SIK: Isu penerokaan unsur nadir bumi (REE) secara haram di Hutan Simpan Bukit Enggang di sini dikhuatiri boleh berlaku di kawasan lain sekitar daerah ini jika pihak yang berkenaan tidak mengambil langkah serius untuk menangani perkara itu.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri Mahadzir Abdul Hamid berkata ini kerana REE bukan sahaja terdapat di hutan simpan terbabit malah di kawasan lain menyebabkan penduduk Kampung Chong dan Kampung Sungai Senam yang terletak berhampiran bimbang kejadian sama akan berulang.
"Baru-baru ini, saya ada membuat tinjauan bersama mereka dan tidak mengesan sebarang kegiatan mencurigakan di hutan berkenaan... bagaimanapun, penduduk kampung mempersoal mengapa tiada tindakan pemantauan berterusan oleh pihak berkuasa.
"Kita risau perkara itu akan membuka ruang kepada pihak tidak bertanggungjawab melakukan pencerobohan di kawasan lain pula," katanya pada sidang media di Pusat Pembiakan Landak Raya Jeneri semalam.
Pada masa sama, beliau mencadangkan agar pihak berkuasa menubuhkan satu jawatankuasa siasatan yang mengkaji dan menyiasat isu di sebalik penerokaan REE secara haram itu.
"Saya juga memohon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar isu penerokaan REE diletakkan di bawah Majlis Keselamatan Negara seperti isu Bukit Malut di Pulau Langkawi," katanya.
Pada Oktober tahun lepas, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan bahawa berlaku kegiatan mencuri REE di Hutan Simpan Bukit Enggang namun menafikan penglibatan kerajaan negeri atau Syarikat Prospek Suria Sdn Bhd yang diberi lesen eksplorasi untuk mengkaji potensi mineral itu.
Pada 13 April lepas, seramai 40 individu termasuk 35 warga asing dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Baling atas pertuduhan menceroboh Hutan Simpan Bukit Enggang di Sik.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 12 2023

Mahadzir mengadakan sidang media berkenaan penerokaan Unsur Nadir Bumi di Pusat Pembiakan Landak Raya Jeneri di Sik, 12 Julai 2023. --fotoBERNAMA
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.
PBT disaran papar nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengurusan bazar memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses dengan segera sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

'Tangani isu penerokaan haram REE secara serius, elak berlaku di kawasan lain'
Mahadzir cadangkan pihak berkuasa tubuh satu jawatankuasa bagi mengkaji dan menyiasat isu di sebalik penerokaan REE secara haram.