KUALA LUMPUR: Pemegang konsesi projek Lebuhraya Bertingkat Damansara Shah Alam (DASH) dan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) bertanggungjawab terhadap semua pembayaran kepada kontraktor dan bukannya kerajaan.
Kementerian Kerja Raya (KKR), dalam kenyataan memaklumkan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) adalah pemegang konsesi bagi kedua-dua lebuh raya tersebut.
"KKR mengambil maklum tentang aduan beberapa kontraktor mengenai pembayaran lewat bagi kerja-kerja projek DASH. Kami juga mengambil maklum tentang kontraktor yang terjejas berikutan tunggakan bayaran bagi projek lebuh raya SUKE yang baharu dibuka.
"Di bawah perjanjian konsesi, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memiliki kuasa kawal selia bagi mengaudit bajet bagi lebuh raya tersebut dan melakukan intervensi," menurut kenyataan itu.
Justeru, KKR memaklumkan pihaknya sudah mengarahkan LLM untuk segera mengadakan pertemuan dengan pemegang konsesi, kontraktor dan subkontraktor yang terjejas bagi memastikan segala pembayaran tertunggak diselesaikan secepat mungkin seperti diarahkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Terdahulu pada Selasa, Ismail Sabri mengarahkan supaya sebarang hutang berkaitan projek lebuh raya DASH perlu dijelaskan.
Perdana Menteri berkata demikian bagi mengulas isu dakwaan hutang yang belum dibayar kepada sebilangan subkontraktor projek DASH berjumlah lebih RM80 juta yang menyebabkan subkontraktor terlibat dengan projek berkenaan mengalami kesukaran.
Lebuhraya DASH sepanjang 20.1 kilometer dengan 13 persimpangan keluar masuk dibuka mulai 12.01 tengah malam Jumaat lepas.
Persimpangan itu ialah Puncak Perdana, Alam Suria, Denai Alam, Kampung Melayu Subang, Pinggiran Subang, Subang Dua, Subang Airport, RRIM (Kwasa Damansara), Surian, Seksyen 5 Kota Damansara, Sunway Damansara, Damansara Perdana dan Penchala.
Ia menghubungkan tiga lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 18 2022

KKR memaklumkan Prolintas adalah pemegang konsesi bagi kedua-dua lebuh raya tersebut.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

PROLINTAS ambil maklum 'warga kerja' ditahan, komited kekalkan integriti
PROLINTAS ambil maklum beberapa warga kerja mereka ditahan reman oleh SPRM bagi membantu siasatan, kekal komited dengan integriti.

Teknologi terkini lebuh raya Prolintas pastikan keselesaan, keselamatan pengguna
Lebuh raya Prolintas juga mendapat penarafan mengikut Indeks Bangunan Hijau (GBI).

Kadar tol lebuh raya AKLEH, GCE, LKSA dan Kajang SILK turun 8 - 15 peratus
Pengurangan kadar tol ini membabitkan kenderaan Kelas Satu, Kelas Empat dan Kelas Lima di empat lebuh raya terbabit.

Tanggungjawab Prolintas bayar kontraktor DASH, SUKE, bukan kerajaan
KKR memaklumkan Prolintas adalah pemegang konsesi bagi kedua-dua lebuh raya tersebut.

Kutipan tol di Lebuhraya SUKE bermula tengah malam ini
Kutipan tol akan dikenakan kepada pengguna Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) bermula 12.01 tengah malam ini.

Papan tanda tambahan Lebuhraya SUKE akan ditambah baik
Papan tanda tambahan di persimpangan bercabang sepanjang Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang baharu beroperasi, akan ditambah baik agar tidak mengelirukan pengguna.

Operasi pembersihan perancah besi DASH dihentikan akibat hujan lebat - Prolintas
Datuk Mohammad Azlan Abdullah menjelaskan kerja-kerja pembersihan akan bersambung pada Isnin.

Tragedi kren SUKE: Prolintas patuh arahan LLM lantik juruadit bebas
Prolintas dan SUKE akan memberikan komitmen dan kerjasama penuh kepada juruaudit bebas tersebut dalam mengkaji punca sebenar kejadian.

Tragedi SUKE: Prolintas ambil tindakan tegas jika terbukti ada kecuaian
Prolintas memandang serius isu keselamatan awam dan pekerja di tapak pembinaan.

Konkrit hempap kereta: KKR arah tindakan tegas diambil
Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata insiden itu tidak seharusnya berlaku dan KKR tidak berkompromi dalam soal keselamatan serta nyawa orang ramai.