KUALA LUMPUR: Malaysia perlu mencontohi Taiwan yang berjaya mengawal penularan pandemik COVID-19 tanpa menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (lockdown), kata Ahli Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman.
Menurut Dr Adeeba, tiga buah negara lain yang juga berjaya mengawal penularan pandemik ini termasuklah Vietnam, Bhutan dan sebuah negara paling miskin di Afrika, Rwanda.
Beliau menjelaskan, antara yang dilakukan oleh Taiwan ialah semua pihak bekerjasama ketika berdepan ancaman COVID-19.
"Mereka menutup sempadan. Kedua, mereka juga menggunakan teknologi digital secara sangat menyeluruh. Jadi, ujian, pengesanan kontak, isolasi dan semua ini disokong oleh teknologi digital.
"Ketiga, mereka betul-betul menghayati semua pendekatan masyarakatnya, semua agensi bekerjasama termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli akademik bekerjasama," katanya ketika ditemubual Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar dalam program Sinar Live pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai negara-negara yang tidak menjalankan perintah sekatan pergerakan atau 'lockdown' tetapi ekonomi mereka bergerak seperti biasa dan impak mereka yang dijangkiti tidak seteruk seperti dijangkakan.
Dr Adeeba menjelaskan, Malaysia juga boleh mempelajari daripada negara lain seperti Vietnam selain dengan pendekatan yang diambil oleh Bhutan dan Rwanda iaitu mobilisasi akar umbi.
"Ya, Rwanda adalah sebuah negara miskin di Afrika. Rwanda selepas mengalami kesukaran namun mereka bangkit membina (semula) sistem kesihatan, bukan sahaja untuk respons COVID-19 tetapi mereka juga adalah negara contoh dalam menangani HIV," kata Dr Adeeba lagi.
Astro Awani
Wed Jun 02 2021

Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman menegaskan, antara yang dilakukan oleh Taiwan ialah semua pihak bekerjasama ketika berdepan ancaman COVID-19. - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Dr Adeeba dinobat sebagai Tokoh Akademik Negara
Pakar Penyakit Berjangkit Negara, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman telah dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Negara.

Malaysia hilang 30 graduan perubatan UM kepada Singapura setiap tahun - Dr Adeeba
Setiap tahun, 30 graduan perubatan terbaik Universiti Malaya mencari peluang yang lebih baik di negara jiran, Singapura.

Hapuskan ketidaksamaan untuk lenyapkan AIDS -Dr Adeeba
Stigma dan diskriminasi menjadi penghalang yang tidak diperlukan kepada perkhidmatan rawatan, pencegahan dan penjagaan HIV.

Dr Adeeba dilantik Pesuruhjaya Suruhanjaya Global berkaitan dadah
Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman merupakan rakyat Malaysia pertama memegang jawatan Pesuruhjaya Suruhanjaya Global Polisi Dadah.

MAF komited tangani peningkatan kes HIV, AIDS - Dr Adeeba
Sebelum ini MAF alami kekangan untuk melaksanakan program berkaitan berikutan banyak pihak yang terlibat membantu memerangi COVID-19.

Peralihan ke endemik: Waspada, jangan ambil mudah - Pakar Kesihatan
Malaysia telah memasuki Fasa Peralihan ke Endemik sejak 1 April yang menyaksikan pembukaan semula banyak sektor dan aktiviti ekonomi serta kehadiran orang ramai.

Tanpa 'lockdown', Taiwan berjaya kawal penularan COVID-19, kata Dr Adeeba
Tiga negara lain yang berjaya mengawal penularan COVID-19 ialah Vietnam, Bhutan dan sebuah negara paling miskin di Afrika, Rwanda.

Jangan hanya tumpu bentuk imuniti kelompok, perlu vaksin seramai mungkin - Dr Adeeba
Dr Adeeba berkata apa yang penting dalam program vaksin kebangsaan adalah untuk melindungi mereka yang berisiko dijangkiti COVID-19 yang teruk.

Agong bangga atas pelantikan Dr Adeeba sebagai anggota Majlis Sains WHO
Pakar penyakit berjangkit negara Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman atas pelantikan menjadi anggota Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dr Christopher Lee diangkat sebagai Presiden Majlis AIDS Malaysia baharu
Perkara itu disahkan oleh Dekan Perubatan Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman menerusi Twitter rasminya.