PEMEGANG ranking nombor 1 keirin dunia, Azizulhasni Awang mendedahkan beliau pernah digugurkan daripada program pelapis di Sekolah Sukan Bukit Jalil pada usia 18 tahun.
Bagaimanapun, atlet itu tetapi diselamatkan oleh Ketua Jurulatih Kebangsaan ketika itu, Datuk Ng Joo Ngan setelah legenda berbasikal itu membuat rayuan.
Menyifatkan kehadiran Joo Ngan sebagai 'bantuan dari langit', "The Pocketrocketman" juga juga menyifatkan ikon sukan berbasikal negara itu sebagai seorang 'figura ayah' buatnya.
"Ketika saya hampir lemas dengan ombak ujian yang membantai diri saya, saya menerima suatu nafas baru. Ade bantuan dari langit. Sungguh tidak disangka.
"Seorang manusia yang tidak ada apa-apa kaitan dengan saya, datang menghulurkan bantuan. Insan itu adalah seorang yang saya panggil ‘Uncle Joo Ngan," cerita Azizulhasni dalam entri di Facebook bertajuk 'Al-kisah seorang Cina' baru-baru ini.
"Saya yang ketika itu menetap di asrama atlet, telah ditarik segala kemudahan yang diberikan. Bermaksud asrama tempat penginapan ditarik balik, akses ke dewan makan juga di tarik balik dan begitu juga dengan kemudahan latihan. Ketika itu saya hilang segala-galanya.
"Saya juga tidak memberitahu emak akan berita ini. Saya tak nak emak saya risau dan sedih. Saya masih ingat yang saya berjanji dengan emak sebelum ke SSBJ yang saya akan jadi atlet negara suatu hari nanti dan juga tidak abaikan pelajaran. Bayangkan kalau dia tahu, sudah tentu hancur lebur hatinya," ceritanya.
Kisah silam permulaan kehidupannya sebagai ahli sukan sebelum membina kemasyhuran sehingga disegani di peringkat dunia diceritakan secara bersiri dalam Facebook peribadinya sejak 25 hingga 31 Januari lalu.
Beliau mengakui Joo Ngan bukanlah jurulatihnnya tetapi sanggup menawarkan tempat tinggal dan membuat rayuan agar beliau dikekalkan.
"Tapi kerana murninya hati seseorang itu bukan bergantung kepada warna kulit, bangsa mahupun agama, Uncle (Joo Ngan) tampil menawarkan saya untuk tinggal di rumah nya buat sementara waktu.
"Saya rasa sungguh bersyukur dan terharu atas bantuan yang diberikan, juga tidak menyangka Uncle (Joo Ngan) merayu kepada pihak atasan supaya memberikan saya peluang kedua, tanpa pengetahuan saya," tulis Azizulhasni lagi.
Beliau juga mengakui pernah dihalau apabila cuba untuk makan di kantin SSBJ dan kantin Majlis Sukan Negara (MSN) apabila digugurkan daripada sekolah program pelapis di SSBJ.
Namun, takdir mengubah segala-galanya apabila beliau akhirnya mendapat tawaran menyertai pasukan elit setelah berjaya memenangi tiga emas dan satu perak dalam Kejohanan Berbasikal Trek Asia 2006.
"Untuk makluman anda semua, saya telah mencipta suatu sejarah dalam arena sukan lumba basikal pada masa itu. Saya telah memenangi tiga pingat emas untuk kesemua acara individu saya iaitu Sprint, Keirin dan 1km ujian masa, manakala perak untuk acara Pecut Berpasukan, itupun kerana tayar salah seorang dari rakan pasukan pancit ketika perlumbaan final untuk pingat ema," katanya lagi.
Azizulhasni menerusi cerita peribadi yang dimuat naik menerusi lima siri dapat dijadikan motivasi kepada semua pembaca yang mungkin menghadapi pelbagai jenis ujian dalam kehidupan masing-masing.
Shafizan Johari
Sat Feb 08 2020
Azizulhasni Awang turut berkongsi fotonya semasa berusia 19 tahun ketika pertama kali melawat Australia pada 2007. - Gambar Facebook Azizulhasni Awang.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Fahmi ingatkan rakyat di kawasan berisiko supaya waspada
Rakyat di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diingatkan untuk berwaspada dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat luruan monsun.
Malaysia terus perkukuh kedudukan sebagai destinasi utama - Fahmi
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama pelaburan asing apabila Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menyatakan komitmen untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Proses penyelesaian projek Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) masih di peringkat ujian pelbagai fasa.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Bahan mentah ada sijil halal JAKIM - Syarikat pembekal
Syarikat pembekal sandwich kontroversi, Shake And Bake Cafe Sdn Bhd mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Ringgit akhiri 2024 catat prestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia
Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.
Trump kembali ke White House, Asia saksikan peralihan kepimpinan utama dalam 2024
Tahun 2024 menyaksikan peralihan kepimpinan besar di seluruh dunia, termasuk kepulangan bersejarah Donald Trump ke White House.
Pembangunan rangkaian rel kereta api Malaysia-China diharap dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat - Loke
Kementerian Pengangkutan berharap perancangan pembangunan rangkaian rel kereta api yang menghubungkan Malaysia dan China dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat, kata menterinya, Anthony Loke.
Taylor’s University terus cemerlang, lonjak lima anak tangga QS Asia University Rankings 2025
Taylors University melonjak lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.
Muhammad Azeem mahu jadi Raja Pecut Asia 2025
Katanya, beliau kini dalam fasa transisi perubahan corak latihan di bawah kendalian Ken Harden yang dijangka beri kesan positif terhadap prestasinya.
Sumbangan Tunku Abdul Rahman di peringkat ASEAN, antarabangsa amat besar - Arkib
Generasi sekarang mungkin sekadar mengingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj sebagai pejuang kemerdekaan dan pembentukan negara, dan seterusnya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Pasaran saham Asia menjunam akibat kebimbangan kemelesetan di Amerika Syarikat
Pasaran saham utama di Asia mengalami kejatuhan besar pada Isnin akibat kebimbangan bahawa Amerika Syarikat mungkin menuju kemelesetan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global
Lima indikator negatif tersebut termasuk faktor geopolitik (79 peratus), paras hutang (68 peratus) dan polarisasi sosial (65 peratus).
Qatar tawar insentif lebih RM11 bilion untuk pelabur luar sertai agenda transformasi digitalnya
Qatar tawar QR9 bilion (lebih RM11 bilion) untuk pelabur sertai agendanya membuat transformasi digital, termasuk AI dan bahasa Arab.