakukan pasukan penyelamat antaranya melibatkan Unit Anjing Pengesan (K9) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa, Ampang, Pandan, Kota Anggerik, Kajang dan Andalas serta Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 16 2022
![Tanah runtuh Batang Kali: Tanih tepu dipercayai punca utama tanah runtuh - Pakar Tanah runtuh Batang Kali: Tanih tepu dipercayai punca utama tanah runtuh - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51671177528_tanahruntuh.jpg)
Insiden tanah runtuh melibatkan Father's Organic Farm pada 2.42 pagi itu memerangkap seramai 94 individu termasuk pekerja tapak perkhemahan berkenaan. - fotoBERNAMA
![Suspek kes bunuh Norshamira sudah ditahan Suspek kes bunuh Norshamira sudah ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739593802_norshamira.jpg)
Suspek kes bunuh Norshamira sudah ditahan
Suspek pembunuhan peniaga wanita, Norshamira Zainal, 37, yang ditemui mati di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur pada Khamis lalu, telah ditangkap awal pagi Sabtu.
![UNL: Kylian Mbappe sah kembali perkuat Perancis UNL: Kylian Mbappe sah kembali perkuat Perancis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739593528_KylianMbappe.jpg)
UNL: Kylian Mbappe sah kembali perkuat Perancis
Didier Deschamps mengesahkan penyerang Real Madrid, Kylian Mbappe akan kembali ke pangkuan pasukan kebangsaan Perancis.
Siti Saleha kini bergelar isteri kepada Joshua Fitton
Pelakon, Siti Saleha hari ini sah menjadi isteri kepada pereka fesyen, Joshua Fitton dengan sekali lafaz. Majlis akad nikah secara tertutup kedua mempelai diadakan di sebuah resort mewah di Janda Baik.
Langgan Astro One & menang hadiah RM200,000
Ramadan dan Syawal tahun ini lebih meriah dengan kempen "Menang Macam-Macam dengan Astro One"!
Dari 1 Februari hingga 26 April 2025, pelanggan Baharu dan pelanggan Astro sedia ada bukan sahaja menikmati hiburan berkualiti, malah berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM200,000!
Dari 1 Februari hingga 26 April 2025, pelanggan Baharu dan pelanggan Astro sedia ada bukan sahaja menikmati hiburan berkualiti, malah berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM200,000!
48,000 ayam mati dalam kebakaran ladang penternakan di Jitra
Sebanyak 48,000 ekor ayam mati selepas ladang penternakan di Kampung Paya Muyud dekat Jitra musnah dalam kebakaran malam tadi.
Kita semua pinjaman - Wan Azizah beri semangat pada Muhammad Khairuddin
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail titipkan kata semangat kepada Muhammad Khairuddin Saari yang kehilangan isteri sedang hamil dan empat orang anaknya dalam kebakaran di Kampung Berangan Enam, Umbai, Jasin, awal pagi Khamis lalu.
[TERKINI] Polis tahan suspek kes bunuh peniaga makanan di Terengganu
Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes bunuh melibatkan peniaga makanan wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini, Khamis lepas.
[TERKINI] Pemandu Honda yang dikejar polis, direman 7 hari
Pemandu kereta Honda berwarna kuning yang dikenali dengan panggilan 'Along Kubur' yang tular selepas dikejar polis di Kluang semalam, direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Batu Pahat pada Sabtu.
![Lapan individu dipanggil bantu siasatan kandungan palsu, jelik kait Institusi Diraja - MCMC Lapan individu dipanggil bantu siasatan kandungan palsu, jelik kait Institusi Diraja - MCMC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739594359_siasatankandunganp.jpg)
Lapan individu dipanggil bantu siasatan kandungan palsu, jelik kait Institusi Diraja - MCMC
Kandungan tersebut didakwa boleh menimbulkan kekeliruan serta kebencian terhadap Institusi Diraja.
![Anggota pengaman UNIFIL cedera dalam serangan berhampiran lapangan terbang Beirut Anggota pengaman UNIFIL cedera dalam serangan berhampiran lapangan terbang Beirut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739590442_UNIFILlubnanUNIFIL.jpg)
Anggota pengaman UNIFIL cedera dalam serangan berhampiran lapangan terbang Beirut
Seorang anggota Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) cedera pada Jumaat dalam serangan ke atas konvoi berhampiran lapangan terbang Beirut.
![Tanah runtuh Batang Kali: Tanih tepu dipercayai punca utama tanah runtuh - Pakar Tanah runtuh Batang Kali: Tanih tepu dipercayai punca utama tanah runtuh - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51671177528_tanahruntuh.jpg)
Tanah runtuh Batang Kali: Tanih tepu dipercayai punca utama tanah runtuh - Pakar
Tanih yang tertepu dengan kelembapan akibat hujan berterusan sejak beberapa hari lepas dipercayai antara punca berlakunya insiden tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan Father's Organic Farm.