SEBUYAU : Kawasan seluas 50,000 hektar di Sabah dan Sarawak telah dikenal pasti untuk pelaksanaan projek penanaman padi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata perkara itu telah dipersetujui secara prinsip oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, namun pelaksanaannya memerlukan sedikit masa.
"Peruntukan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah perlu dikoordinasikan dengan Kementerian Pemodenan Pertanian Sarawak, selain itu perlu juga dapatkan persetujuan dari pemilik tanah (untuk pelaksanaan projek), terutamanya yang melibatkan Tanah Adat.
"Jenis padi yang akan ditanam pula adalah mengikut kesesuaian tanah di Sabah dan Sarawak. Saya fikir kosnya di sini agak tinggi, namun itu perkara kedua, apa yang penting mesti ada kemampuan sara diri, maknanya self-sufficiency untuk bekalan beras," katanya.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian selepas menghadiri program Santuni Rakyat di Sekolah Kebangsaaan Haji Bujang, Sebangan dekat sini yang turut dihadiri oleh Timbalan Menterinya, Datuk Rubiah Wang dan Menteri Utiliti dan Komunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi.
Zahid berkata penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman wajib diberikan keutamaan untuk sebarang projek pembangunan terutama di Sarawak, dengan 1.4 juta penduduknya tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman.
"Sarawak telah mencapai kemerdekaan selama 60 tahun, adalah menjadi tanggungjawab bersama kerajaan persekutuan dan negeri membangunkan kawasan luar bandar dan pedalaman," katanya.
Zahid turut mengumumkan peruntukan RM10 juta khusus bagi pembinaan Pusat Giat Mara di Sebangan yang akan dilaksanakan pada tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 17 2023

Beliau berkata perkara itu telah dipersetujui secara prinsip oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, namun pelaksanaannya memerlukan sedikit masa. - Gambar fail/Bernama
Lelaki warga Bangladesh khianat, pukul anjing ditahan polis
Polis menahan lelaki warga bangladesh kerana dipercayai terlibat dalam kejadian khianat terhadap seekor anjing seperti tular dua hari lalu.
Penunggang motosikal maut dalam kemalangan tiga kenderaan
Seorang lelaki berusia 46 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Persiaran Jenjarum, Bukit Sentosa, pada malam Khamis
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, memaklumkan bahawa kejadian berlaku sekitar jam 8.40 malam ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di sebuah kilang.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, memaklumkan bahawa kejadian berlaku sekitar jam 8.40 malam ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di sebuah kilang.
Pengguna disaran teliti caj hospital swasta
Orang ramai disarankan berhati-hati mendapatkan rawatan di hospital swasta susulan aduan mengenai kenaikan caj perubatan yang tidak munasabah.
Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusoff, menasihatkan pengguna supaya memahami hak mereka sebelum, semasa, dan selepas menerima perkhidmatan hospital swasta.
Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusoff, menasihatkan pengguna supaya memahami hak mereka sebelum, semasa, dan selepas menerima perkhidmatan hospital swasta.
Rundingan fasa seterusnya bermula di Kaherah
Mesir mengumumkan rundingan intensif antara pihak yang terlibat dalam perjanjian gencatan senjata Gaza telah bermula di Kaherah bagi membincangkan fasa seterusnya.
Mangsa di Sabah meningkat sedikit pagi ini
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan memaklumkan lima pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Telupid yang menempatkan 340 orang daripada 100 keluarga.

Isu beras campur: Serah kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri tentukan kadar zakat fitrah
Penetapan semula kadar zakat fitrah berdasarkan gred beras yang sepatutnya diserahkan kepada Jawatankuasa Fatwa dan Majlis Agama Islam setiap negeri bagi menentukannya.
13 pelajar lelaki kolej vokasional diperintah bela diri
Mahkamah Tinggi Tawau hari ini memerintahkan 13 pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu yang didakwa membunuh pelajar kolej sama, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan pada tahun lalu, untuk membela diri.
Kurikulum baharu sejarah dijangka mula digunakan 2027
Kurikulum baharu pendidikan Sejarah yang sedang dalam proses penggubalan dijangka mula digunakan di sekolah pada 2027.
[TERKINI] Jangan bahas hingga timbul kekeliruan - Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meminta agar semua pihak tidak berterusan membahaskan soal Titah Adendum.

Public Bank tamatkan aplikasi PB Engage MY berkuat kuasa Jun 2025
Selari dengan ini, semua aktiviti perbankan akan hanya disokong melalui aplikasi MyPB sahaja.

Projek naik taraf sistem pengairan MADA mula tahun depan - Mohamad Sabu
Projek menaik taraf sistem pengairan di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dijangka bermula tahun depan.

Tanah seluas 50,000 hektar untuk projek tanaman padi di Sabah dan Sarawak - TPM Zahid
Kawasan seluas 50,000 hektar di Sabah dan Sarawak telah dikenal pasti untuk pelaksanaan projek penanaman padi.