NIBONG TEBAL: Tapak pelupusan sampah Pulau Burung terbakar lagi malam tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 10.34 malam.
Dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal dan Sungai Bakap, bersama anggota, bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati kebakaran melibatkan tapak pelupusan sampah dengan anggaran keluasan kebakaran 200 x 200 kaki persegi.
"Tindakan awal anggota menjalankan pemadaman dan pengawalan dengan membuat 'Fire Break' menggunakan bantuan dari jengkaut, bagi mengelakkan kemerebakan yang lebih luas." menurut JBPM Pulau Pinang dalmm satu kenyataan hari ini.
Operasi pemadaman turut dibantu balai bomba dan Pasukan Bomba Sukarela yang berdekatan.
Tiada mangsa dilaporkan terlibat.
Ketika ini, kerja-kerja pengawalan dan pemadaman kebakaran masih dilakukan.
Pada 12 Januari lepas, kebakaran dilaporkan berlaku di tapak pelupusan sampah terbesar di negeri itu melibatkan kawasan seluas kira-kira 11.3 hektar daripada keseluruhan 16.2 hektar.
Ekoran kejadian itu, 86 keluarga dengan kira-kira 400 penduduk yang tinggal berdekatan terpaksa dipindahkan bagi memastikan keselamatan nyawa mereka selain sepuluh buah sekolah turut ditutup tiga hari.
Kebakaran terbabit juga menyebabkan kawasan itu diisytiharkan sebagai kawasan bencana Tahap 1 berdasarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Usaha memadam kebakaran mengambil masa lebih tiga minggu sebelum ia padam sepenuhnya.
Astro Awani
Mon May 23 2022
Tindakan awal anggota menjalankan pemadaman dan pengawalan dengan membuat 'Fire Break' menggunakan bantuan dari jengkaut. - Foto ihsan JBPM Pulau Pinang
Negara Arab mengalu-alukan perjanjian gencatan senjata Gaza
Negara Arab mengalu-alukan perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Kertas siasatan syarikat lori disyaki punca kemalangan kini lengkap
Pengusaha syarikat lori itu telah dipanggil untuk membantu siasatan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.
Qatar, Mesir, AS komited pastikan pelaksanaan gencatan senjata di Gaza
Qatar, Mesir dan AS berikrar untuk menjamin pelaksanaan perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas.
Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.
AWANI Pagi: Harapan dan cabaran gencatan senjata Gaza
Fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman melihat kepada cabaran persetujuan perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas yang akan menamatkan perang di Gaza berpanjangan selama lebih 400 hari. Ikuti diskusi bersama penganalisis politik Sunway University, Profesor Dr. Wong Chin Huat.
PM ucap tahniah kepada Cikgu Nazmi disenarai 50 finalis Hadiah Guru Global
Keikhlasan Nazmi mendidik pelajar dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar adalah contoh kepimpinan membanggakan.
Akhyar Rashid sah milik TFC
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC.
Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata
Mereka menantikan dengan penuh debar Ahad ini di mana gencatan senjata akan mula berkuat kuasa.
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Pulau Burung destinasi pelancongan menarik di Negeri Sembilan
Siapa sangka di sebalik keindahan pantai di Port Dickson tersergam sebuah pulau kecil yang dikenali Pulau Burung yang juga satu daripada hutan paya laut di Negeri Sembilan.
JAS siasat pelepasan air tercemar berwarna hitam dari Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung
JAS mengesan tindakan pihak tidak bertanggungjawab melepaskan air larut resapan dari kolam takungan Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung sehingga mencemarkan laut.
Tapak pelupusan sampah Pulau Burung terbakar lagi
Kebakaran melibatkan tapak pelupusan sampah dengan anggaran keluasan 200 x 200 kaki persegi.
Kontrak syarikat pengurusan tapak pelupusan sampah mungkin tidak disambung
Perkara itu telah dibincangkan sebanyak dua kali dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Pulau Pinang yang diadakan pada minggu lalu dan Rabu.
JAS lengkapkan kertas siasatan pendakwaan kebakaran di Pulau Burung
Kertas siasatan pendakwaan terhadap pihak pengurusan tapak pelupusan sisa pepejal Pulau Burung fasa 1 di Nibong Tebal, Pulau Pinang sedang dilengkapkan.
Kebakaran tapak pelupusan sampah: PPS SK Saujana Indah ditutup sepenuhnya
Keputusan itu dibuat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) berikutan penduduk yang terlibat dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
98 peratus kebakaran tapak pelupusan sampah Pulau Burung dipadamkan
Operasi pemadaman yang memasuki hari ke-20 hari ini dijangka ditamatkan dalam masa terdekat.
Minta bantuan pusat padam kebakaran di Pulau Burung - Chant
Langkah itu perlu segera diambil supaya dapat membantu memadamkan kebakaran dengan lebih pantas demi keselamatan kesihatan rakyat.
45 peratus kawasan kebakaran di Pulau Burung belum dipadam - Bomba Pulau Pinang
Kejadian kebakaran tapak pelupusan sampah itu dilapor berlaku pada kira-kira 5 petang pada 12 Jan lepas.
58 peratus Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung masih terbakar
Ketika ini, hanya kebakaran di sektor empat daripada lima sektor membabitkan keluasan 6.5 hektar telah berjaya dipadam sepenuhnya.