KUALA LUMPUR: Tandas "berwajah baharu" hasil naik taraf Kementerian Pendidikan (KPM) sejak tahun lepas, memberi impak positif yang tidak sekadar membangkitkan keceriaan dan semangat pelajar ke sekolah tetapi juga turut menoktahkan episod kesengsaraan tandas daif sejak sekian lama.
Dengan usianya ada yang lebih dari satu dekad, keuzuran tandas di sekolah yang tidak diselenggara ini bukan sahaja berhadapan dengan pelbagai kerosakan dan ketidakselesaan tetapi turut sama menjejaskan pembelajaran pelajar.
Antaranya, terdapat pelajar yang terpaksa mengambil masa lebih lama ke tandas yang lebih jauh di blok lain sehingga menyebabkan mereka terlepas sesi pengajaran dan ini yang dirasai pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang, Kuala Berang, Terengganu.
Lebih dua tahun berhadapan dengan kesengsaraan tersebut, kesusahan mereka itu kini bagaimanapun berakhir apabila tandas di sekolah tersebut dinaik taraf dengan kos sebanyak RM70,000 sekali gus memberi kelegaan kepada pelajar.
"Disebabkan tandas perempuan blok C rosak, pelajar terpaksa ke bangunan blok B atau blok E untuk menggunakannya dan ini mengganggu proses pembelajaran mereka apabila terpaksa mengambil masa antara 15 hingga 20 minit ke tandas.
"Walaupun masalah ini nampak remeh, namun pergerakan ini sebenarnya menyebabkan mereka terlepas beberapa maklumat penting semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) berlangsung, ini membuatkan pelajar tidak memahami apa yang diajar guru mereka," kata pengetua sekolah itu, Mohd Rani Muda kepada Bernama.
Berwajah baharu, projek naik taraf di tandas sekolah itu dengan reka bentuk moden menggunakan jubin berona hitam putih dengan corak abstrak ini juga pada masa sama turut menyelesaikan masalah "kesesakan" pelajar perempuan menggunakan tandas semasa waktu puncak, biasanya selepas waktu kelas.
Kerana itu, pihak sekolah dan pelajar begitu menghargai "hadiah yang amat berharga" ini dan Mohd Rani berkata jadual penjagaan dan pemantauan tandas turut diperluaskan kepada guru, kakitangan pengurusan, pelajar dan tidak hanya kepada pekerja pembersihan sahaja.
"Kita mahu semua warga SMK Matang sama-sama menghargai dan menjaga kemudahan yang kerajaan sediakan dengan baik bukan sahaja untuk kegunaan hari ini malah dalam tempoh 10 tahun lagi, misalnya," katanya.
Hakikatnya, kepekaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu melihat tandas sekolah dengan imej baharu telah banyak membawa impak positif kepada kesejahteraan pelajar dan ini termasuklah mendisiplinkan mereka untuk menjaga kebersihan.
Pengalaman buruk sebelum ini menggunakan tandas daif sehingga ada yang mengalami kecederaan, menjadikan kebanyakan pelajar yang ditemu ramah lebih menghargai pemberian itu kerana tidak mahu episod sama berulang kembali.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 16 2024
![Tandas baharu sekolah, noktahkan kesengsaraan pelajar Tandas baharu sekolah, noktahkan kesengsaraan pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705371021_TBTANDASSKAIRj.jpg)
Seorang murid menggunakan tandas yang telah di baik pulih ketika tinjauan di Sekolah Kebangsaan Air Hitam Labu, Tronoh Mines di Kampar, Perak, 10 Jan 2024. --fotoBERNAMA
![RMHC Malaysia rasmi Rumah Ronald McDonald di HTA, bantu 4,000 keluarga sejak beroperasi RMHC Malaysia rasmi Rumah Ronald McDonald di HTA, bantu 4,000 keluarga sejak beroperasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739614548_RMHHTA.jpg)
RMHC Malaysia rasmi Rumah Ronald McDonald di HTA, bantu 4,000 keluarga sejak beroperasi
Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) merasmikan Rumah Ronald McDonald (RMH) di Hospital Tunku Azizah (HTA), sempena meraikan pencapaian empat tahun fasiliti itu.
![Tiga cedera, silinder gas meletup Tiga cedera, silinder gas meletup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739614165_Silindergasmeletup.jpg)
Tiga cedera, silinder gas meletup
Seorang pekerja patah kaki manakala dua lagi cedera ringan dalam insiden letupan silinder gas di sebuah kilang pembuatan dan penyelesaian komponen elektronik di Pulau Pinang.
![OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali' OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739609456_SamAltman.jpg)
OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali'
OpenAI pada Jumaat secara rasmi menolak tawaran hampir US$100 bilion oleh Elon Musk untuk memperoleh organisasi tidak berasaskan keuntungan yang mengawal syarikat permulaan AI itu, lapor Xinhua.
![Hujahan penutup kes tembak selesai, A$AP Rocky dan Rihanna tinggalkan mahkamah Hujahan penutup kes tembak selesai, A$AP Rocky dan Rihanna tinggalkan mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739607935_RihannaAAPRocky.jpg)
Hujahan penutup kes tembak selesai, A$AP Rocky dan Rihanna tinggalkan mahkamah
Penyanyi terkenal Rihanna dan pasangannya, A$AP Rocky, berpimpin tangan meninggalkan Mahkamah California selepas hujahan penutup selesai dalam perbicaraan kes tembakan pada Jumaat.
![50,000 kg peluru, kelongsong ditemui di kilang e-waste haram 50,000 kg peluru, kelongsong ditemui di kilang e-waste haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739613931_kgpeluruke.jpg)
50,000 kg peluru, kelongsong ditemui di kilang e-waste haram
Serbuan di sebuah kilang memproses sampah elektronik (e-waste) di Telok Panglima Garang, di sini, membongkar penemuan kira-kira 50,000 kilogram (kg) peluru termasuk kelongsong, pada Sabtu.
![Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733142105_AhmadZahidHamidi.jpg)
Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI terus menunjukkan komitmen untuk memacu pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya saing bagi memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.
Trump rancang umum tarif ke atas kereta import pada 2 April
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat berkata beliau akan mengumumkan tarif ke atas kereta import pada awal April.
Thailand hantar 10 suspek kes penculikan, pusat penipuan ke China
Thailand menghantar pulang 10 warga China dikaitkan dengan kes penculikan pelakon terkenal yang diselamatkan dari sebuah pusat penipuan siber di Myanmar.
![PPR Harmoni MADANI model kerjasama estet-kerajaan bangunkan perumahan pekerja - PM PPR Harmoni MADANI model kerjasama estet-kerajaan bangunkan perumahan pekerja - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739612035_AnwarIbrahim.jpg)
PPR Harmoni MADANI model kerjasama estet-kerajaan bangunkan perumahan pekerja - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Program Residensi Rakyat (PRR) Harmoni MADANI Bestari Jaya dijadikan model kerjasama antara estet dan kerajaan dalam membangunkan perumahan pekerja.
Rihanna, A$Ap Rocky tinggalkan mahkamah
Penyanyi terkenal Rihanna dan pasangannya, A$AP Rocky, berpimpin tangan meninggalkan Mahkamah California selepas hujahan penutup selesai dalam perbicaraan kes tembakan pada Jumaat.
![KPM peruntuk lebih RM134 juta selenggara tandas SBK tahun ini - Wong KPM peruntuk lebih RM134 juta selenggara tandas SBK tahun ini - Wong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715331643_WongKahWohjpg.jpg)
KPM peruntuk lebih RM134 juta selenggara tandas SBK tahun ini - Wong
Lebih RM134 juta diperuntukkan kepada 1,919 Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) bagi projek menaik taraf serta menyelenggara tandas sekolah.
![Tandas baharu sekolah, noktahkan kesengsaraan pelajar Tandas baharu sekolah, noktahkan kesengsaraan pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705371021_TBTANDASSKAIRj.jpg)
Tandas baharu sekolah, noktahkan kesengsaraan pelajar
Keuzuran tandas di sekolah yang tidak diselenggara berdepan pelbagai kerosakan dan ketidakselesaan, serta menjejaskan pembelajaran pelajar.
![KPM diminta tingkat penguasaan BM, matematik, sains komputer, agama - Anwar KPM diminta tingkat penguasaan BM, matematik, sains komputer, agama - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699337905_AnwarIbrahim.jpg)
KPM diminta tingkat penguasaan BM, matematik, sains komputer, agama - Anwar
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, perkara itu akan dibawa dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat ini.
![Bangunkan silibus penjagaan tandas secara khusus di sekolah - Ahli akademik Bangunkan silibus penjagaan tandas secara khusus di sekolah - Ahli akademik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698630691_tbIsutandas.jpg)
Bangunkan silibus penjagaan tandas secara khusus di sekolah - Ahli akademik
Silibus itu penting diperhalusi kerana setakat ini, mata pelajaran yang ada menyentuh etika penggunaan tandas hanya pendidikan sivik.
!['Terima kasih Maryam, saya akan percepat selesaikan masalah tandas sekolah' - PM Anwar 'Terima kasih Maryam, saya akan percepat selesaikan masalah tandas sekolah' - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697381488_tandassekolah.jpg)
'Terima kasih Maryam, saya akan percepat selesaikan masalah tandas sekolah' - PM Anwar
Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada seorang murid berusia sembilan tahun bernama Maryam yang menulis surat kepada beliau.
![Projek penyelenggaraan tandas sekolah KPM 90 peratus dalam pelaksanaan, siap Projek penyelenggaraan tandas sekolah KPM 90 peratus dalam pelaksanaan, siap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647531361_LogoKementerianPe.jpg)
Projek penyelenggaraan tandas sekolah KPM 90 peratus dalam pelaksanaan, siap
Baki sebanyak 810 atau 9.7 peratus projek sedang dalam peringkat akhir perolehan.
![PM buat pemeriksaan mengejut di dua sekolah di Sekinchan PM buat pemeriksaan mengejut di dua sekolah di Sekinchan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81689693950_TBAnwarIbrahim.jpg)
PM buat pemeriksaan mengejut di dua sekolah di Sekinchan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan pemeriksaan mengejut di dua buah sekolah hari ini semasa menghadiri program di Sekinchan, Selangor.
![Masyarakat perlu amal etika kebersihan untuk capai tandas B.M.W Masyarakat perlu amal etika kebersihan untuk capai tandas B.M.W](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689218610_tandasawam.jpg)
Masyarakat perlu amal etika kebersihan untuk capai tandas B.M.W
Mentaliti 'ada tukang cuci yang mendapat gaji untuk membersihkannya' membuatkan ramai tidak beretika dan bersikap tidak kisah.