KOTA BHARU: Pembayaran pampasan kepada lebih 1,000 jemaah umrah ekoran penangguhan sementara ibadah itu kerana kebimbangan terhadap varian Omicron COVID-19 bermula 8 Jan lepas, telah selesai diberikan pada Mac lepas.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata proses pembayaran diuruskan oleh Lembaga Tabung Haji (TH).
Beliau berkata mereka yang menerima pampasan telah memenuhi syarat ditetapkan sebelum ini termasuk dokumentasi berkaitan yang lengkap dengan perbelanjaan bagi pelaksanaan umrah.
"Antara syarat yang dikenakan adalah mereka perlu mengemukakan resit yang mereka telah bayar termasuk segala perbelanjaan yang berbukti namun telah hangus disebabkan penangguhan umrah.
"Kita berharap ia (bayaran pampasan) sekali gus meringankan beban mereka yang terpaksa menanggung kerugian akibat penangguhan pelaksanaan umrah," katanya.
Beliau ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kelantan di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.
Media sebelum ini melaporkan jemaah umrah akan menerima bayaran sagu hati RM1,671 seorang daripada kerajaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad dilaporkan berkata bayaran akan dikreditkan menggunakan akaun simpanan TH jemaah umrah bermula pada 18 Feb lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 12 2022

Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata proses pembayaran diuruskan oleh Lembaga Tabung Haji (TH). - Gambar fail

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Tindakan tegas terhadap sesiapa saja cuba timbul perpecahan dalam negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak sesekali cuba mencetuskan perpecahan di negara ini.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

Tangguh umrah: Pembayaran pampasan selesai Mac lepas - Ahmad Marzuk
Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata proses pembayaran diuruskan oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

Keputusan tangguh umrah untuk jaga nyawa rakyat - Perdana Menteri
Mesyuarat Khas Kabinet esok akan bincangkan isu penularan varian Omicron dalam kalangan jemaah umrah.

COVID-19: Jemaah reda tiga kali tangguh umrah
Salmahanim berkata, meskipun diuji sebanyak tiga kali, hasrat dan keinginannya untuk menjejak kaki ke Tanah Suci tidak pernah terhenti.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

COVID-19: Arab Saudi minta umat Islam tangguh persiapan haji dan umrah
Arab Saudi juga menghentikan semua penerbangan antarabangsa dan menyekat masuk dan serta keluar pergerakan ke beberapa bandar raya, termasuk Mekah dan Madinah.