Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir menasihatkan Perbadanan Aset Keretapi (RAC) untuk tidak mengambil mudah saranan beliau dalam menangguhkan keputusan mengenakan caj parkir di stesen keretapi.
Tegasnya, beliau diberitahu bahawa RAC mengambil maklum perkara itu namun tindakan mereka menangguhkannya untuk tempoh yang amat singkat dilihat seolah-olah mempermainkan saranan pihak kerajaan negeri.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada RAC kerana mengambil langkah untuk menangguhkan (caj parkir) tetapi kalaulah ianya sampai 15 haribulan, saya rasa ia bukan tangguh, hanya nak bagi muka sekejap sahaja.
“Saya bukan bercakap tentang saya, saya bercakap tentang keluhan rakyat, jadi ambil perhatian mengenai pemilihan tempat tertentu untuk keputusan ini, tak perlulah kita menyusahkan rakyat yang nak menggunakan keretapi, tempat letak kereta dan pergi ke tempat kerja,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutup Seminar Land Development Scenario: Issues and Challenges anjuran UiTM & Lembaga Perumahan Hartanah Negeri Perak sempena Perak Festival of Ideas di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
Kata Dr Zambry, semua syarikat milik kerajaan (GLC) sewajarnya mengadakan rundingan dan meminta pandangan baik wakil rakyat atau pihak kerajaan negeri mengenai keputusan yang memberikan impak terutamanya terhadap perbelanjaan rakyat.
Tambah beliau, RAC perlu melaksanakan kajian mendalam dan mencadangkan mengenai keuntungan sebenar yang boleh dikaut melalui keputusan mengenakan caj parkir berbayar itu.
“Saya pun tak tahu berapa banyak mereka boleh buat untung, berjuta-juta ke, saya tidak tahu kecuali mereka nyatakan kepada pihak kerajaan negeri. Ini macam main-main dengan saya, mereka ambil maklum, tangguh sampai 15 haribulan maknanya dia nak buat juga.
“Perkara ini mungkin dianggap kecil tetapi tidak semestinya kecil bagi rakyat. Berilah perhatian kerana akhirnya orang akan menyalahkan kerajaan, seolah-olah kerajaan tidak prihatin langsung benda macam ini,” ujarnya lagi.
Menteri Besar menegaskan, beliau enggan berkonfrontasi dengan RAC tetapi rakyat akan dapat menilai dengan baik tindakan mereka untuk mengenakan caj parkir di stesen keretapi di seluruh negeri kelak.
“Kerajaan telah mewujudkan satu aliran transit yang baik, pengangkutan awam yang baik, jadi bila nak letak caj parkir, dia kena fikirkan kesesuaian lokasi itu, malah sebelum ini ada juga tempat yang tidak memerlukan caj. Jadi ambil perhatian, itu nasihat saya,” katanya lagi.
Semalam, Dr Zambry meminta RAC menangguhkan sementara keputusan untuk mengenakan caj parkir di stesen-stesen keretapi di negeri ini.
Beliau membuat saranan itu setelah menerima makluman bahawa stesen keretapi Tanjung Malim akan mengenakan caj parkir mulai Khamis (hari Ini).
Nazialita Geynna Maharan
Thu Sep 07 2017
Zambry selepas merasmikan Majlis Penutup Seminar Land Development Scenario: Issues and Challenges anjuran UiTM & Lembaga Perumahan Hartanah Negeri Perak sempena Perak Festival of Ideas di Ipoh hari ini. - Foto Astro AWANI
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.
Isu parkir: MB Pahang gagal memahami kehendak penduduk Cameron Highlands - Manogaran
M. Manogaran mendakwa Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengelirukan penduduk Cameron Highlands berhubung isu parkir kenderaan.
Pencemaran udara teruk, warga Delhi 'berkurung' dalam rumah sewaktu Krismas
Situasi pencemaran itu tidak akan berubah dalam masa sekurang-kurangnya tiga hari lagi susulan keadaan suhu udara sejuk.
Bermula Ogos, guru di Singapura wajib bayar caj parkir kereta dan motosikal di sekolah
Kadar bayaran tahunan pula adalah S$720 (RM2,133) bagi ruang terbuka, manakala S$960 (RM2,844) bagi tempat parkir berbumbung.
Tangguh caj parkir stesen KTM: Jangan main-main, kata Zambry
Menteri Besar Perak menasihatkan Perbadanan Aset Keretapi (RAC) untuk tidak mengambil mudah saranan beliau dalam menangguhkan keputusan mengenakan caj parkir di stesen.