IPOH: Memanfaatkan ruang dalam kawasan masjid dengan mewujudkan tanaman secara akuaponik menjadi tarikan baharu pengunjung ke Masjid Panglima Kinta di sini.
Masjid berusia 123 tahun yang merupakan bangunan warisan itu kini diserikan dengan 88 pasu tanaman seperti pudina, strawberi, bunga raya dan ros serta penternakan ikan tilapia merah.
Bendahari Masjid Panglima Kinta, Nasir Ismail berkata, projek pertanian bandar yang diusahakan sejak sebulan lalu akan memberi manfaat kepada komuniti setempat.
"Kita mendapat kerjasama Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) yang menyumbang pokok-pokok berkenaan, sekali gus menyahut saranan kerajaan melaksanakan pertanian bandar dalam menghasilkan produk makanan.
"Projek ini merupakan satu inovasi menggabungkan agrikultur dan akuakultur apabila air kolam ikan yang mengalir menyiram pokok menerusi kaedah 'dripping' dan najis ikan itu sendiri menjadi baja semula jadi kepada tanaman tersebut," katanya ketika ditemui Sinar Harian di masjid berkenaan pada Jumaat.
Beliau ditemui pada program perasmian 'Urban Farming Community' PPPNP yang disempurnakan Orang Besar Jajahan Kinta, Datuk Ab Wahab Azizul Hassan.
"Projek ini bukan bersifat komersial sebaliknya hasil tuaian nanti akan kita agihkan kepada pengunjung yang hadir.
"Secara tersiratnya, projek ini kita dapat mengeratkan silaturahim dan mengimarahkan masjid dengan aktiviti-aktiviti seperti ini," ujar beliau.
Sementara itu, Pengurus Besar Operasi PPPNP, Noorasidi Mohamed Noordin berkata, program itu dapat mendidik komuniti mengenai pertanian bandar yang tidak konvensional.
Beliau menjelaskan, projek itu akan dapat membantu jawatankuasa masjid berkenaan memperoleh pendapatan sampingan hasil daripada tanaman sayur dan penternakan ikan.
"Tanaman ini adalah tanaman kontan yang memerlukan tempoh masa pendek, jadi kita cuba tanaman yang senang dan biasa dulu iaitu pudina dengan strawberi.
"Habis sahaja pusingan penuaian nanti, contohnya pudina, masjid sebenarnya boleh memohon daripada kita untuk tanaman yang lebih komersial seperti sawi yang mudah dikendalikan," katanya.
Tambah beliau, Masjid Panglima Kinta merupakan masjid kelima yang menjalankan program pertanian bandar tersebut.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sat Dec 11 2021

88 pasu tanaman bunga dan sayur menjadi tarikan baharu Masjid Panglima Kinta. - Foto Sinar Harian

734 tan metrik kelapa tua dibawa masuk setakat 4 Mac - Mohamad Sabu
FAMA dan FAMACO membawa masuk 734 tan metrik bekalan kelapa tua dikupas dari Sabah dan Indonesia dengan nilai belian RM2.01 juta.
AWANI Ringkas: Sindiket e-waste: Penguat kuasa diugut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Los Angeles saman SCE susulan kebakaran di California
Kebakaran Eaton memusnahkan sekitar 9,400 bangunan dan menyebabkan kerugian dianggarkan menelan kos sekurang-kurangnya ratusan juta dolar.

KDN perkenal pas khas pelabur mulai 1 April - Saifuddin
Pas khas kepada pelabur atau kumpulan ekspatriat akan dikeluarkan mulai 1 April ini bagi membolehkan mereka tinggal lebih lama di negara ini untuk urusan perniagaan.

Ibu jual barang kemas Eda Ezrin bayar peguam
Zahara melawat Eda Ezrin setiap minggu semasa di penjara dan bersyukur atas pembebasan anaknya.

Pemilihan jawatan Pengerusi CPA Malaysia diadakan dalam masa terdekat
Pemilihan jawatan Pengerusi Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Malaysia (CPA Malaysia) akan diadakan dalam masa terdekat.

Jet pejuang Tentera Korea Selatan tidak sengaja jatuhkan lapan bom, 7 orang awam cedera
Insiden berlaku pada 10.04 pagi waktu tempatan semasa latihan tembakan langsung.

Peniaga mainan didenda RM4,500 miliki 110 laras senjata tiruan
Seorang peniaga kedai mainan didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki 110 laras senjata tiruan.

UMNO tiada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap Ismail Sabri - Asyraf Wajdi
UMNO akan ambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba mengaitkan parti dengan siasatan kes berkaitan Ismail Sabri
[TERKINI] UMNO tiada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap Ismail Sabri
UMNO pandang serius sebarang cubaan kaitkan parti itu dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melibatkan penemuan sejumlah besar wang tunai dan jongkong emas di rumah individu tertentu.

Ramadan: Umat Islam seluruh negara imarahkan masjid, tarawih malam pertama
Umat Islam di Malaysia mengambil kesempatan mengimarahkan masjid bagi menunaikan solat sunat tarawih pertama secara berjemaah malam tadi.

Masjid, surau di bawah JAKIM, JAWI perlu beri kemudahan terbaik - Mohd Na'im
Program Ihya' Ramadan juga disusun sepanjang bulan ini, dan ia akan dianjurkan oleh pelbagai agensi di kementerian berkenaan.

Kes tular: Pemuda OKU mengaku bersalah cabul kanak-kanak di masjid
OKU yang tular mencabul kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di masjid minggu lalu, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen pada Khamis, atas satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal.

JAWI diminta selaras masjid dan surau, tingkatkan keselamatan
Perkara itu perlu dilaksanakan segera demi kemaslahatan para jemaah dan anak-anak kariah.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes mencabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor.

Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 dibuat semula, promosi setiap negeri sebaiknya - Tiong
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dibuat semula dengan lebih terperinci bagi mempromosi setiap negeri sebaiknya.

Pengurusan surau, masjid berusia puluhan tahun disaran periksa sistem pendawaian
Langkah itu bertujuan mengelak insiden litar pintas yang boleh menyebabkan kebakaran sekali gus mengancam keselamatan jemaah.

Banjir: Masjid seliaan JAKIM, JAWI anjur solat hajat esok
Kesemua masjid berkenaan akan mengadakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan susulan bencana banjir, esok selepas solat Jumaat.

Mendapan tanah: Masjid di Kampung Bawah Bukit masih selamat digunakan - JKR Perlis
Masjid As-Solihin di Kampung Bawah Bukit, Chuping dekat sini masih selamat untuk digunakan orang ramai setakat ini meskipun berlaku mendapan tanah.