Sokongan tidak berbelah bahagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik Datuk Zainol Fadzi Paharuddin kepada kerajaan Pakatan Harapan merupakan sebab utama pentadbiran negeri dapat dibentuk pada hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Multimedia, Komunikasi, NGO dan Pembangunan Koperasi negeri, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata tanpa sokongan tersebut kemungkinan kerajaan Perak hari ini masih lagi menjadi impian para penyokong.
Malah, beliau berkata, Zainol juga tidak pernah sesekali mendesak jawatan bagi portfolio exco negeri berikutan memahami hakikat bahawa kehadirannya agak terlewat menyertai perjuangan Pakatan Harapan Perak.
“Ada kalangan penyokong yang marahkan pelantikan beliau sebagai Penasihat Kepada Menteri Besar Perak.
"Mungkin ada yang seakan terlupa bahawa tindakan beliau telah membolehkan Kerajaan Pakatan Harapan tertubuh di negeri Perak,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Hasnul dalam pada itu turut mengingatkan bahawa barisan exco kerajaan negeri yang diterajui Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu mempunyai tujuan jelas dalam pentadbiran dengan sentiasa menitikberatkan agenda rakyat tanpa diganggu gugat pihak berkepentingan.
ADUN Titi Serong itu berkata, kepimpinan negeri juga sentiasa bersikap peka dengan keresahan rakyat dan pastinya tidak mahu peristiwa rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat berulang semula, merujuk kes yang berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Menyentuh mengenai peristiwa pada PRU14 yang menyaksikan kemenangan Pakatan Harapan, Hasnul berkata beliau menyaksikan sendiri penyokong bersorak gembira apabila berjaya menubuhkan kerajaan di Perak, malah bersyukur apabila doa mereka dimakbulkan.
“Ada kalangan rakan-rakan seperjuangan kita yang telah terkandas di tengah jalan, menodai perjuangan yang telah digenggam erat sebagai jihad menentang kemungkaran.
“Ada juga kalangan kita yang hanya tersedar apabila sakit terhantuk hentakan realiti kemahuan rakyat. Yang pastinya, mereka tersedar.
“Tiba masanya rakyat perlu bersama-sama dengan kerajaan Perak untuk menjadi mata dan telinga bagi memperbetulkan segala kerosakan yang telah dilakukan kerajaan BN sebelum ini,” ujarnya lagi.
Semalam, Zainol diumumkan sebagai penasihat MB Perak. Pelantikan beliau mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah selain dipersetujui Majlis Pakatan Harapan Perak.
Nazialita Geynna Maharan
Sat Jun 09 2018

Hasnul berkata, Zainol (gambar) tidak pernah sesekali mendesak jawatan bagi portfolio exco negeri berikutan memahami hakikat bahawa kehadirannya agak terlewat menyertai perjuangan Pakatan Harapan Perak. - Gambar fail

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang
Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.
Indonesia benar pegawai sandang jawatan agensi negeri
15 agensi negeri di Indonesia dikenal pasti untuk anggota tentera menyandang peranan kepimpinan.

GT Jepun akhirnya kembali ke bumi Malaysia selepas 12 tahun
Selepas 12 tahun, Siri perlumbaan Super GT akhirnya akan bakal kembali menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang, Jun ini.
Indonesia gesa bonus pemandu e-hailing dan kurier
Kerajaan Indonesia menggesa syarikat pengangkutan dan perkhidmatan penghantaran memberikan bonus Aidilfitri.
Malaysia perkukuh rantaian bekalan dengan negara ASEAN
Malaysia berusaha mengukuhkan rantaian bekalan sektor semikonduktor dengan negara anggota ASEAN.
Pantau Agenda Reformasi: TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri
Bersama Prof Madya Dr Nor Lisa Sulaiman, Ketua Pusat Advance Centre for Technical and Vocational Education (ACTiVE), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia membincangkan tentang TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri.
Indonesia lancar program sekolah rakyat bantu murid miskin
Program sekolah rakyat bakal menyediakan pendidikan percuma kepada murid daripada keluarga miskin.
Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
Vietnam mencatatkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 7.2 peratus dalam indeks pengeluaran perindustrian atau IIP untuk dua bulan pertama 2025.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia perkukuh hubungan perdagangan
Bagi perniagaan Jerman yang ingin menembusi pasaran Asia Tenggara, Malaysia menyediakan pintu masuk utama untuk berinteraksi dengan pasaran ASEAN.

Sultan Selangor titah ADUN fokus perkara penting, elak besarkan perkara remeh
Baginda juga bertitah agar ADUN menghindari sebarang tindakan kurang sopan atau membesarkan perkara remeh.

BDDA peruntuk RM60 juta perhebat transformasi Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan - Uggah
Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan memperuntukkan sebanyak RM60 juta tahun depan untuk memperhebat usaha menjadikan kawasan DUN Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan.

DUN Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 - Ruddy Awah
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video pernah bertemu SPRM minta perlindungan
Peguam individu terlibat dengan penyebaran video yang didakwa berkaitan isu rasuah melibatkan seorang ADUN pernah mengadakan pertemuan dengan SPRM untuk mendapatkan perlindungan.

Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.

Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.

Tiada aduan dakwa ADUN bincang rasuah ratusan ribu ringgit - Azam Baki
Tiada sebarang aduan diterima berkaitan rakaman audio didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit setakat ini.

Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.

Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf
Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.