TELUK INTAN: Pengurusan Maahad Tahfiz Wa Dirasah Al-Islamiah dekat Langkap di sini meminta campur tangan kerajaan negeri berhubung pembinaan sebuah rumah di hadapan pintu masuk sekolah itu sejak bulan lalu.
Pengetua maahad, Suhaimi Abdul Hamid berkata, kedudukan binaan itu bukan sahaja berbahaya, malah tidak masuk akal kerana terlalu hampir dengan pagar utama yang menjadi laluan keluar masuk pelajar dan guru.
Menurutnya, sehingga kini pengurusan sekolah tidak mempunyai kuasa untuk menghalang pembinaan kerana tapak tersebut telah dijadikan lot tanah pemilikan individu.
"Maahad ini dibuka sejak 2004 lagi dan inilah satu-satunya laluan utama yang kami gunakan sampai sekarang.
"Sehinggalah baru-baru ini datang lori bawa alat-alat binaan dan turunkan barang-barang, buat kami terkejut.
"Apabila disemak rupanya ada orang nak bina rumah betul-betul di depan sekolah, ini bukan sahaja mengundang rasa tidak selesa, tak masuk akal pun ya," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata, satu surat bantahan telah dikemukakan kepada Menteri Besar Perak pada 7 Julai lepas bagi menangguhkan pembinaan rumah tersebut.
Katanya, pembinaan itu jika diteruskan menimbulkan kesulitan kepada pihak sekolah kerana telah menghalang jalan masuk dan menutup bahagian utama sekolah.
"Ini isu pendidikan, kalau boleh jangan sampai pembelajaran anak-anak di sini terganggu.
"Sekiranya diperlukan buat laluan masuk baharu pun akan ambil masa lama kerana semua kawasan persekitaran maahad ini telah didirikan bangunan," katanya.
Mengulas lanjut, Suhaimi berkata, pada 2005 pengurusan maahad telah memulakan inisiatif awal mengemukakan permohonan untuk menggunakan lot tersebut sebagai jalan masuk.
Bagaimanapun jelasnya, permohonan itu tidak pernah menerima sebarang maklum balas daripada mana-mana pihak.
"Kami suarakan bantahan kerana rasa tidak adil, tanpa makluman tanah itu sudah ada pemilik. Sebenarnya kalau mahu dijual lot tersebut, penanung sekolah sanggup beli," katanya.
Operasi maahad tahfiz berkenaan diselia Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) yang melantik jemaah pengurusan untuk menangani sebarang masalah membabitkan 120 pelajar dan 17 guru.
Semua pelajar adalah dalam kalangan lelaki dengan sebahagian besar anak Perak dan beberapa negeri lain antaranya dari Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan serta Pahang. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jul 13 2023
!['Tapak bina rumah tak masuk akal' 'Tapak bina rumah tak masuk akal'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689214947_TapakRumah.jpg)
Pengurusan Maahad Tahfiz Wa Dirasah Al-Islamiah mohon keprihatinan kerajaan negeri menyelesaikan isu pembinaan sebuah rumah di hadapan pintu masuk sekolah itu sejak bulan lalu. - Foto Sinar Harian
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
!['Tapak bina rumah tak masuk akal' 'Tapak bina rumah tak masuk akal'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689214947_TapakRumah.jpg)
'Tapak bina rumah tak masuk akal'
Pengetua maahad mendakwa, kedudukan binaan itu terlalu hampir dengan pagar utama yang menjadi laluan keluar masuk pelajar dan guru.