KUALA LUMPUR: Penduduk di Taman Bukit Permai 1 yang terletak berhampiran lokasi kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang menyifatkan kawasan mereka selamat untuk diduduki.
Lokasi Taman Bukit Permai 1, terletak di atas cerun yang runtuh dalam kejadian yang meragut empat nyawa dan menyebabkan seorang cedera ringan petang semalam.
Seorang penduduk Taman Bukit Permai 2, yang hanya mahu dikenali sebagai Ooi, 66, berkata dia dan isterinya tidak berhasrat untuk mengosongkan rumah kerana belum ada arahan daripada pihak berkuasa, namun mereka mengambil langkah berjaga-jaga dan peka dengan sebarang arahan atau pengumuman oleh pihak berkuasa.
"Saya menetap di sini sejak 2006 bersama isteri dan ini adalah kejadian pertama yang berlaku.
"Walaupun tidak berpindah tetapi kami mengambil langkah berjaga-jaga dan saya rasa rumah ini masih selamat...berada dalam keadaan selamat," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Ooi berkata rumahnya terletak kira-kira 20 meter dari bahagian atas cerun yang runtuh dan dimaklumkan oleh pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bahawa laluan di tepi rumahnya ditutup sebagai langkah keselamatan sejak pagi tadi.
Seorang lagi penduduk Taman Bukit Permai 1, Zulkifli Mohd Isa, 49, berkata penduduk diminta mengalihkan kenderaan yang selalunya diparkir berhampiran cerun sejak pagi tadi, sebelum laluan itu ditutup sepanjang 200 meter.
"Setakat ini kami tidak berhasrat untuk berpindah," katanya yang telah 10 tahun menetap di kawasan itu dan sepanjang tempoh itu tidak pernah berlaku kejadian tanah runtuh.
Beliau yang bekerja sebagai penghantar makanan, berkata apa yang pernah berlaku di kawasan itu adalah kejadian bongkah batu terjatuh di kawasan pangsapuri berhampiran.
Tinjauan Bernama di kawasan perumahan Taman Bukit Permai 1, di sini mendapati MPAJ menutup satu laluan sejauh 200 meter berhampiran cerun runtuh, dipercayai sebagai langkah keselamatan susulan kejadian itu.
Aktiviti penduduk di kawasan itu dilihat berjalan seperti biasa, namun mereka mengambil langkah berjaga-jaga dengan peka arahan semasa pihak berkuasa.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 11 2022
Lokasi Taman Bukit Permai 1, terletak di atas cerun yang runtuh dalam kejadian yang meragut empat nyawa semalam. - Gambar/ Bernama
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas, menurut kenyataan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar.
Penyertaan UK dalam CPTPP peluang tingkat perdagangan dengan Malaysia
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelaburan oleh syarikat perniagaan Malaysia di UK bukan hanya sekadar memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi juga mencerminkan komitmen untuk memupuk perkongsian yang membawa pembangunan secara bersama.
Gencatan senjata: Keutamaan untuk hentikan derita rakyat Palestin - PBB
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, badan dunia itu bersedia untuk menyokong pelaksanaan perjanjian ini dan meningkatkan penghantaran bantuan kemanusiaan berterusan kepada rakyat Palestin yang terus menderita.
Lebih setengah juta kanak-kanak Afghanistan berisiko kurang nutrisi pada 2025
Antara punca situasi membimbangkan itu adalah keadaan iklim yang ekstrem "membataskan keupayaan orang ramai memberi makan kepada keluarga".
Gencatan senjata: Ini langkah yang diperlukan - Israel
Herzog menyokong perjanjian tersebut dan berkata bahawa pembebasan tebusan Israel, sama ada yang telah meninggal dunia atau masih hidup, yang telah ditahan di Gaza selama 15 bulan, adalah satu kewajipan moral dan kemanusiaan
Tanah runtuh Bukit Permai: KPKT salur peruntukan RM1 juta untuk kerja pembersihan
Kelulusan tersebut diumumkan oleh menterinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican selepas hadir melakukan tinjauan di tapak kejadian tersebut, hari ini.
Tanah runtuh Bukit Permai: Mayat kedua ditemukan
Satu lagi mayat ditemukan, menjadikan angka korban insiden tanah runtuh Jalan Teratai, Taman Bukit Permai di sini, direkodkan kepada dua orang, setakat ini 11.55 malam Khamis.
Tanah runtuh Bukit Permai: Perdana Menteri kongsi kesedihan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkongsi kesedihan berhubung kejadian tanah runtuh yang berlaku di Ampang, petang tadi.