KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon berdepan kemungkinan tercicir mata susulan persiapan kurang ideal menjelang aksi menentang Oman, pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 di Muscat bulan ini.
Pemerhati bola sepak tempatan Datuk Pekan Ramli berkata perkara itu dipengaruhi tahap kecergasan barisan pemain yang ketika ini menjadi persoalan selepas Liga Malaysia (Liga-M) 2024/25 ditetapkan bermula pada Mei ini dengan beberapa pasukan baru memulakan latihan pramusim.
Menambah kebimbangannya apabila terdapat khabar angin bahawa pasukan kebangsaan tidak akan bermain satu pun perlawanan persahabatan antarabangsa sebelum bertemu Oman.
"Peluang (layak ke pusingan ketiga) kita sangat baik, kita menang dua aksi pertama tapi selepas Piala Asia 2023 seolah-olah pasukan diberi rehat terlalu lama, keduanya nampak seperti kita tak akan main perlawanan kompetitif sebelum lawan Oman. Seperti kita tak serius dan tak bersedia, ini merisaukan.
"Walaupun Oman ada perubahan ketua jurulatih tapi liga mereka berjalan, jadi pemain-pemainnya berada dalam suasana kompetitif manakala liga kita pula sedang berehat. Jadi perancangan perlu ada, kalau kita gagal buat perancangan, bermakna kita merancang untuk gagal," katanya kepada Bernama hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata Malaysia sekurang-kurangnya perlu meraih keputusan seri di Muscat 21 Mac ini dan meraih kemenangan apabila Oman bertandang ke sini pada 26 Mac, bagi mengelakkan pasukan menghadapi tekanan yang boleh menjejaskan peluang ke pusingan ketiga.
"Daripada enam mata kita perlu dapatkan empat untuk memastikan peluang kita layak lebih terjamin, kalau kita kalah di Muscat pasukan akan berdepan tekanan yang lebih tinggi bila Oman datang ke sini," katanya.
Turut senada jurulatih Sabah FC yang juga bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan Datuk Ong Kim Swee, yang menyifatkan sekurang-kurangnya satu perlawanan persahabatan akan membantu pasukan negara untuk menghadapi Oman di Muscat.
Namun, Kim Swee berkata prestasi para pemain ketika berjaya mencipta kejutan dengan mengikat Korea Selatan 3-3 pada aksi terakhir Kumpulan E Piala Asia 2023 di Doha, Qatar Januari lepas, membuktikan Malaysia mampu bersaing dengan satu daripada pasukan terbaik Asia.
"Saya percaya Pan Gon banyak perancangan, pertama beliau ingin dapatkan pemain yang cergas sepenuhnya, kedua dari segi taktikal di mana saya jangkakan tiada masalah di mana pemain tunjang utama skuad kali ini merupakan pemain-pemain yang beraksi di pentas Piala Asia.
"Jadi (menentang Oman) bukan satu tugas mudah tapi sekurang-kurangnya kita mampu mendapatkan satu mata jika dapat sekurang-kurangnya satu perlawanan persahabatan," kata bekas Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berusia 53 tahun itu.
Bernama difahamkan skuad Harimau Malaya akan bermain dua perlawanan pemanas badan secara tertutup dalam tempoh kem latihan pusat di Wisma FAM di Kelana Jaya yang bermula Jumaat ini, namun belum ada pengumuman rasmi berhubung perkara itu.
Malaysia berada pada landasan tepat untuk mencipta sejarah layak ke pusingan ketiga pusingan Kelayakan Piala Dunia/ Piala Asia buat julung kali apabila kini mendahului saingan Kumpulan D dengan kelebihan tiga mata berbanding Oman.
Anak buah Pan Gon merakam dua kemenangan masing-masing ke atas Kyrgyzstan 4-3 dan Taiwan 1-0 tahun lepas untuk menerajui saingan kumpulan, sementara Oman di kedudukan kedua berkongsi mata dengan Kyrgyzstan manakala Taiwan tercorot tanpa sebarang mata.
Oman dibimbing pengendali baharu Jaroslav Silhavy dari Republik Czech yang menggantikan jurulatih kelahiran Croatia Branko Ivankovic, susulan persembahan pasukan itu yang mengecewakan di pentas Piala Asia 2023 selepas gagal layak ke pusingan 16 terbaik.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 06 2024

Perkara itu dipengaruhi tahap kecergasan barisan pemain yang ketika ini menjadi persoalan selepas Liga-M 2024/25 ditetapkan bermula pada Mei. - Gambar fail

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.

Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.

Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.

Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.

Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.

Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.

Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.

'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.

Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.

Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.

Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.