GUA MUSANG: Lebih 1,000 penduduk di Projek Penempatan Masyarakat Setempat (PPMS) Kesedar Sejahtera, di sini resah susulan penemuan beberapa kesan dipercayai tapak kaki harimau di kawasan ladang sawit, kira-kira 200 meter dari penempatan mereka.
Seorang penternak Mohd Nordin Hashim, 39, berkata dia menemukan kesan tapak kaki itu ketika berada di Ladang Chin Teck, kira-kira 8.30 malam, Sabtu.
"Dua hari lepas sudah ada penduduk yang melihat kelibat harimau berhampiran kawasan ini. Keadaan ini menimbulkan ketakutan kepada penduduk dan bimbang ternakan mereka seperti lembu dan kambing akan menjadi mangsa haiwan liar itu.
"Kami juga bimbangkan keselamatan penduduk yang adakalanya masuk ke kawasan ladang untuk mencari daun pisang dan melepaskan ternakan mereka," katanya kepada pemberita di Ladang Chin Teck pada Ahad.
Zainuri Salleh, 45, berkata dia terkejut apabila menerima maklumat mengenai penemuan kesan tapak kaki harimau menerusi kumpulan WhatsApp perumahannya.
"Saya mengingatkan anak supaya berhati-hati menunggang motosikal ke sekolah pagi ini. Walaupun kesan tapak kaki itu dijumpai di kawasan ladang, kita perlu berjaga-jaga kerana lokasinya sangat dekat dengan rumah penduduk," katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Galas Mohd Syahbuddin Hashim berkata beliau mengetahui mengenai penemuan kesan tapak kaki itu menerusi perkongsian WhatsApp yang tular sejak malam Sabtu.
"Lokasi penemuan adalah di kawasan Galas dan berhampiran dengan penempatan penduduk, jadi kita berharap tindakan pantas daripada pihak berwajib dapat dilaksanakan sewajarnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 19 2023

Lebih 1,000 penduduk di Projek Penempatan Masyarakat Setempat (PPMS) Kesedar Sejahtera, resah susulan penemuan beberapa kesan dipercayai tapak kaki harimau di kawasan ladang sawit, kira-kira 200 meter dari penempatan mereka. - Gambar hiasan

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.

Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.

Tapak kaki harimau ditemukan, penduduk berjaga-jaga
Seorang penternak berkata dia menemukan kesan tapak kaki itu ketika berada di Ladang Chin Teck, kira-kira 8.30 malam, Sabtu.

Penemuan tapak kaki harimau gemparkan penduduk
Penduduk Kampung Seberang Lembaga dan sekitar RPT Kesedar Sungai Terah, di Gua Musang, digemparkan dengan penemuan beberapa kesan dipercayai tapak kaki harimau.

Perhilitan sahkan penemuan tapak kaki harimau di Felda Ulu Tebrau
Perhilitan Johor mengesahkan tapak kaki haiwan liar yang ditemukan di kebun kelapa sawit di Felda Ulu Tebrau, dipercayai tapak kaki harimau.

Gambar tular bukan tapak kaki harimau belang
Ia berdasarkan siasatan yang dijalankan pihaknya di lokasi penemuan tapak kaki tersebut berhampiran sebuah kampung di Batu Kikir, Jempol.