Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersedia untuk menyediakan rumah baharu kepada 64 keluarga yang terkesan daripada insiden tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah pada Sabtu.
Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, dua bentuk bantuan perumahan akan diberikan iaitu Projek Perumahan Rakyat (PPR) atau rumah kos rendah yang dibina di atas tanah mangsa tanah runtuh sendiri.
Bagaimanapun jelas Noh, bantuan tersebut tertakluk kepada laporan akhir siasatan terhadap kawasan kejadian yang dijangka siap dalam masa terdekat.
BACA: Bekalan air tiga taman perumahan disambung semula
BACA: Wujud pergerakan tanah setiap sejam
VIDEO: Tidak nampak mendapan akibat keadaan gelap - mangsa
DARI LENSA KAMERA: Insiden tanah runtuh Serendah
"InsyaAllah KPKT akan memberikan bantuan sama ada rumah sebuah-sebuah yang kosnya RM65,000 kepada yang ada tanah dan kalau juga kita perlu buat rumah PPR, kita akan buat untuk 64 keluarga ini.
"KPKT mampu lakukan, apapun kita tunggu hasil laporan penuh dahulu sama ada selamat atau tidak (rumah terlibat) untuk didiami. Kalau tidak selamat kita akan ambil langkah kedua," maklumnya ketika melawat kawasan insiden di sini, hari ini.
Untuk pembinaan PPR yang dimaksudkan, beliau meminta kerajaan negeri supaya membantu pihaknya mengenal pasti tanah yang sesuai untuk pembangunan perumahan itu.
Beliau turut menerima baik cadangan membina rumah kontena di mana cadangan tersebut akan dibawanya ke Kabinet untuk dibincangkan.
Pihak polis sebelum ini telah mengisytiharkan kawasan tanah runtuh sebagai kawasan larangan Zon Merah dan mengarahkan 340 penduduk berpindah ke Sekolah Rendah Agama Serendah.
Dalam kejadian 1 pagi semalam itu, seorang penduduk cedera, sebuah gerai makan rosak dan 10 kenderaan terjatuh.
Israr Khalid
Sun Nov 27 2016
Dalam kejadian 1 pagi semalam itu, seorang penduduk cedera, sebuah gerai makan rosak dan 10 kenderaan terjatuh. - Foto JBPM
Gencatan senjata: Hamas beri komitmen, gesa Israel patuh perjanjian
Sayap bersenjata Hamas, Briged al-Qassam, mengumumkan bahawa kumpulan itu akan mematuhi perjanjian gencatan senjata yang mula berkuat kuasa di Gaza pada hari Ahad.
Rakyat Malaysia di luar negara perlu punyai hak yang sama untuk mengundi - PM Anwar
SPR perlu memberi peluang kepada setiap rakyat Malaysia untuk mengundi, kata Perdana Menteri.
Kejayaan Sze Fei-Nur Izzuddin juarai Terbuka India 2025 bukti semangat juang atlet negara
Kejayaan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani rangkul gelaran juara Kejohanan Badminton Terbuka India membanggakan Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri.
Polis India tahan suspek serang Saif Ali Khan
Suspek, yang dipercayai warganegara Bangladesh berusia 30 tahun, ditahan di bandar Thane yang bersempadan dengan Mumbai.
Menteri Luar Estonia cadang TikTok diharamkan di Eropah
Eropah perlu pertimbang haramkan TikTok kerana platform itu didakwa menyebarkan maklumat palsu.
Malaysia dekatkan ASEAN kepada rakyat melalui kepengerusian inklusif
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 bertujuan untuk menjawab persoalan lama, "Apa manfaatnya untuk saya?"
Lawatan PM Anwar ke Belgium berpotensi gerak semula rundingan FTA Malaysia-EU - Duta
Perdana Menteri dijangka membawa perkhabaran positif berhubung usaha menghidupkan semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) yang telah lama terhenti.
Rashid Sidek buru bintang muda untuk teruskan legasinya
Rashid memburu empat bintang muda yang bakal menggantikan tempatnya dalam program 'Rashid Mencari Juara' (RMJ) yang akan ditayangkan di saluran 111 Sukan HD RTM.
Tiga taman rekreasi MADANI dibangunkan di DUN Ayer Keroh
Tiga Taman MADANI telah dibangunkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh tahun lepas dalam usaha meningatkan perpaduan antara penduduk.
Premier Abang Johari cadang institusi pengajian tenaga boleh diperbaharui di i-CATS
Kerajaan Sarawak akan menubuhkan sebuah institusi khas untuk pengajian tenaga boleh diperbaharui, yang dijangka beroperasi di Kolej Universiti i-CATS milik penuh, negeri itu.
Flat kos rendah diwajib ada taska - Noh Omar
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mewajibkan flat kos rendah mempunyai Taska, kata Menterinya Tan Sri Noh Omar.
Tanah runtuh Serendah: Kerajaan sedia beri bantuan kepada 64 keluarga - Noh
Dua bentuk bantuan perumahan akan diberikan iaitu Projek Perumahan Rakyat (PPR) atau rumah kos rendah yang dibina di atas tanah mangsa tanah runtuh sendiri.
Kos sampingan PBT antara faktor harga rumah tinggi - Halimah
KPKT mendapati kos sampingan dikenakan PBT antara faktor menyebabkan harga rumah di pasaran tinggi.
Perak harap 2,000 unit PPR dibina tahun depan
Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) akan diminta untuk menggerakkan usaha agar kementerian dapat membina rumah tersebut di Perak.
KPKT harus buat kajian tentang kualiti bahan binaan PPR - Jazlan
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini diminta mengkaji semula kualiti bahan binaan yang digunakan kontraktor dalam memajukan Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Isu Sungai Kilim: Kebocoran di tapak pembuangan sampah punca pencemaran
Bagaimanapun, menurut beliau, kerja pembaikan sedang giat dijalankan ditapak berkenaan.
Langkah kawal harga rumah beri impak positif
Langkah-langkah yang diambil kerajaan dalam mengawal harga rumah dan mengelakkan spekulasi harga rumah telah menunjukkan kesan positif.
Kerajaan negeri Sabah dicadang kenakan syarat pemaju bina 50 peratus rumah mampu milik
Syarat seperti itu penting untuk berlaku adil kepada ramai rakyat Sabah yang ingin memiliki rumah namun tidak berupaya berbuat demikian.
Asingkan kuasa JPM sebagai agensi penguatkuasa dan pembangun hartanah - Rahman
Datuk Abdul Rahman berkata satu agensi perlu diwujudkan bagi membantu JPM lebih produktif dan berdaya saing dalam industri hartanah serta perumahan negara.