JAKARTA: Fasa kedua projek Transit Aliran Massa (MRT) Jakarta Utara Selatan melebihi kos asal berikutan masalah pembinaan yang rumit dan keadaan tanah yang tidak stabil.
Kos projek MRT sepanjang 12.3 kilometer itu yang merentasi laluan Bulatan Hotel Indonesia-Ancol meningkat kepada 26 trilion rupiah(AS$1=14,828 rupiah) daripada peruntukan awal sebanyak 22.5 trilion rupiah, menurut menteri ekonomi Indonesia.
"Laluan MRT itu melintasi tapak warisan Kota Tua, justeru kita perlu lebih berhati-hati dalam membina strukturnya," kata Menteri Penyelaras Ekonomi, Airlangga Hartarto dalam satu kenyataan.
Kota Tua atau Old City, adalah kawasan kejiranan yang meliputi kawasan asal pusat bandar ibu kota dan penempatan bertembok pertama Belanda pada abad ke-17.
Airlangga berkata, laluan MRT sepanjang 12.3 kilometer itu dibina sepenuhnya di bawah tanah, berbeza daripada projek fasa pertama, iaitu sepanjang 15.7 kilometer dengan 5.7 kilometer di bawah tanah dan 10 kilometer adalah binaan bertingkat.
Fasa pertama telah beroperasi sejak 24 Mac 2019.
Kerajaan juga sedang mencari tapak baharu untuk hentian terakhir di bahagian lain di Ancol dan kawasan Marina, berikutan masalah pengambilan tanah di tapak cadangan di Ancol Barat.
Projek MRT fasa dua terdiri daripada dua peringkat, iaitu fasa 2A dan 2B, dengan Fasa 2A membabitkan pembinaan tujuh stesen bawah tanah - Thamrin, Monas, Harmoni, Sawah Besar, Mangga Besar, Glodok dan Kota - sepanjang 5.8 kilometer.
Laluan Kota-Ancol di bawah Fasa 2B sedang menjalani kajian kebolehlaksanaan oleh pengendali projek milik perbandaran, PT MRT Jakarta.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 25 2022

Kos projek MRT sepanjang 12.3 kilometer itu yang merentasi laluan Bulatan Hotel Indonesia-Ancol meningkat kepada 26 trilion rupiah(AS$1=14,828 rupiah) daripada peruntukan awal sebanyak 22.5 trilion rupiah. - Instagram MRT Jakarta
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Tanah tak stabil, kos MRT fasa kedua Indonesia melebihi jangkaan - Menteri
Fasa kedua projek Transit Aliran Massa (MRT) Jakarta Utara Selatan melebihi kos asal berikutan masalah pembinaan yang rumit dan keadaan tanah yang tidak stabil.

MRT Jakarta beroperasi akhir Mac, atasi kesesakan
MRT Jakarta melibatkan jajaran sepanjang 15.7 kilometer bagi fasa pertama yang menghubungkan Lebak Bulus, Jakarta Selatan ke Hotel Indonesia, Tengah Jakarta.