LUMUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Perak menahan sebuah bot nelayan tempatan (BNT) kelas B pada kedudukan 7.2 batu nautika barat laut Pulau Talang, sekitar jam 11 malam tadi.
Pengarahnya, Kepten Maritim Mohd Hambali Ya’akup berkata, tangkapan berkenaan dilakukan oleh bot ronda Maritim Malaysia.
Ia susulan aduan yang diterima daripada komuniti nelayan tempatan mengenai kehadiran bot pukat tunda di perairan Pantai Remis.
"Pasukan operasi Maritim Malaysia telah melakukan pemintasan ke atas bot terbabit dan pemeriksaan awal mendapati, bot itu dikendalikan oleh tiga kru termasuk tekong warga Thailand yang memiliki permit dan dokumen pengenalan diri yang sah dalam lingkungan umur 34 hingga 59 tahun.
"Hasil pemeriksanaan lanjut mendapati, terdapat 30 kilogram ikan di atas bot berkenan yang merupakan hasil tangkapan mereka menggunakan pukat tunda.
"Tekong dan kru disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen dengan melakukan aktiviti menangkap ikan kurang daripada jarak yang dibenarkan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Mohd Hambali berkata kesemua kru, bot dan hasil perikanan dibawa ke jeti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Sitiawan di sini untuk proses penahanan, siasatan dan tindakan lanjut oleh pegawai penguat kuasa Maritim Malaysia.
Dalam perkembangan berasingan, pada 13 Julai lalu sebanyak 53 unit bubu naga telah dirampas oleh pasukan operasi APMM Malaysia ketika membuat rondaan rutin di sekitar 2 batu nautika barat Pulau Talang, Perak.
Beliau berkata, bubu naga itu ditemukan terapung di permukaan air yang diikat pada pancang kayu, disyaki sebagai penanda lokasi yang dipasang oleh individu atau kumpulan nelayan yang tidak bertanggungjawab.
Jelasnya, penggunaan peralatan ini oleh nelayan merupakan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 Seksyen 11 (3) (b) kerana menggunakan alat menangkap ikan yang tidak dibenarkan dan mengancam ekosistem hidupan laut terutamanya di pesisir pantai.
Sebarang maklumat atau aduan jenayah maritim, orang ramai boleh menyalurkannya kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999.
Aida Aziz
Fri Jul 15 2022
Kesemua kru, bot dan hasil perikanan dibawa ke jeti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Sitiawan untuk proses penahanan, siasatan dan tindakan lanjut. - APMM Perak
PM Iraq mahu bekerjasama rapat dengan AMF
Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia' al-Sudani pada Khamis menyatakan aspirasi negaranya untuk memperkukuh kerjasama dengan Tabung Kewangan Arab (AMF) serta menegaskan sokongan pemerintahannya terhadap aktiviti organisasi itu.
Bank Jepun tingkat kadar faedah jangka pendek baharu
Bank Jepun mengambil keputusan untuk meningkatkan kadar faedah jangka pendeknya kepada 0.5 peratus berbanding 0.25 peratus sebelum ini. Perkara itu seperti yang dimaklumkan oleh Gabenor Bank Jepun, Kazuo Ueda dalam kenyataan pada Jumaat yang mana beliau melihat ini sebagai langkah yang bertepatan seiiring dengan ramalan yang dinyatakan oleh portal ekonomi perdagangan negara.
Patung Kapten Cook di Sydney disimbah cat merah
Polis Australia melancarkan siasatan pada Jumaat susulan patung pegawai tentera laut Britain James Cook dirosakkan di Sydney.
Presiden Mexico tolak semakan awal perjanjian AS-Mexico-Kanada
Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum berkata tidak ada keperluan untuk mempercepatkan semakan Perjanjian Amerika Syarikat-Mexico-Kanada (USMCA) yang dicadangkan oleh rakan sejawatannya dari AS Donald Trump.
Dua kebakaran baharu tercetus di San Diego, California
Dua kebakaran hutan baharu dilaporkan berlaku di San Diego, California, Amerika Syarikat dan pihak berkuasa giat melakukan operasi pemadaman bagi mengelakkan ia merebak ke kawasan lain.
Empat nama tebusan Israel diserahkan kepada pengantara
Empat nama warga Israel yang akan dibebaskan pada Sabtu akan diserahkan Hamas kepada pengantara.
Perkukuh nilai insan pelajar sebelum kejar kemajuan AI
Kepentingan nilai insan dalam kalangan pelajar hari ini harus diberi keutamaan terlebih dahulu sebelum mengejar kemajuan kecerdasan buatan (AI).
Malaysia curi peluang kongsi kehebatan ASEAN - PM
Malaysia terus menjadi tumpuan semasa Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland apabila diberi ruang khas menerangkan kekuatan ekonomi negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peluang itu dimanfaatkan beliau sebaik mungkin untuk menceritakan kehebatan ASEAN kepada ribuan tokoh dunia dan gergasi konglemerat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peluang itu dimanfaatkan beliau sebaik mungkin untuk menceritakan kehebatan ASEAN kepada ribuan tokoh dunia dan gergasi konglemerat.
Kemegahan ibu kota tiada nilai jika gerai jalanan tersisih - PM
Erti sebenar perancangan bandar yang berjaya adalah ia tidak mencipta jurang antara pendudukan orang kaya dan orang miskin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pencakar langit di ibu kota Kuala Lumpur tidak akan bermakna jika warung dan gerai di tepi jalan disisihkan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pencakar langit di ibu kota Kuala Lumpur tidak akan bermakna jika warung dan gerai di tepi jalan disisihkan.
Jemaah Menteri putus batalkan projek rintis WBB - Dzulkefly
Jemaah Menteri hari ini memutuskan untuk membatalkan projek rintis Waktu Bekerja Berlainan (WBB) bagi memberi laluan kepada kajian lebih mendalam dan menyeluruh.
EAIC terima memorandum isu ancam alam sekitar, kehidupan nelayan pantai negara
Memorandum itu menuntut tindakan segera menghentikan penggunaan pukat tunda yang mengakibatkan kekurangan sumber dan menimbulkan konflik.
Bot nelayan pukat tunda ditahan miliki alat komunikasi tidak berdaftar
Bot nelayan itu ditahan bot peronda PERKASA 1224 milik Maritim Malaysia semasa rondaan khas Op MARDOF di sekitar perairan Kuala Kedah.
Pengeluaran ketam di Malaysia 16,000 tan metrik tahun 2022
Pengeluaran ketam di negara ini daripada perikanan tangkapan dan akuakultur sebanyak 16,074.14 tan metrik tahun lepas dengan 15,740 tan menerusi hasil tangkapan.
Tangkap ikan di kawasan larangan: Bot pukat tunda, tiga kru warga Thailand ditahan
Susulan aduan yang diterima daripada komuniti nelayan tempatan mengenai kehadiran bot pukat tunda di perairan Pantai Remis.
JPNT tahan empat bot nelayan dalam Op Penyu
Pengunaan pukat jenis tersebut menjadi ancaman terbesar buat reptilia marin dan menjadi punca kematian penyu.
Pukat tunda, sampah punca kematian 12 penyu di Terengganu
Penguatkuasaan secara lebih meluas akan dilaksanakan bagi memastikan keadaan itu tidak berulang.
Operasi SAR nelayan hilang berhampiran Pulau Bidan ditangguhkan
Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, operasi berkenaan akan disambung semula pagi Ahad.
Nelayan hilang dipercayai terjatuh dari bot
Mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Rizal Ismail, 34, dan mempunyai sejarah penyakit sawan.
Pencarian nelayan asing jatuh laut ditangguh hingga ada petunjuk baharu
Menurut Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad, operasi tersebut ditamatkan setelah tiga hari dilaksanakan di kawasan seluas 191 batu nautika persegi.
Nelayan warga Thailand hilang di laut, jatuh bot pukat tunda
Mangsa, Supakorn Ruanggkaew berusia 48 tahun, dilaporkan keluar ke laut bersama empat lagi nelayan dengan menaiki sebuah bot pukat tunda.