Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengingatkan mana-mana pemilik stesen minyak mahupun pemilik kedai makanan supaya memastikan bilik air dan tandas di premis mereka berada dalam keadaan bersih.
Pengarahnya Dr Hayati Abdullah berkata ini kerana bakteria Salmonella thypi (S. thypi) yang merupakan penyebab utama demam kepialu atau tifoid boleh merebak melalui najis dan air kencing orang yang dijangkiti.
Dr Hayati menjelaskan kebersihan tandas awam juga memainkan peranan penting dalam membendung penyakit itu daripada merebak di samping suntikan vaksin dan pengendalian makanan.
Katanya, dalam keadaan tandas yang kotor, sekiranya individu yang dijangkiti penyakit itu menggunakan tandas tersebut dan tidak dibersihkan, bakteria wabak itu boleh hidup di kawasan tandas terbabit dan menjangkiti individu lain yang menggunakannya.
Bakteria itu tersebar melalui sentuhan terus dengan najis dan air kencing orang yang dijangkiti dan ia akan mencemari makanan dan minuman individu terbabit, jelas beliau.
"Malah, jika tandas tersebut berada dalam keadaan kotor sudah pasti akan menarik perhatian lalat, dan lalat ini akan dijangkiti oleh wabak tersebut dan akhirnya merebak ke gerai makan berdekatan," katanya kepada Bernama.
Oleh yang demikian, pihak DBKL kini meningkatkan operasi pemeriksaan kebersihan di premis makanan dan tandas di stesen-stesen minyak di ibu kota.
Operasi tersebut diketuai Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur Datuk P.Gunaseelan.
Menurut Gunaseelan sejak 21 Okt sehingga hari ini, 175 premis makanan ditutup sementara kerana didapati tidak mematuhi peraturan kebersihan yang ditetapkan manakala 353 pekerjanya tidak mengambil suntikan vaksin.
Katanya dalam tempoh itu, pihaknya memeriksa lebih 500 premis dan 1,506 pengendali makanan.
Gunaseelan berkata pihaknya mengambil tindakan tegas tehadap semua pengusaha premis makanan bagi memastikan penyakit itu dapat disekat sebelum merebak.
Beliau juga menasihati para peniaga agar meningkatkan tahap kebersihan premis makanan selain memastikan semua pengendali makanan mempunyai sijil pengendali makanan dan mendapat suntikan antitifoid.
Setakat semalam, 38 kes demam kepialu dicatatkan di ibu negara.
Menurut laman sesawang Kementerian Kesihatan, seseorang pesakit yang dijangkiti demam kepialu boleh mengalami pendarahan dalaman dan masalah usus yang boleh membawa maut.
Bernama
Sun Nov 01 2015

Menurut DBKL, kebersihan tandas awam juga memainkan peranan penting dalam membendung penyakit itu daripada merebak di samping suntikan vaksin dan pengendalian makanan.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

SOSMA: Pinda segera maksud ancaman kepada negara - Suhakam
Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kurang menekankan keseimbangan antara menjaga keselamatan negara dan hak asasi manusia.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

'Tak apalah Bersih bagi D... bukan F' - PM Anwar
Perdana Menteri optimis pentadbirannya akan mencapai 'gred' yang lebih baik pada masa akan datang.

Markah D: Kerajaan terus laksana reformasi, tidak hanya tumpu segmen tertentu - Rafizi
Kerajaan sentiasa terbuka menerima sebarang pandangan dan kritikan terhadap prestasi anggota Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan.

Undang-undang perlesenan platform media sosial buka ruang penyalahgunaan kuasa
Keputusan menguatkuasakan lesen perkhidmatan media sosial dan pesanan internet dilihat akan membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa.

BERSIH yakin Bersatu akan bawa keputusan Speaker Dewan Rakyat ke mahkamah
BERSIH yakin Bersatu akan membawa keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat ke mahkamah bagi melihat tafsiran perundangan ke atas keputusannya.

Isu peruntukan PRK: Kenyataan berpandukan keputusan mahkamah - Ahmad Maslan
Ahmad hairan kenapa Bersih pertikai kenyataan beliau tidak salah bagi menteri atau kementerian anjur program atau umum peruntukan semasa PRK berlangsung.

Himpunan #KamiMahuAir: Bersih seru kerajaan tegakkan keadilan untuk guru, pelajar yang ditahan
Kesembilan individu terbabit ditahan agak jauh daripada tapak perhimpunan ketika sedang beredar.

Kongres Bersih: Kerajaan dituntut segerakan reformasi institusi, hapus Akta Hasutan
Bersih sekali menggesa kerajaan mempercepatkan reformasi institusi termasuk memisahkan peranan Peguam Negara dan pendakya raya serta pelantikan Pengerusi SPR melalui Parlimen.

Bersih pantau perjalanan PRK Kuala Kubu Baharu
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.