GEORGE TOWN: Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa pihak berkuasa menubuhkan suruhanjaya siasatan bagi menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali, awal pagi ini.
Presidennya R. Meenakshi berkata hasil siasatan dan punca tragedi itu mesti dilaksanakan secara telus serta didedahkan secara terbuka.
"SAM terkejut apabila mengetahui tragedi tanah runtuh yang ngeri di Batang Kali itu kerana telah berkali-kali kami memberi amaran tentang kebenaran kerja tanah dan bentuk aktiviti lain di tanah tinggi serta lereng bukit yang merupakan kawasan sensitif alam sekitar.
"Bagaimanakah tapak perkhemahan dibenarkan di kawasan berbukit? Gambar menunjukkan bahawa kegagalan cerun besar telah berlaku di bawah lebuh raya berhampiran tapak perkhemahan tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Setakat 1 tengah hari tadi, angka kematian akibat kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan itu kini meningkat kepada 16 orang dan 17 lagi masih hilang.
[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Angka korban meningkat kepada 16
Maklumat awal polis menyatakan terdapat 100 orang berada di tapak perkhemahan itu yang berkemungkinan menjadi mangsa dalam tragedi tersebut.
Ketika ini operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dilakukan oleh pasukan penyelamat.
Meenakshi berkata SAM juga mahu siasatan menyeluruh dilakukan terhadap pemilik ladang berkenaan yang membuka tapak perkhemahan di kawasan itu bagi melihat melihat sama ada tapak perkhemahan tersebut mempunyai lesen dan bagaimana aktiviti terbabit dibenarkan di situ.
''Siasatan juga perlu dibuat bagi memastikan sama ada langlah keselamatan telah diambil oleh pemilik bagi mengelakkan risiko kepada pengunjung. Kami mahu tindakan tegas diambil ke atas pihak yang tidak bertanggungjawab ini,'' katanya.
Menurutnya pihak berkuasa juga digesa untuk memantau kawasan lain di lokasi berisiko tinggi di seluruh negara kerana SAM bimbang ia boleh menyebabkan tanah runtuh.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 16 2022

Meenakshi berkata hasil siasatan dan punca tragedi itu mesti dilaksanakan secara telus serta didedahkan secara terbuka.- Fail

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Empat keluarga cemas, ruang tamu, bilik utama dihempap tanah runtuh
Bomba terima panggilan kecemasan jam 11.57 malam dan mengatur gerak pasukan tiga anggota ke lokasi, dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau.

Nanta minta JKR pantau pergerakan tanah di Temalat
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meminta JKR Sarawak untuk memantau pergerakan tanah di lokasi tanah runtuh di Jalan Song-Temalat-Kanowit, Song.

Jalan ke Kapit terputus akibat tanah runtuh - Nanta
Jalan Song/Sipan-Temalat ditutup kepada semua kenderaan berikutan kejadian tanah runtuh yang memutuskan hubungan jalan raya dari Kanowit ke Song hari ini.

Mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di Miri ditemukan
Komander operasi menyelamat berkata mayat wanita warga emas itu berjaya dikeluarkan dari lokasi kejadian pada 6.26 petang.

Tanah runtuh Kampung Lereng Bukit: Satu lagi mayat mangsa ditemukan tertimbus
Satu lagi mayat mangsa kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di bandar raya Miri awal pagi tadi, ditemukan kira-kira 8.55 pagi.

Banjir: Mangsa di Sarawak meningkat, tanah runtuh ragut satu nyawa, empat masih hilang
Sebanyak 14 PPS dibuka di seluruh Sarawak, melibatkan daerah Kuching, Serian, Bintulu, Miri, Siburan, Tatau, Bau dan Simunjan.

Tanah runtuh Kampung Lereng Bukit: Tiga mangsa ditemui, seorang maut
Dua mangsa pertama iaitu seorang remaja perempuan dan perempuan dewasa ditemui selamat sekitar jam 4.55 pagi.

Tanah runtuh: Enam sekeluarga termasuk empat kanak-kanak dikhuatiri tertimbus di Miri
Mangsa pertama, seorang lelaki dewasa bagaimanapun selamat, manakala enam yang lain masih gagal dikesan.

Lencongan di kawasan tanah runtuh Jalan Belaga Menjawah - Nanta
Pihak berkuasa telah melakukan pemeriksaan susulan kejadian tanah runtuh di Jalan Belaga Menjawah, Sarawak, yang dilaporkan berlaku pada 10.31 pagi tadi.

Tanah runtuh di Pekalongan, Jawa Tengah ragut 16 nyawa, tiga lagi hilang - BNPB
Kejadian di Kampung Kasimpar, Petungkriyono itu mengakibatkan dua rumah tertimbus, dua jambatan musnah, dan beberapa kenderaan dihanyutkan.