ALOR GAJAH: Percutian sebuah keluarga di sebuah resort di Pengkalan Balak, Masjid Tanah di sini, bertukar cemas apabila tangan kanan seorang kanak-kanak perempuan tersangkut dalam soket paip PVC, pada petang Khamis.
Dalam kejadian jam 5 petang, kanak-kanak berusia 11 tahun itu dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Masjid Tanah oleh ibu bapanya untuk mendapatkan bantuan.
Komander operasi, Pegawai Bomba Kanan (BPK) ll, Isharudin Ishak berkata, mangsa dan keluarganya datang dari Kuala Lumpur bercuti di resort itu.
Menurutnya, ketika kejadian, kanak-kanak itu sedang bermandi-manda bersama keluarga di sebuah kolam yang terdapat paip penyambung ke pam penyedutan air kolam.
"Maklumat daripada keluarga, mangsa dipercayai memasukkan tangan ke dalam paip sepanjang satu meter itu.
"Dalam masa sama paip tersebut berfungsi dan tangan mangsa tersedut sekali dalam paip itu sebelum pemilik resort memotong paip PVC dan mangsa dibawa ke balai bomba," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Isharudin berkata, anggota bomba mengambil masa kira-kira 34 minit untuk membantu mengeluarkan tangan mangsa menggunakan peralatan khas.
"Operasi tamat kira-kira jam 5.49 petang dan kanak-kanak itu hanya mengalami melecet di tangan kesan tersangkut di paip tersebut," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Thu Jun 09 2022

Kanak-kanak tersebut dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah untuk mendapatkan bantuan. -Foto Sinar Harian
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Tangan kanak-kanak tersangkut paip PVC ketika mandi kolam
Mangsa dipercayai memasukkan tangan ke dalam paip sepanjang satu meter itu.