SUBANG: Setiap keluarga yang terjejas susulan kejadian tanah runtuh di Taman Wawasan, Puchong awal pagi tadi akan mendapat bantuan awal sebanyak RM1,000.
Ahli Parlimen Subang, Wong Chen memberitahu Astro AWANI, beliau telah berjumpa dengan kesemua wakil keluarga terlibat, dan mereka terbabit boleh datang ke pejabat ahli Parlimen untuk mendapatkan bantuan tersebut bermula pada pukul 10 pagi Isnin.
“Saya diberitahu pejabat saya pagi ini pada pukul 8 pagi, lepas itu kita bergegas ke sini. Saya sudah pergi jumpa mangsa, dan ada sembilan buah keluarga. Esok pada jam 10 pagi saya dah beritahu mereka, bersedia untuk datang ke Pejabat Parlimen jam 10 pagi, kita akan bagi RM1,000 satu keluarga untuk minggu ini.
“Kalau boleh minggu depan kita tambah lagi kerana kerja-kerja pembaikan ini mungkin memakan masa dua minggu. Jadi kita sediakan sedikit peruntukan, cukup untuk mereka pergi hotel dahulu. Lain daripada itu kita bekerjasama dengan MBSJ,” katanya lagi.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kejadian tanah runtuh itu melibatkan kawasan sepanjang 50 meter dan selebar 60 meter, dengan kedalaman tiga meter, berdasarkan taklimat Jabatan Mineral dan Geosains Selangor.
Beliau berkata setakat ini kejadian tersebut melibatkan sembilan buah rumah, dan semua penghuni diarahkan mengosongkan kediaman masing-masing.
Dalam pada itu Wong Chen berkata, masyarakat setempat, khususnya di kawasan Parlimen beliau disaran untuk mengambil maklum tentang musim hujan yang sedang melanda negara, serta mengelakkan diri dari berkunjung ke tempat yang cenderung dinaiki air.
“Musim banjir ini sekarang … Memang sekarang, dan akan berlaku. Kawasan yang biasa kena, saya minta cuba elakkan. Contohnya kejadian kelmarin di IOI Mall. Anda mungkin boleh pergi shopping di waktu pagi, tetapi apabila nampak hujan please don’t go park there. Dah kena berapa kali dah. You all have to make your own arrangement.
"Saya faham bukan senang, rumah ini banyak tak ada insurans, Kereta pun tak ada insurans. Di sini (Taman Wawasan) empat kereta terlibat. Jadi you have to take precaution act position yourself, sementara Kerajaan sedaya-upaya buat perancangan di masa hadapan,” katanya lagi.
Wong Chen berkata, beliau melihat keperluan untuk diperbanyakkan lagi kawasan hijau sebagai tadahan air hujan, manakala pembangunan baharu perlu dikurangkan, khususnya di kawasan Subang.
Firdaus Azil
Sun Dec 17 2023
Setiap keluarga yang terjejas susulan kejadian tanah runtuh di Taman Wawasan, Puchong awal pagi tadi akan mendapat bantuan awal sebanyak RM1,000.- Foto Astro AWANI
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
Tanah runtuh di Pekalongan, Jawa Tengah ragut 16 nyawa, tiga lagi hilang - BNPB
Kejadian di Kampung Kasimpar, Petungkriyono itu mengakibatkan dua rumah tertimbus, dua jambatan musnah, dan beberapa kenderaan dihanyutkan.
Tanah runtuh, jalan utama Genting Highlands tidak terjejas - OCPD Bentong
Akses ke pusat peranginan itu melalui jalan utama Genting Highlands kekal terbuka sepenuhnya kepada orang awam dan tidak terjejas.
Tanah runtuh di Jalan Amber Court dan Ion Delemen, Genting Highlands
Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Amber Court dan Ion Delemen, Genting Highlands, Bentong pada 2.47 pagi tadi, menyebabkan laluan terhalang dan tidak dapat dilalui di kedua-dua arah.
Rumah inap desa ranap dalam tanah runtuh
Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, tiada mangsa dilaporkan cedera.
Tujuh maut dalam insiden tanah runtuh di Brazil
Keadaan itu sekaligus memaksa pihak berkuasa mengisytiharkan darurat awam selama 180 hari.
Tanah runtuh di Kampung Raja, Cameron Highlands, laluan terhalang
Polis mengesahkan tiada kehilangan nyawa atau harta benda dalam kejadian yang dilaporkan pada pukul 2 pagi itu.
Banjir Kelantan: Jalan terputus, tanah runtuh jejas perhubungan jalan darat
Insiden ini bukan sahaja melumpuhkan pergerakan penduduk setempat, tetapi juga meningkatkan risiko keselamatan di kawasan berkenaan.
Runtuhan sepanjang 50 meter dikesan di tebing Sungai Kelantan - Polis
Satu runtuhan sepanjang hampir 50 meter berlaku di tebing Sungai Kelantan berdekatan sebuah pangsapuri dan hotel di Jalan Post Office Lama di sini hari ini.
13 hilang tapak projek kereta api runtuh di China
Biro pengurusan kecemasan daerah Baoan melaporkan tanah di bawah tapak rel Shenzhen-Jiangmen runtuh secara tiba-tiba pada Khamis malam.
Angka korban banjir di selatan Thailand meningkat, hampiri 30 orang
Wilayah terjejas yang sudah bergelut dengan arus deras banjir sedang bersiap sedia untuk hujan lebih lebat dalam beberapa hari akan datang.