Lagu kanak-kanak 'Tanya Sama Pokok' menjadi kurniaan paling istimewa daripada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong kepada kanak-kanak sindrom down Syafirah Hanum Chik di Taman Sri Keramat di sini, hari ini.
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyanyikan lagu itu selepas ibu Syafirah Hanum, Salmah Ali menyembah maklum anaknya amat meminati lagu tersebut.
Salmah, 59 tahun, yang merupakan bekas pembantu tadika mengakui beliau kelu sebaik sahaja Tunku Azizah secara spontan melagukan rangkap pertama lagu itu sebelum mengajak Sultan Abdullah untuk turut sama menyanyikan lagu popular kanak-kanak tersebut.
"Baginda berdua tersenyum apabila melihat Syafirah Hanum memberi reaksi apabila mendengar lagu itu ... saya sendiri berasa sayu dengan apa yang berlaku di depan mata. Ini rezeki anak yang menjemput kedatangan individu paling penting negara.
"Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkali-kali berpesan supaya saya bersabar menjaga anak. Seri Paduka beritahu Syafirah Hanum ialah anak syurga dan akan menarik ibu bapanya ke syurga kelak," katanya kepada pemberita semasa ditemui di rumahnya di sini, hari ini.
Syafirah Hanum, 23 tahun, merupakan seorang daripada tiga pesakit kronik di Taman Sri Keramat yang bertuah menerima kunjungan Sultan Abdullah dan Tunku Azizah yang berkenan mencemar duli ke daerah Maran di sini, hari ini.
Salmah berkata Tunku Azizah juga menyatakan hasrat berkenan mengurniakan buku mewarna kepada anak bongsu daripada lima beradik itu, selepas dimaklumkan Syafirah Hanum gemar melakukan akiviti itu, bagi menghabiskan masa setiap hari.
Katanya, Syafirah Hanum yang kini hanya terlantar di katil akibat sakit sejak 29 Mei 2013 akan meniarap untuk mewarna menyebabkan mereka sekeluarga sering membelikan buku aktiviti itu bagi menggembirakan hati anaknya.
Sementara itu, pesara Mohd Yusof Mohd Idris, 78, mengakui agak sukar untuk percaya apabila ahli jawatankuasa taman perumahan itu memaklumkan Seri Paduka berkenan mencemar duli ke rumahnya untuk menziarah isteri Som@Salmah Omar, 71, yang lumpuh akibat angin ahmar.
Katanya, perkara itu dimaklumkan semalam, dan sejak itu beliau sibuk membuat persiapan bagi memastikan rumahnya 'sesuai untuk menerima kedatangan pembesar', kerana ia merupakan kali pertama mereka menerima kunjungan pemimpin.
"Saya sendiri pun tidak begitu sihat...tapi hilang segala sakit dan penat bila mendengar yang hendak berkunjung ini Agong dan Permaisuri. Tak pernah mimpi pun dapat terima kunjungan baginda berdua.
"Saya terharu apabila Tunku Azizah yang memegang tangan isteri, merasa katil khas yang digunakan isteri seperti tidak berfungsi sepenuhnya, menyebabkan Sultan Abdullah menitahkan supaya pihak kesihatan yang ada di situ untuk terus membuat pemeriksaan," katanya.
Bernama
Fri Aug 16 2019
!['Tanya Sama Pokok' kurniaan istimewa Agong, Permaisuri 'Tanya Sama Pokok' kurniaan istimewa Agong, Permaisuri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/51565947486_TBAGONGLAWATSINDROM.jpg)
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![#AgongKita: Biodata Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah #AgongKita: Biodata Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721454716_RajaPermaisuriAgon.jpg)
#AgongKita: Biodata Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah
Raja Zarith Sofiah merupakan seorang kerabat diraja yang bergiat aktif dalam pelbagai kerja kebajikan, khususnya melalui platform badan bukan kerajaan (NGO).
![#AgongKita: 14 laluan yang ditutup akan dibuka secara berperingkat #AgongKita: 14 laluan yang ditutup akan dibuka secara berperingkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721435769_PertabalanAgongSu.jpg)
#AgongKita: 14 laluan yang ditutup akan dibuka secara berperingkat
Sebanyak 14 laluan yang ditutup sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17, akan dibuka secara berperingkat, kata Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
![#AgongKita: Apa perlu kita tahu tentang muskat persalinan kebesaran Yang di-Pertuan Agong #AgongKita: Apa perlu kita tahu tentang muskat persalinan kebesaran Yang di-Pertuan Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721444516_PertabalanAgong.jpg)
#AgongKita: Apa perlu kita tahu tentang muskat persalinan kebesaran Yang di-Pertuan Agong
Muskat adalah persalinan Istiadat Diraja yang dipakai pada istiadat tertentu seperti pertabalan, pembukaan penggal Parlimen dan lawatan rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke luar negara.
![#AgongKita: Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong tumpuan Astro AWANI hari ini #AgongKita: Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong tumpuan Astro AWANI hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721434154_PertabalanAgongSu.jpg)
#AgongKita: Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong tumpuan Astro AWANI hari ini
Singgahsana Istana Negara hari ini menjadi tumpuan rakyat Malaysia bagi Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17.
![#AgongKita: Lontong, teh tarik ais Midway R&R Dusun Panti santapan pagi kegemaran Sultan Ibrahim #AgongKita: Lontong, teh tarik ais Midway R&R Dusun Panti santapan pagi kegemaran Sultan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721300939_SultanIbrahimAgon.jpg)
#AgongKita: Lontong, teh tarik ais Midway R&R Dusun Panti santapan pagi kegemaran Sultan Ibrahim
Keprihatinan dan keramahan Yang Dipertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar terhadap rakyat Johor, tidak hanya dapat diukur menerusi program Kembara Mahkota Johor (KMJ).
!['Saya tinggalkan satu mata dan satu telinga di Johor, jangan terkejut, saya tiba-tiba menjelma' - Agong 'Saya tinggalkan satu mata dan satu telinga di Johor, jangan terkejut, saya tiba-tiba menjelma' - Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706675959_TBagongbarujpg.jpg)
'Saya tinggalkan satu mata dan satu telinga di Johor, jangan terkejut, saya tiba-tiba menjelma' - Agong
Sultan Ibrahim mengingatkan penduduk Johor bahawa Baginda akan senantiasa pulang ke Johor kerana itu adalah kampung Baginda.
![Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61706770672_tbHARIWILAYAHPERSE.jpg)
Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan.
![#AgongKita: Sultan Ibrahim terima menghadap PM Anwar di Istana Negara #AgongKita: Sultan Ibrahim terima menghadap PM Anwar di Istana Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61706768931_TBAgong.jpg)
#AgongKita: Sultan Ibrahim terima menghadap PM Anwar di Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara.
![Anwar merafak sembah tahniah Sultan Ibrahim sebagai Agong ke-17 Anwar merafak sembah tahniah Sultan Ibrahim sebagai Agong ke-17](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706685570_TBAgongjpg.jpg)
Anwar merafak sembah tahniah Sultan Ibrahim sebagai Agong ke-17
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
![Latihan ketenteraan bentuk jati diri, kewibawaan Sultan Ibrahim sebagai ketua utama negara Latihan ketenteraan bentuk jati diri, kewibawaan Sultan Ibrahim sebagai ketua utama negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706684297_TBSultanIbrahim.jpg)
Latihan ketenteraan bentuk jati diri, kewibawaan Sultan Ibrahim sebagai ketua utama negara
Latihan ketenteraan yang dijalani Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah membentuk jati diri dan kewibawaan tinggi dalam diri Seri Paduka Baginda.