KOTA MARUDU: Polis mengesahkan bahawa video berserta kenyataan yang tular berhubung kejadian tangkapan membabitkan suspek kes culik pelajar sekolah di Kota Marudu dan Pitas adalah palsu.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Zairolnizal Ishak berkata, video dan kenyataan yang tular mengenai perkara itu adalah berkaitan kes lain yang berlaku di sebuah kampung pada minggu lalu.
"Polis terkesan dengan beberapa pesanan ringkas yang tular melalui aplikasi WhatsApp yang mendakwa seorang lelaki yang mahu menculik pelajar sekolah di sekitar daerah ini dan Pitas telah ditangkap oleh polis dan turut juga ditularkan ialah satu rakaman video berdurasi 23 saat yang dikatakan merujuk kepada penculik tersebut.
"Pihak polis ingin mengesahkan bahawa perkara yang ditularkan adalah tidak benar sama sekali," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Katanya lagi, video yang ditularkan adalah dirakam oleh orang awam ketika polis melakukan tangkapan terhadap seorang lelaki yang juga suspek kerana menceroboh di kawasan pekarangan sebuah rumah di Kampung Marak Parak pada 11 Ogos lalu.
"Kes ini masih dalam siasatan dan suspek telah direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
"Sehubungan itu, pihak polis ingin menasihatkan supaya orang ramai menghentikan penyebaran mesej dan video itu kerana ia berita yang tidak benar serta boleh menimbulkan kegusaran kepada awam," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Aug 15 2022

Tangkapan suspek yang ditularkan di aplikasi WhatsApp bukan berkaitan kes culik pelajar sekolah, sebaliknya berkaitan kes pecah rumah. - Gambar tular
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Polis Kedah tingkatkan kawalan di sekolah elak kejadian culik
Unit Kereta Peronda dan Unit Rondaan Bermotosikal akan melakukan pematauan dan rondaan dua kali setiap hari di sekolah-sekolah.

Tangkapan suspek tular bukan libat kes culik pelajar
Video yang ditularkan adalah ketika polis melakukan tangkapan terhadap seorang lelaki kerana menceroboh di kawasan sebuah rumah.